"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

Kuantiti OR KuaLIti??

KEJAR KUANTITI, KURANG ILMU PUNCA AMALAN TIDAK BERKAT..

ni antara artikel yg terdapat dlm ruangan Agama, Berita Harian isnin lalu (12 Mei) yg ditulis oleh pendakwah dari Sarawak, Dr Juanda Jaya..saya cuba ringkaskan artikel ni dan selitkan isi-isi penting yg ditulis oleh pendakwah ini agar mudah difahami pembaca..hopefully, kte semua ambil pengajaran dan cuba utk memperbaiki diri masing2…~

“Keadaan terlalu selesa sebenarnya boleh membahayakan iman dan menjejaskan ingatan kte kpd keperluan bergantung pd Allah. Mungkin jika harta sudah banyak terkumpul, seseorang mudah lupa bagaimana menadah tangan dan melafazkan doa: ‘Ya Allah hindarkanlah aku daripada muflis di dunia & akhirat’. Jika hidup sentiasa sihat & cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya dan memuaskan segala keinginan hati, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dgn ajal. Dan jika kesenangan saja yg dirasa, mungkin apabila sedikit ujian dtg, kte akan mengeluh, membenci dan marah dgn ketentuan Allah. “

Antara kesilapan org mukmin ketika berusaha meneguhkan imannya ialah:

  • Beramal berdasarkan kuantiti bukan kualiti :

1- Sembahyang sunat sampai berbelas rakaat tapi solat wajib belum lg sempurna syarat,rukun dan khusyuknya

2- Ada pula setiap tahun pergi ke Mekkah dan menghitung pahalanya lalu dia merasa cukup pahalanya itu utk setahun hadapan, akhirnya tinggalkan amalan semasa di tanah air

3- Paling teruk, buat dosa & maksiat tanpa takut kerana berasa sudah aman dgn pahala yg diperoleh di Mekkah. Betapa jahil & dangkalnya ilmu. Apakah dia tahu Allah sudah terima pahala haji & umrahnya? Jika niatnya tidak betul dari mula, mana mungkin amal diterima. Semua amalan yg rosak NIATNYA, maka rosaklah segala-galanya.

CONTOH lain : (yg ni mmg sy buat..hu3)

~~ Membaca Al-Quran utk dpt pahala byk, maka dibacalah beberapa juzuk walaupun tanpa pemahaman & kehadiran hati.

Tidak kte nafi mengenai pahala yg dtg beratus ribu jika 1 huruf digandakan 10 pahala, tapi smpai bila kte boleh bertahan jika hati tidak rasa seronok & mugkin jemu kerana keletihan membaca. Ingatlah, bacaan kte akan menghidupkan iman di jiwa walaupun hanya 1 ayat yg diiringi dgn TADABBUR. Bukankan Rasulullah S.A.W. sering mengulang ayat yg mengesankan hati baginda? Urusan pahala berada pd kuasa Allah, diterima @ ditolak pun kte tidak akan sampai kpd ilmu Allah Yang Maha Tinggi. Paling penting ialah apa-apa amal soleh walaupun sedikit hendaklah membekas ke dalam hati, menguatkan iman dan membentuk keperibadian hamba yang diredhai Allah. Yang sedikit tapi berterusan dan yang boleh menghidupkan jiwa adalah lebih baik drpd amal banyak yg disertai sikap ujub, takbur, riak & meletiihkan jiwa…

Rasulullah SAW bersabda : “Bacalah al-Quran selama perhatian hatimu menuju kepadanya, apabila kamu bimbang maka berhentilah…”

p/s: utk kesilapan kedua lain kali la ye…fahamkan yg atas dulu… :)

~HAPPY TEACHER’S DAY~

* misz my kids~~

Selamat hari guru dan terima kasih kepada ibu & ayah, guru-guru di tadika Abim, srk. jln 3, srk convent st. francis, tahfiz abim, smakk, smakl dan kisas yg banyak membantu & mendidik diri ini…

6 Responses to “Kuantiti OR KuaLIti??”

  1. amy says:

    thankz ats tazkirah.. hepi teacher’s day to ustazah mahir n all teachers in da world..~

  2. zatie says:

    mahii…jgn mare eh sbb x kasi komen..nway tzkirah tu bgs lah..zatie setuju dgn tu..zatie pon rs x btul lg skunk ni..btw hepi teacher’s day ustazah kecik+tomei+genit!!hehehehe..jgn mare yek..gmbar tu comei lah..tp yg mn satu ek teachernye?huhuhu..xpasti lah..confius!!:)hekhekhek

  3. liyana says:

    hik3…hppy ustazah day to mahir n ibu skli…huuu~~~

  4. Adik says:

    to amy & yana : tq dear~~ ;)

  5. Adik says:

    to zatie: hu3~ tq…tp, mane ade genit..zatie ni,geli mahir dgr… anyway,xkan la xtau tcher dia mane 1.. yg bukan lelaki la..ha3. :)

  6. zatie says:

    hehehe..mahi geli ke?zatie kan slalu ckp mahi cam tu waktu dlu..saje gurau2 dgn mahi..jgn mare..oo yeke yg prmpuan tu cikgunye..
    lorh same comey dgn ank murid rupenyer..~~~
    huhuhu..

Leave a Reply