"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

edit n stdy

Sunday, February 28th, 2010

sejak akhir2 ni,, byk aktiviti yg dibuat…jaulah kt sumedang, jumpa kwn2 jogja, jumpa kwn2 jakarta, exam toefl n lain2 lg..

diri terasa letih dengan tugasan n notes2 yg sgt perlu dibaca.. tp,, jz ingatkan diri ikhlaskan niat. setiap perkara yg dilakukan hanya keranaNYA. .

setiap yg DIA bg adalah yg terbaik walaupun di sisi kte nampak xbes n amat meletihkan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

~Muhammad, ayat 7~

* sekarang,, minat terhadap photography makin membuak2… snap n edit! kwn2 yg upload n publish kt fb.. senang hati bila melihat org lain gembira.. (even xde la cantik sgt, masih byk yg perlu dipelajari )~~ pic2 yg lain akan diupload di blog ni bila berkesempatan~~

thanx kaklang n angah 4 dslr… nway,, mcm btol je ape  kaklang ckp.. doctor+ photographer,, boleh ke?? (^_^)

with love

Saturday, February 20th, 2010

Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat…

Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu…

Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang…

Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah…

Bila hati kita terguris, kita kata…  ”Mak memang xpernah faham.”

Bila hati kita terhiris, kita kata…  ”Ayah memang xambil kisah.”

Tetapi…

Bila hati mak kita guris, mak kata…  ”Tak apa, dia masih muda.”

Bila hati ayah kita hiris, ayah kata… “Tak mengapa, belum sampai akalnya.”

Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki…

Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal…

Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga…

~petikan dari DIARI SUFI~

baris yg di’bold’kan di atas adalah berkenaan ibu / mak.. bukan lah ayah tidak penting,, tetapi hari ini merupakan hari yang penting bagi ibu sy. selamat hari lahir buat ibuku yg tercinta… Semoga ibu sentiasa diredhai Allah dan di bawah lindunganNYA. terima kasih ibu kerana telah bersusah payah membesarkanku, along, angah dan kaklang yg mempunyai pelbagai ragam dan perangai ini.. kami berempat akan sentiasa doakan ibu..maafkan setiap kesalahan yang kami lakukan. thanx 4 being a great mother! luv u~~

~ kalau fikirkan balik, mmg xterbalas jasa seorang ibu.. banyak sgt kesalahan yg dilakukan sama ada kte sedar atau tidak.. darah anak muda mmg selalu panas, cepat je melenting atau tinggikan suara dengan org tua.(termasuklah diri ini) Astaghfirullah…. kadang2 kte rasa xde la tinggikan suara pun,, sedangkan kte xtahu ape perasaan ibu kita pada waktu itu. mungkin dia nampak cool je, tp dalam hati hanya Allah yg tahu.. even kita mahu menegur tingkah-laku mereka, tegurlah dgn cara baik dan penuh hikmah, hilangkanlah egomu.apa pun kesalahan mereka, mereka tetap ibu bapamu yg perlu dihormati dan disayangi.. Hormatilah ibumu! Hormatilah ayahmu! ingat pesan Nabi”

“… Keredhaan Allah terletak pada ibu bapa

manakala kemurkaan Allah terletak pada

kemurkaan ibu bapa.”

(Hadis riwayat At-Tarmizi)

ibu,, sorry n thanx 4 everything...

i love u mom

“…Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik terhadap ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan ( dari awal mengandung sampai akhir menyusukannya ) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun ( dengan yang demikian ) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu dan ingatlah kepada Allah jua tempat kembali untuk menerima balasan.”

~ surah Luqman : 14~

p/s : to amy,, hepi belated befday! amy dah masuk 20..hu3~~  semoga mendapat kejayaan di dunia akhirat. nway,, sory lmbat sbb 17 ari bln ari 2 bz..hehe :) t8 care gurl..

surat cinta

Thursday, February 11th, 2010

Bismillahirahmanirrahim…

sebelum memulakan bicara, sy nak wat survey dulu. antara soalan-soalannya ialah ~~

soalan pertama : pernahkah anda menerima surat cinta? xkira la melalui kertas, emel mahupun msg… hmm

soalan kedua : apakah perasaan anda apabila menerimanya? suke kan…

soalan ketiga : adakah anda ade perasaan nak baca surat/emel/msg tersebut berulang-ulang kali??

