"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

2 perkara

Bismillahirahmanirahim…

Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk  hidup dlm dua nikmatNYA yang terbesar iaitu IMAN & ISLAM..

Hmm,, cakap pasal Iman.. Bagaimana agaknya kondisi iman kita? yazid au yankus (meningkat atau menurun)? tiada siapa yang tahu akan iman kita ketika ini, hanya Allah dan DIRI KITA SENDIRI yang dapat menilai. Yang pasti salah satu cara adalah dengan periksa kembali mutabaah ibadah kita.. atau dengan kata lain peng”follow-up”an dalam beramal dan beribadah kepadaNYA. kata seorang murabbi, waktu kita rasa iman kita meningkat, buatlah amal ibadat sebanyak mungkin kerana ia akan membantumu ketika waktu musibah/futur (lemah).

ok,, straight to the point..apakah 2 perkara yang ingin saya sampaikan di sini?

Saya, anda dan kamu semua yang muslim seharusnya atau sepatutnya mengimani dan yakin dengan 2 perkara ini.

1- Takdir

2- Perkara yang diwajibkan keatas kamu

Takdir adalah sesuatu perkara yang kita tidak tahu apakah ia. Takdir hanya akan diketahui apabila perkara itu sudah berlaku. contohnya seperti rezeki, jodoh, musibah dan lain-lain.

“Dia (Allah) Yang menciptakan segala sesuatu, lalu Dia menetapkan atasnya qadar (ketetapan) dengan sesempurna-sempurnanya” (QS Al-Furqan [25]: 2

Manakala, perkara yang diwajibkan ke atas kita adalah seperti rukun Islam dan hukum-hukum Islam. Contohnya seperti kewajipan solat, puasa, hukum Qisas, hukum berperang, larangan memakan khinzir..etc..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (2:216)

2 PERKARA ini konsepnya sama sahaja yakni keyakinan dan kepercayaan kita kepada Allah, yakni AQIDAH. Seharusnya kita yang bergelar muslim tiada lagi masalah aqidah kerana ia adalah basic dalam Islam dan merupakan kekuatan utama sebelum pergi kepada ibadah dan akhlak. Malangnya, ramai daripada kalangan kita masih bermasalah dlm perkara asas ini, termasuklah diri saya.. :(

Jika kita mengaku kita adalah muslim dan yakin akan Allah dengan sepenuh keyakinan, tidak akan muncul pertanyaan di bibir kita mengapa perlu solat? kenapa tak boleh bersentuhan lelaki perempuan? kenapa saya je ditimpa musibah? kenapa awak bukan jodoh saya? kenapa itu..kenapa ini..kenapa? kenapa?

Bermacam-macam alasan kita.. Tidak perlu untuk kita cari apakah kelebihan solat jika kita benar-benar beriman kepadaNya.. (tidak salah untuk cari kelebihan solat untuk menambah ilmu pengetahuan, tapi itu bukanlah sebab utama mengapa kita melakukan)

Wahai diri dan sahabat sekalian, percayalah Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya..rujuk  (4:40). Sebaliknya kita yang sering menzalimi diri sendiri dengan cara menentang hukumNya. Setiap yang berlaku ke atas diri kita yakni takdir dan setiap perkara yang diwajibkan ke atas kita adalah bukan suatu perkara sia-sia. Malah bermanfaat buat diri..Subhanallah….

p/s : Allah,, terasa diri sangat lemah. Bantulah aku, biar setiap ucapan dan perbuatan hanya keranaMU… *rasa diri tidak layak sangat-sangat,,teringat sahabat2 kisas yang sgt sy kagumi… “sejauh mana condition awk (yakni saya) skrg dpt membina individu muslim?”  Hmm….. tp, inilah takdir. yakin! Allahu musta’an~

“SETIAP KEKUATAN BERMULA DENGAN KEKUATAN”


Leave a Reply