Bismillahirahmanirahim…
dulu,, sempena minggu muslimah…kami (batch 09) buat pentomen yg bertajuk “pengakhiranku”. xsangka ramai gak yg suka cerita ni,, kira dapat la apa yg kami cuba sampaikan… Alhamdulilah… even bkanlah juara pd malam itu, tp itu bukanlah matlamat. matlamat kami org dpt menghayati n dpt pengajaran di sebalik cerita tersebut. terima kasih diucapkan kepada pelakon2 yg handal –> ain izzati sbg “dosa” , atiqah sbg “pahala” , watak2 lain–> mimi, farah, yatie, amalina, farhanah dan misah. thanx gurls!
actually, pentomen ini berkisahkan tentang 2 org sahabat pahala dan dosa.. dorang ni roomate la kiranya.. tp,, perangai masing2 amatlah berbeza. si pahala seorang yg alim..rajin pergi surau,selalu tlg mak ayah ..senang kata selalu buat baik la. Prinsip dia, ” kalau buat baik mesti akan dapat balasan yg baik”.
si dosa pulak..of course la terbalik..byk buat maksiat,solat xjaga, clubbing n minum arak.. prinsip dia ” hidup ni hanya sekali, so enjoy la sepuasnya” .
kalau kte nampak dgn mata kasar, mesti la pahala yg baik… jarak ke syurga pun nampak lebih dekat berbanding dgn si dosa. tp,, time pahala buat usrah dengan sahabat2 kat masjid… si pahala sering kali riak n ade sifat “kibr” atau pun arrogant~ bg pahala, hanya dia yg betul n hanya dia je yg tahu tentang agama.
” Antum semua tgk la sendiri zmn sekarang ni, susah betol la nak cari org2 yg beriman mcm kte2 ni. dgn auratnya xterjaga, couple sana sin.. Haih,, xtau la nak ckp mcm mane..so,, ingatlah sahabat2ku, org yg selalu buat baik ni SEMESTINYA PENGAKHIRANNYA ADALAH BAIK. ” – lebih kurang mcm ni la dialog si pahala ketika usrah.
jadi kat sini kte dapat lihat pahala berbuat kebaikan,, menjalankan tugas dakwah hanya lah sia-sia. kerana apa…? kerana niatnya dah salah..lari dr sasaran. rasa bangga dan riak dgn diri sendiri… sedangkan cuba kte tgk hadis pertama dalam hadis Arbain Iman An-Nawawi :
” Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dgn niat dan setiap org mendapat balasan amal sesuai dgn niatnya. …….. “
maksudnya di sini pahala pekerjaan ditentukan niatnya. jadi, klu si pahala sentiasa ade sifat riak dlm hatinya.. balasan yg baikkah buat dirinya?? hmm…..
nak dijadikan cerita, 1 hari ni dosa cuba nak tarik pahala supaya buat maksiat. time 2 dosa br blk dr clubbing dn di tangannya ade sebotol arak… puas dosa menghasut…dn di samping tu ade makhluk ketiga yg sentiasa melakukan tugasnya tanpa jemu yakni syaitan~ musuh utama manusia. “ala,, ko kan da byk buat baik..minum sikit je.. xde pape punye.. ” (bisik syaitan) Akhirnya,, pahala termakn hasutan dosa dn syaitan lalu minum lah air yg dilarang oleh Allah…
manakala,, 1 mlm,, dosa mimpi akan dahsyatnya azab neraka..bila terjaga,, badannya terketar2 n hatinya amat takut dan malu dgn Allah. lalu,, dosa menyesal dn bertaubat nasuha.. itulah hidayah dari Allah untuknya~
Katakanlah, ” Wahai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyanyang. ” ~ Az-Zumar, 53~
pendekkan cerita,, si pahala dan dosa meninggal kerana kemalangan..dan kedua-duanya xsempat nak jumpa… masing2 meninggal dlm pengakhiran yg berbeza.
pahala –> minum arak (suul khatimah / pengakhiran yg buruk )
dosa –> taubat nasuha (husnul khatimah / pengakhiran yg baik )
di manakah tempat pahala dan dosa? syurga atau neraka ? Wallahualam… hanya Allah yg Maha Mengetahui..
