"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

berpuasa di Bandung

Saturday, August 22nd, 2009

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulilah..sekarang da kira hari ke-5 duduk kt Bandung. setakat ni semuanya ok. orang2 bandung comel2, putih + kurus lak 2..hu3~dorang mmg friendly,senyum je.. klu nak compare ngan org Msia..hmm,pikir la sendiri. bkan nak condemn community sendiri.tp 2 la reality dat we hv 2 accept..habit org2 kte yg patut diubah.. tp,,xsmua org kte mcm 2.. kiranye good things kte ambil la, yg xelok 2 xyah la nak ikut. apa2 pun,,i still love my Malaysia~~ nak mknn msia..nasi lemak..roti jala. mknn ibu~~ (^_^) kat cni food dia mostly xberlemak..sikit lak 2 (mimi bising kata xcukup..lapar..hehe.) patut la depa kurus je.most of them pkai skinny jeans kot. xgemar den melihatnya.hu3~(btw,,xleh lg beli food kt bazar or tepi2 jln sbb senior kata perut ktorang xbiase lg..nnt,,kompem kot kena diarrohea)

isnin ni da start orientation. dorang panggil orientation 2 ospek. da siap bg tugasan awal2–> each person has 2 draw jatinangor’s map. hu3~~bryant said wat a pointless thing. wat 2 do guys…buat je la,tunjukkn bakat msg2. actually, ktorang tkut nak orientasi ni sbb kwn2 kat UGM kata dorang kena teruk..ade yg sampai nangis..Hmm,,hopefully ok la.

Lastly,, Ramadhan karim~ alhmdulilah..baru sehari je pose. masjid kt depan mata je..so,,senang la. bacaan imam dia bes..mcm kt msia je. b4 terawih ade tazkirah dulu. kat cni,,solat 8 rakaat + solat witir 3 rakaat direct. yg bezanya,,after solat xde doa..baca je la doa sndiri.. lg satu,,mmg xde selawat yg Allahumma soli ala muhammad…..solat terawih dia terus je 8 rakaat.xde stop2..pelik gak r. hopefully,, Ramadhan kali ni lebih baik dan bermakna buat diriku. syahdu raya tahun ni xleh blk~ kena duk kt indonesia for 4 months sbb blom ade KITTAS(visa).

k la,,apa2 pun,,hope sgt2 dpt adapt duk kt cni.perjuangan sy n sahabat2 br sahaja bermula. doakan kejayaan kami! :)

” Sesungguhnya Allah amat menyukai dikalangan kamu orang yg melakukan sesuatu pekerjaan dengan penuh ITQAN (berkualiti)” -riwayat bukhari-

–> some pics at bndung ( credit 2 angah 4 da AP Lightroom.like it so much )

from tzkirah group

Wednesday, August 5th, 2009

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

ant

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Itulah iman manusia (kita) !!!….. klu xsetuju,, mari kte sama2 buktikan yg iman kte melebihi iman semut tersebut..boleh x? hu3~ask urself..

—-> actually nak post bnda lain,,tp trpaksa ditangguhkan sbb photoshop cs4 wat perangai.. ~ so,,xtau nak post ape…post je la bnda ni..kepada yg da pernah baca..jadikan sbgai peringatan.nama pun tazkirah. manusia kan “INSAN”~~lupa. (^_^)

nur kasih ( 1 family layan )


~ suke time last skali..hehe. xsabar nak tnggu next episode! ~