"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

Cinta

Kisah Seorang Adik.

Dalam satu pertemuan yang dicintai Allah yakni usrah…..si adik meluahkan perasaanya kepada 2 orang murabbi dan ahli-ahli usrah yang dikasihi..

Sebelum sempat memulakan bicara, air mata si adik jatuh bercucuran..tersedu-sedu si adik.. mungkin sudah lama dipendam. Kesemua ahli usrah terkedu melihatnya,, tak pernah keadaan adik yang selalunya ceria menjadi seorang yang sangat lemah..tangisannya bagai anak kecil.

Adik : maaf semua, memang perkara ni dah lama..dah tak tahan lagi nak simpan. Apa yang pasti saya perlukan solution dan pandangan dari semua . Sebenarnya dah agak lama saya menaruh hati pada seseorang… pada mulanya ingatkan hanya perasaaan biasa,minat-minat.. tapi, bukan. Perasaaan ni tak sama macam minat biasa, rasa pedih sangat! Walaupun tak pernah bekerja bersama, berhubung atau pun bercakap, tapi hanya Allah yang tahu macam mana perasaan saya terhadap dia. Senang kata ia sangat menganggu diri & kebetulan ciri-ciri dia sama seperti saya.  Sangat susah untuk lupakan..Allah, bantulah~

Kakak : Boleh akak tanya sikit? Adik rasa adik dah bersedia belum untuk ke arah tu?

Adik : Belum kak..adik tahu diri adik macam mana.

Sahabat-sahabat : Erm, kitorang rasa kan baik kita approach lelaki tu nak tak? Daripada pendam macam ni..mana nak tau, ntah-ntah lelaki tu pun ada perasaan yang sama.

Kakak : Ish, tak boleh la macam tu. Kan adik kata dia tak bersedia lagi ke arah tu. Sekarang ni kita cuma ada 2 jalan. Yang pertama, approach lelaki tersebut dengan tujuan untuk membina rumah tangga. Jalan yang kedua dengan cuba melupakan, tetapi bukan dengan MENAFIKAN! Perasaan cinta itu adalah fitrah, apa yang patut dilakukan adalah dengan ‘control’, kawal perasaan itu.

Sahabat-sahabat : Hmm..macam mana la nak kawal?

Kakak : Maksudnya kita jangan layan sangat perasaan tu dengan cara elakkan daripada bercakap pasal si dia, elakkan daripada ‘usha’ kegiatan dia..senang kata jauhkan diri daripada perkara-perkara yang mengingatkan kita kepada dia. Banyak-banyak kan lah berdoa,mengingati Allah.. & cuba sibukkan diri dengan perkara yang berfaedah. Haa….kawan-kawan pun turut memainkan peranan tau!

Adik : Saya tahu semua tu kak.. tapi, semua tu macam tak berhasil. Tolong lah, hati ni rasa pedih sangat…

Kakak : ingat tak lagi kisah nabi Yusuf dan Zulaikha?

Adik & sahabat-sahabat : ingat-ingat lupa~~

Kakak : Zulaikha merupakan isteri pembesar Mesir, Raja Aziz.  Dia telah  terpikat dengan nabi Yusuf sehingga memfitnah nabi dengan mengatakan nabi lah yang cuba mencabuli kehormatannya.

Kisah tersebut dijelaskan dalam firman Allah:
“Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata:
‘Marilah ke sini.’ Yusuf berkata: ‘Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.’ Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andai kata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” (Q.S. Yûsuf : 23-24)

Pendekkan cerita, menurut 1 riwayat, akhirnya si Zulaikha ini telah berubah menjadi seorang wanita yang solehah, yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan memberikan cintanya kepada Yang Maha Esa. Hebat bukan?

Jadi, apa yang akak rasa sekarang, Allah memberikan ujian ni buat adik kerana Allah tahu ini adalah titik terlemah buat diri adik & DIA mahu jadikan adik seorang wanita yang hebat ! seperti Zulaikha insya Allah :)

Adik : Amin ya Rabb.. terima kasih Allah

“ Walaupun ianya perit, bermujahadah la wahai muslimat kerana Allah tidak akan pernah menzalimi dirimu. Waktunya pasti akan tiba dengan izinNya. Yakinlah! “

 

p/s : Selamat menjalani Ibadah Puasa! Moga kita dapat mencapai tahap ketaqwaan sebagai hasil kepada  ibadah puasa kita~

owh ye, post ni khas untuk seorang sahabat :p

 

4 Responses to “Cinta”

  1. liyana says:

    spot on lah nasihat kakak itu. berhimah dan mengena. apa pun semoga adik sabar dan tabah. bulan ramadhan ini pulun habis2 rebut cintaNya supaya Dia akan beri yg terbaik buat adik…

    banyakkan berdoa adik

    love

  2. siti nadhrah mohd ali says:

    siapakah sahabatmu itu?hehe..terharu :)

  3. Adik says:

    no name : :)

    kak yana : lama xdgr khabar akk…harap sehat! nway, tq kak yana! nnt akn disampaikan kpd adik :D

    nadhrah : sape2?? :p

Leave a Reply