"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

sabar wahai sahabatku

Wednesday, December 30th, 2009

khas utk sahabatku amy :

mahir faham apa yg amy rasa sekarang… memang perit utk kte terima hakikat 2..

xsalah utk amy bersedih.. nangis la sahabatku sbb itu mmg fitrah manusia yg Allah beri

tp,, jgn biarkan tangisanmu berlarutan

kerana takut hatimu itu tidak redha dengan ketentuanNYA

jgn sahabatku..jgn sesekali menolak dan menghukum

bersangka baiklah dgnNYA

akal kte xmampu berfikir jauh

kenapa benda ni terjadi

kenapa aku bukan org lain?

kte ni manusia memang sering mempersoalkan, termasuklah mahir

Amy..

semua yg terjadi ade hikmahnya

bukanlah tugas kte utk mencari2 di manakah hikmahnya

hikmah dan kebaikan drpd peristiwa 2 pasti kte akan dapat ketahui

suatu masa nnt

xkira cepat atau pun lambat

bersabarlah wahai sahabatku

Allah tahu apa yg terbaik untukmu :)

p/s : hmm,, diri ini pun lemah.. senang utk berkata. org yg merasa mesti lg perit dan susah nak terima. bila diuji baru tahu tahap keimanan kte macam mana. Alhamdulilah kalau kte dapat harunginya…

” ya Allah, KAU kuatkanlah hati sahabatku ini. KAU peganglah hatinya supaya yakin denganMU..termasuklah diriku ” ini..

….” Allah ( berbuat demikian ) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati. “

-Ali-Imran, 154-