"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

gugur

Monday, October 31st, 2011

Manakan bisa seekor rama-rama terbang bebas andai ia tidak terkurung terperuk lamanya keseorangan di kepompong gelap. Dan manakan bisa seorang ahli motivasi itu menyampaikan nasihat yang menyentuh jiwa andai ia belum melalui liku dugaan kehidupan itu semua.

Bersabarlah wahai hati dan ketahuilah bahawa ujian itu sebenarnya didikan (mehnah) dari Allah – untuk menguatkan hatimu!

” Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-’Imran: 139)

-Aisha Ardini-

Aku tak mampu. Aku tak yakin dan aku bukanlah pemimpin yang terbaik. Maaf kerana menghampakan kalian. Maaf kerana menjatuhkan apa yang telah kalian bina. Maaf kerana mensia-siakan usaha kalian selama ini. :(

p/s : Maaf kepada pembaca kerana post ini tidak membina.. ~emosi terganggu~

ketika diri lemah

Friday, October 28th, 2011

Bismillahirahmanirahim..

Sejak kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku yang sememangnya menguji kesabaran dan kekuatan diriku. Secara jujur, perasaan ‘give up’ ada dalam diri.. terlalu lemah, beban & perasaan sedih menyelubungi.

Tetapi, Allah itu Maha Penyayang. DIA sekali-kali tidak pernah menzalimi hambaNYA.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. ” ~4:40~

Allah hadirkan  dengan teguran, nasihat dan sokongan daripada sahabat-sahabat. Allah tidak membiarkanku seorangan!

” mahir, jgn sedih..baca surah Al Ikhlas…pendek.4ayat..tapi kat situ, ALLAH kata ALLAH sentiasa bersama kita..ALLAH yg membantu kita dalam apa jua keadaan..yakin, mahir.. “

” mahir, ni adiah untuk mahir.. walaupun dah penah dengar, terus jadi peringatan bersama. misss you!

*hugs maher ketat-ketat* ” (link dari DR.MAZA)

” Mahirrrrr =) “

” mahir, sedihnya tak dapt ada d sisi mahir saat2 mcmni..moga btemu dalam doa selalu mahir..kuat mahir, Allah sentiasa ada bsama hamba2NYA saat susah dan senang..umai akn doakan istimewa utk mahir hr ini… Allah kta, bsama kesusahan ada kemudahan kan.  ”

” mahir!!*hugs*….insyaAllah…Allah sntiasa bersama mu:) “

Mereka-mereka ini adalah sahabat seperjuangan sewaktu di KISAS dahulu. Semuanya berada di negara-negara yang berbeza demi berjuang dalam mencari ilmuNYA. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, hanya 2 tahun tetapi hubungan kami terasa begitu erat. Maaf, kami bukan nak assabiyah tetapi  mungkin kerana hubungan ini berlandaskan tujuan yang sama.

” Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa. ” (Surah az-zukhruf, ayat 67)

Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka dalam hidupku. :)

Tetapi ingat wahai diri, hargai & sayangi lah sahabat yang berada di depan matamu! Manusia sering kali buta akan perkara yang berada di depan mereka sebaliknya lebih melihat perkara yang jauh dari mata. Takut-takut kamu akan menyesal di kemudian hari kerana membiarkannya.

“Allah, ampunilah aku. Jadikan lah aku seorang sahabat yang baik buat diri mereka “

23 OCTOBER–> merupakan hari kelahiranku, terima kasih buat ain, mimi, nada, fak, misah, rawi, kak fatin, adik-adik usrah, batch 09 & semua seniors & juniors atas ucapan, doa, hadiah & kejutan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sayang kalian & maaf atas kesalahanku selama ini! Banyak lagi hak-hak kalian yang belum saya tunaikan :(

sgt swet! ^_^

 

Di kala diri ini lemah… terima kasih amy! (sekarang ni amy kat aussie)

Dengar berulang-ulang kali sebagai pembakar semangat!

next week exam.. tolong doakan saya! Moga Allah permudahkan di samping tangungjawab-tanggungjawab lain yang perlu ditunaikan.

batu-bata

Thursday, October 20th, 2011

Bismillahirahmanirahim…

KALIAN PERNAH DENGAR TAK FILOSOFI BATU-BATA?  tarbiyah, pembinaan itu ibarat batu-bata :)

haa… sebelum tu jom kita tengok macam mana agaknya batu-bata dibuat.

Sebelum mencetak batu-bata, kena pilih tanah dulu. pilih tanah yang baik dan kemudian dibersihkan dari kotoran atau kerikil. Seterusnya, baru diolah agar menjadi kuat bahkan diinjak-injak. Setelah itu dicetak dengan ukuran standard lalu dijemur dan disisik guna siap dibakar. * Waktu dibakar ni ada yang menjadi, ada yang tidak. Masing-masing menunjukkan kualiti bahan batu-bata masing-masing.

