"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

surat dari ibu :)

Bismillahirahmanirahim…

Anak-anak yang di kasihi… sila baca dan amalkan… semoga hidup diberkati Nya sepanjang hayat.

Subject: Rahsia Solat Awal Waktu

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum
warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang
mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda
atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal
waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali,
lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap
oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad
bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata
lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil
akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya
saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada

tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh
melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga
yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &
dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu
Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang
berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam
hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat
cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu
masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini
bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis
yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah
kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang
daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar
ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan
oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di
waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar
tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada
waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red)
dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga
kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu
ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan
mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan
seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini
menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana
frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka
yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan
sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu
ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh
berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula
bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan
seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh
sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam
waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna
alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan
tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam
kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan
sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga
alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya
bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh
Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak
menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya
menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke
atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai
pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan
manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …”

“bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila
DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu,
bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang
sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah
bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan…kerana
kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya”
wALLAHua’lam..

~thanx ibu~ iAllah,, akanku amalkan..

family

miss my family :(

p/s: next week nak xm da.. 3 minggu.. sahabat2 smua doakan sy ye, semoga dipermudahkan

13 Responses to “surat dari ibu :)”

  1. najihah iman says:

    salam ziarah~

    nice sharing mahir.~
    jom same amal2kan..
    bitaufiq wa najah fil imtihan =)

  2. amy says:

    ameen..all da best in ur exam..bile nk jmpe maher ni??
    nk jmpe ibu gk..hehe

  3. yuni says:

    salam maher..
    all da best..
    Rabbana yassir wala tu’assir
    Waj’alna Minan Najihin….
    uhibbuki fillah..^_^

  4. nadhrah says:

    salam…mahir..heheh..saja ja nak meninggalkan jejak..
    all da best ya! [ (^_^)v ] chaiyok!

  5. Adik says:

    to najihah iman : jom! nway..thanx :)

    to amy : 2 la amy,, bile nak jmpa ni?? iAllah,, mahir blk 30 nnt kte jumpa ye!

    to yuni : wah,,akhirnya……………. hehe..
    ” wa ana aidon” (^_^)

    to nadhrah : ni yg tkut nad tinggal jejak.haha…
    nad,, hari 1st xm da sakit..demam skit… skang ni alhamdulilah, ok skit. cuma tekak ni sakit sgt. nad doakn mahir k…

  6. zatie says:

    salam mahi…rindu kmu..gud luck mahi!!!
    smoga Allah permudahkn mahi utk jwb soklan..
    n smoga mahi dpt jwb dgn hati tenang n yakin..
    amin…

  7. Adik says:

    to zatie : wslm…. ati!!!!!!!!! dah lama xdgr khabar…sehat ke?
    rindu ati juga..

    nway,, tq ye, amin.. :)

  8. Ibu says:

    Salam kepada kawan2 adik semasa di KISAS dan di UNPAD, amalkan solat di awal waktu ye…nanti bila cuti datanglah ke rumah ibu …. bolehlah kita makan2…

  9. mardhiyyah says:

    salam, adik..waa…rindu ngn adik, kak mun, n cikgu sooo much=)

  10. Adik says:

    to ibu : nnt,, ibu kena masak sedap2 :D

    to kak mard : wslm..wah,, lama xdgr khabar akk sejak pindah dari sabah dl..akk kat ne skang?

  11. husna says:

    setiap syariat yang Allah tetapkan pasti ade hikmahnya tersendiri sama ada kita sedar ataupun x… ^_^
    kite pun exam gak…esok start..huhu
    tlg doakan kite gak ye…
    bitaufik wannajah, semoga kita sama2 berjaya dunia akhirat…
    to zatie:aritu ti suh kim salam kat kawan2 kalo contact, kite lupe la~~~
    huhu…sowie (-_-)v

  12. Adik says:

    hu3~ yup…btol 2.. nway,, maa taufiq wannajah. semoga husna diberi ketenangan n dipermudahkan..amin :)

  13. mardhiyyah says:

    hm..rindu ngn adik.akak kat srawak skang ne.masih lg study Alhamdulillah.jumpa PB ne dr fb kak mun=)

Leave a Reply