"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

24,25 dan 26

Saturday, September 18th, 2010

terpegun seketika ketika tengah mentadabur surah A-Najm…. terbaca terjemahan ayat yang ke-24,25 dan 26.

24:     ” Atau apakah manusia akan medapat segala yang dicita-citakannya? “

25:     ” Tidak! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. “

26:     ” Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat(pertolongan) mereka sedikit pun tidak berguna kecuali apabila

Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia redhai. “

terpegun kerana kata-kata Allah ini telah mengembalikan diriku kepada fitrah sebagai seorang hambaNYA.

sering kali lalai dan leka bahawa semua nikmat yang dimiliki adalah dariNya..

kesenangan, kemewahan, keindahan, kecantikan, kegembiraan, kejayaan yang dikecapi sering kali dirasakan sebagai hasil usaha sendiri sedangkan semua itu adalah rahmat dan kasih sayang khaliq kepada kita..tanpa IZINNYA sudah pasti kita tidak akan merasa.

kadang-kadang atau barangkali selalu..segala yang diinginkan, apa yang dicitakan mesti mahu ianya tercapai. Mahukan jawatan ini, mahukan markah yang paling tinggi dalam kelas, mahukan suami yang bersifat sekian2.. dan banyaklah lagi.

tidak salah mempunyai cita-cita dan impian. USAHALAH. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berusaha mengubah nasib dirinya.

tapi,, kita atau lebih tepat lagi SAYA perlu ingat.. TIDAK SEMUA YANG DICITAKAN AKAN SAYA DAPAT..

kerana……………………………………………………………..

Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya. Bukankah DIA yang menciptakanmu? Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.

“………………………….Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.”

-An-Najm,32-

Sebagai seorang hamba, usaha dan berdoalah.

jika ia bukan milikmu, bersabar dan yakinlah dengan ketentuanNya…pasti ada yang lebih baik (^_^)v

~Segalanya milikmu ya Allah~

tak pernah bosan dengar lagu ni….sedih rasa hati~~


marathon~

Saturday, September 4th, 2010

like this video

sememangnya jalan dakwah itu bukanlah satu benda yang mudah

pelbagai halangan dan cabaran yang harus ditempuhi

kadang-kadang terasa ingin menarik diri

ingin bebas dari bebanan

tetapi

apakah matlamat kita hidup di muka bumi ini?

ingatlah akan rahmat dan kasih-sayangNYA

bersabarlah

ganjaran syurga pasti menanti

dan yang paling UTAMA

carilah

kejarlah

keredhaanNYA

Insya Allah

berjaya dunia dan akhirat…Amin.

” Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka….. “

~At-Taubah, 111~

p/s : Selamat menjalani ibadah di malam-malam terakhir Ramadhan!

Selasa ni blk msia..yeay!!!!!! ^_^v

spend time with them..  visit previous school (23.8.2010)