Batu-bata yang baik adalah batu-bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah. Ia siap dipasang di mana sahaja!

Proses pembuatan batu-bata bukanlah mengambil masa sehari, malah ia mengambil masa yang lama untuk menghasilkan batu-bata yang berkualiti. Lihat sajalah dari permulaan proses pun perlu memilih tanah yang baik..Dalam proses tarbiyah pun perlu selektif memilih orang untuk menjadi kader/penggerak dakwah.

Kembali kepada sejarah. Rasulullah dahulu memilih Abu bakar dari kalangan saudagar dan tokoh terkenal, Ali dari kalangan pemuda dan beberapa sahabat lain yang hebat.

Maka dalam pemilihan, pilihlah yang terbaik agar ia lebih efektif . Adakah  TANAH yang dapat menyerap air dan menahannya atau yang dapat menyerap sebahagian air atau yang tak dapat menyerap sama sekali.

Apabila pemilihan telah dibuat, proses INTENSIF pun bermula bagi memastikan hasilnya nanti adalah yang terbaik dan mampu memberi manfaat dan berguna terhadap sesuatu bangunan. Begitulah dakwah! Sepanjang proses intensif ni tak semua yang menjadi.. ada yang musnah yakni gugur di jalan dakwah, kerana apa? kerana tak tahan mungkin.

FUTUR (LEMAH) di jalan dakwah ini adalah fitrah, tapi jangan jadikan ia sebagai fitnah dan hanya membiarkan perasaan itu berterusan di waktu yang lama. Takut-takut ia sudah sebati dalam jiwa.. maka carilah penyembuhnya~

Apa yang cuba disampaikan di sini, daripada analogi di atas dapatlah disimpulkan bahawa ini lah peranan USRAH. Usrah dibina adalah untuk melahirkan SANG TANAH! TANAH YANG BERKUALITI. Seterusnya tanah itu mampu bergerak dan melahirkan TANAH BERKUALITI, TANAH ITU TERUS MELAHIRKAN TANAH YANG LAIN dan proses ini berterusan sehingga mampu mencapai masyarakat, kerajaan, negara yang hasanah! Waktu itu Islam adalah sebagai Ustaziatul Alam dan tiada agama yang tinggi selain Islam.

Agak-agak keadaan sekarang dah mencapai seperti itu belum? Kalau belum, jangan sekali-kali berhenti dalam menyampaikan dan mencari. Bagi yang sedang mengalami proses untuk menjadi tanah “itu”, buka lah hati agar ilmu dan kefahaman itu sampai ke dalam hati & diri. Dan bagi yang insya Allah sudah menjadi “tanah itu”,selamat menghadapi proses yang intensif dan tetap teguhlah kamu di jalan ini, kerana kamu sudah teridiri daripada orang-orang yang FAHAM. Jika bukan kamu yang bergerak, siapa lagi?

LEMAH, TAK SANGGUP, MALAS cuba dibuang jauh-jauh kerana kita perlu yakin dengan janji Allah. Syurga itu milik orang-orang yang berjuang di jalanNYA.

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal” ~29:58~

Walaupun ada yang tidak menjadi tanah mahupun batu-bata yang diinginkan, jangan bersedih kerana insya Allah pasti ada gunanya. Kata seorang murabbi, “Biarlah kita menjadi tangan-tangan yang pernah menyentuhnya,ditakdirkan Allah  perubahan orang itu pada tangan orang lain.” Maksudnya, hasil perubahan orang itu juga merupakan hasil usaha kita bukan? :)

Teringat juga kata seorang sahabat :

” Ingat Mahirah, apa-apa pun kita buat.. jangan lupa minta pertolongan Allah. Sebagus mana perancangan kita sentiasa DOA dapat jadi kawan yang baik & Allah lembutkan hati untuk terima hidayah. Hidayah itu milik Allah. ”  ~saya sangat berterima kasih kepada sahabat saya ni..insya Allah akanku ingat sampai bila-bila~

ingat semua, doa tu bukan untuk soal jodoh, ujian, rezeki sahaja.. doa lah kepadaNYA dari segenap aspek!

Akhir kata, mari kita hayati ayat Allah dari surah ash-Saff sebagai kekuatan buat kita :

” Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. ” ~61: 14~

p/s : Usrah –> TANAH YANG BERKUALITI –> BATU-BATA –> BANGUNAN YANG KUKUH (faham ke analogi ni? kalau tak faham, tanya!)

Ilham dari buku new Quantum Tarbiyah & diolah oleh saya (^_^)v

 

HOMESICK!

 

 

sedih tak dapat tengok angah akad nikah :(  *Barakallahu alaik! jadilah seorang isteri yang dapat menjadi penyejuk mata buat suamimu! :D