cuma apa yg sy nak tekankan kt sini :
Janganlah kte riak dan bangga dgn sifat baik yg kte miliki.. kadang2 kte terlalu memandang rendah akan org lain yg buat kesalahan hanya kerana kte ni baik sikit je dari mereka. Sedangkan kalau Allah uji dengan ujian yang sama dgn org yg buat salah 2, belum tentu kte dapat hadapinya. seperti mana si dosa tadi,, kemungkinan dia jahil dan tidak mempunyai ILMU. Bukanlah hak kte untuk menentukan pengakhiran kita. tp,, janganlah itu dijadikan alasan untuk berbuat kejahatan atau dosa kerana………… ” kullu nafsin za iqatul maut “. setiap yg hidup pasti akan mati. Sentiasalah berbuat kebaikan untuk mendapatkan husnul khatimah yakni pengakhiran yg baik.. iAllah (^_^)v
~bye F5~
ISLAM AND EGO
~agak lama video ni..tp sgt lah bes~
” They look more religious….but on the inside there is an ego”
takutnya…. ya Allah,, kuatkan lah hati ku..biar lah setiap percakapan dan perbuatanku hanya keranaMU.. amin
p/s : exam final lg 1 minggu lebih… jgn mls!



Assalamualaikum maher..
Subhanallah..Astaghfirullah..takutnye..
kullu nafsin za iqatul maut..
Ya Rabb,matikanlah kami dalam khusnul khatimah…amiin..
Semoga redha Allah sentiasa mengiringimu sahabatku..:)
wslm wbt…..
2 la…mmg takut..sbb niat,, benda2 yg melibatkan hati adalah benda yg kte xnampak….
~harap ade manfaatnya~
Semoga Allah sentiasa mengiringimu juga…. amin
betul..ade je perasaan riak lam diri, akan terhapus lah pahala amalan2 yang kite wat..
sentiaselah perbaharui niat, kalo dah ade niat yang terpesong tu, cepat2 istighfar, jauhkan dari godaan syaitan yang sentiase cari peluang nak hasut kite…
peringatan ntuk diri ini yang hina dina… T__T
same2 lah kite jalan kan tanggungjawab kite atas muka bumi ni, amar ma’ruf, nahi munkar….tanggungjawab semua org…
mahir, tlg doakan kite, exam anat esok…ngeee~~ takut~~ (-___-!) v
salam mahir..terima kasih atas peringatan..sama2 kita muhasabah diri balik..buat sesuatu ikhlas kerana Allah s.w.t =)..lastly, jgn malas! semangat! smg kita semua berjaya dgn cemerlang repro system ni..amiin.
salam~
terima kasih atas peringatan..
sangat memberi kesan..
kadang2 tue memg terfikir jugak yg kita buat nie btol..
n smua org laen buat salah..
niat yg membezakn antara kita..
thanks again n goodluck utk exams..
all the best!!
sangat2 terkesan
tambah2 lagi bila tengok video islam n ego kat bawah skali tu
bila dah bukak,hampir2 nk tutup bila tengok length dier
tapi alhamdulillah masih diberikan kesabaran untuk bertahan
mungkin sbb percaya kat org yg promotekan nie kot..hehe
masalah niat,kadang2 terlupa yg ianya masalah serius
skiranya kompas terpesong,bagaimana mungkin kita mampu sampai ke destinasi yg ingin dituju
ikhlas….sungguh payah..
untuk itu
belajarlah menikmati keikhlasan dengan rasa ingin membuat kebaikan tanpa dilihat oleh manusia2 lain
tq mahir atas perkongsian dan peringatan
to husna :yup..sentiasalah perbaharui niat!
iAllah,, mahir akan selalu doakan
to nada : wslm wbt… sama2.. peringatan utk diri jugak.
ok!! jgn mls!! sama2 doakan kte semua berjaya. amin.
to wahid : wslm wbt.. btol2.. kadang2 perasan je diri ni baik. Astaghfirullah.. nway,, thanx!!
to fa10 : hu3~ panjang kan? tahniah sbb dpt habiskan. hehe…thanx atas analogi kompas..menarik!
sama2 kte belajar buat setiap perkara hanya keranaNYA (^_^)v
p/s : sape ni ye ?
penyakit ilmu adalah riak
yup..setuju! riak adalah perkara yg plg menakutkn ….