* kesemua soalan ni anda kena jawab dgn jujur tanpa ade sebarang penipuan*

Sememangnya manusia, xkira la lelaki ke perempuan bila dapat surat cinta dari org yg dicintai mesti melompat-lompat gembira… bukan setakat gembira, malah dia rasa hari 2 lah hari yg plg bahagia dan tenang buat dirinya..

Agak2nya lepas dah habis baca ape tindakan orang 2 ek?

tindakan seterusnya –>  surat tersebut ( zaman sekarang msg la kan) akan disimpan baik2 dalam inbox atau pun tekan punat save message. jadi, berbalik kepada soalan ketiga,, adakah anda ade perasaan nak baca surat/emel/msg tersebut berulang-ulang kali??

jawapannya : ya, pasti akan dibuka semula dan baca berulang kali. ( pengalaman org lain )

hmm,, jadi sekarang cuba kte bandingkan surat cinta manusia dengan surat cinta Allah. Bayangkan  sudah berapa lama kte xbaca surat cinta Allah. berapa lama malam berganti siang, siang berganti malam… namun surat2 yang nyata dari Allah dibiarkan saja bertutup rapi. Dijadikan perhiasan semata-mata. cukuplah sekadar memiliki dan dijadikan sebagai hantaran perkahwinan..itulah kata2 kebanyakan manusia zaman sekarang.

tidakkah kte sedar betapa pentingnya ayat2 Allah buat kehidupan kte seharian? Ingatlah pesan Rasulullah, Aku tinggalkan kamu 2 perkara di mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, yaitu Al-Quran dan sunnah.

Dalam Al-Quran sendiri Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

wahai sahabat2 sekalian, mari kte sama-sama bukak mata besar2 dan lihat perkataan yg di’bold’kan di atas. bukankah sudah terang akan kelebihan Al-Quran… adakah itu tidak cukup bagi kte? ok, sekarang mari kte lihat apa kata Rasulullah..

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.

layakkah surat cinta Allah dibandingkan dengan surat cinta manusia? tinggi sgtkah nilai surat cinta manusia itu? sedangkan keseluruhan manusia itu sendiri dicipta olehNYA.

Kesimpulannya, wahai saudara2 ku, marilah kte bersama-sama meluangkan masa membaca surat cinta dari Allah yakni Al-Quran kerana ia diturunkan bukan sebagai hiasan rumah, kedai mahupun bilik. ia diturunkan utk kte membaca, menghayati dan mendalami isi kandungannya yg memberikan  faedah yg besar, bukan sahaja pahala dan keredhaanNYA malah berguna utk kehidupan kte seharian. bacalah walau pun sedikit… yg penting istiqhamah. Fastaqim kama umirta!

p/s: perubahan tu mmg susah,, tp jangan jadikan itu sebagai alasan.. cuba dulu! klu susah sgt nak bukak Quran,, petuanya, ingatkan diri balik.. “hari2 aku boleh main tenet lama2, ym,blog, fb dan lain2…kenapa nak baca beberapa ayat Quran pun xboleh?” kan2?! iAllah, mesti perasaan malu akan timbul dalam  diri kte.. selamat mencuba! (^_^)

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.

masjid besi putrajaya
time ni waktu malam lepak ngan angah, kaklang n kak masyi..hehe lepak tangkap gmbar.
even pic ni xsharp + bergegar2..tp boleh la 2..beginner la katakan. :D


” da start sem baru,, makin susah dn banyak kena baca..dapat dr.  …..  sebagai tutor agak menakutkan. tp, hari demi hari pandangan terhadapnya dah berubah. hu3~~ mari kte semangat! bak kata nadhrah~~
btw, to thiah : semoga selamat dan baik2 kat aussie… ingat DIA selalu :)
to yana, paah n amy yg bakal ke aussie lg beberapa hari : t8 care ye! dlm flight,, jgn lupe niat dtg                negara org utk mencari ilmunya..