"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

batu-bata

Bismillahirahmanirahim…

KALIAN PERNAH DENGAR TAK FILOSOFI BATU-BATA?  tarbiyah, pembinaan itu ibarat batu-bata :)

haa… sebelum tu jom kita tengok macam mana agaknya batu-bata dibuat.

Sebelum mencetak batu-bata, kena pilih tanah dulu. pilih tanah yang baik dan kemudian dibersihkan dari kotoran atau kerikil. Seterusnya, baru diolah agar menjadi kuat bahkan diinjak-injak. Setelah itu dicetak dengan ukuran standard lalu dijemur dan disisik guna siap dibakar. * Waktu dibakar ni ada yang menjadi, ada yang tidak. Masing-masing menunjukkan kualiti bahan batu-bata masing-masing.

Batu-bata yang baik adalah batu-bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah. Ia siap dipasang di mana sahaja!

Proses pembuatan batu-bata bukanlah mengambil masa sehari, malah ia mengambil masa yang lama untuk menghasilkan batu-bata yang berkualiti. Lihat sajalah dari permulaan proses pun perlu memilih tanah yang baik..Dalam proses tarbiyah pun perlu selektif memilih orang untuk menjadi kader/penggerak dakwah.

Kembali kepada sejarah. Rasulullah dahulu memilih Abu bakar dari kalangan saudagar dan tokoh terkenal, Ali dari kalangan pemuda dan beberapa sahabat lain yang hebat.

Maka dalam pemilihan, pilihlah yang terbaik agar ia lebih efektif . Adakah  TANAH yang dapat menyerap air dan menahannya atau yang dapat menyerap sebahagian air atau yang tak dapat menyerap sama sekali.

Apabila pemilihan telah dibuat, proses INTENSIF pun bermula bagi memastikan hasilnya nanti adalah yang terbaik dan mampu memberi manfaat dan berguna terhadap sesuatu bangunan. Begitulah dakwah! Sepanjang proses intensif ni tak semua yang menjadi.. ada yang musnah yakni gugur di jalan dakwah, kerana apa? kerana tak tahan mungkin.

FUTUR (LEMAH) di jalan dakwah ini adalah fitrah, tapi jangan jadikan ia sebagai fitnah dan hanya membiarkan perasaan itu berterusan di waktu yang lama. Takut-takut ia sudah sebati dalam jiwa.. maka carilah penyembuhnya~

Apa yang cuba disampaikan di sini, daripada analogi di atas dapatlah disimpulkan bahawa ini lah peranan USRAH. Usrah dibina adalah untuk melahirkan SANG TANAH! TANAH YANG BERKUALITI. Seterusnya tanah itu mampu bergerak dan melahirkan TANAH BERKUALITI, TANAH ITU TERUS MELAHIRKAN TANAH YANG LAIN dan proses ini berterusan sehingga mampu mencapai masyarakat, kerajaan, negara yang hasanah! Waktu itu Islam adalah sebagai Ustaziatul Alam dan tiada agama yang tinggi selain Islam.

Agak-agak keadaan sekarang dah mencapai seperti itu belum? Kalau belum, jangan sekali-kali berhenti dalam menyampaikan dan mencari. Bagi yang sedang mengalami proses untuk menjadi tanah “itu”, buka lah hati agar ilmu dan kefahaman itu sampai ke dalam hati & diri. Dan bagi yang insya Allah sudah menjadi “tanah itu”,selamat menghadapi proses yang intensif dan tetap teguhlah kamu di jalan ini, kerana kamu sudah teridiri daripada orang-orang yang FAHAM. Jika bukan kamu yang bergerak, siapa lagi?

LEMAH, TAK SANGGUP, MALAS cuba dibuang jauh-jauh kerana kita perlu yakin dengan janji Allah. Syurga itu milik orang-orang yang berjuang di jalanNYA.

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal” ~29:58~

Walaupun ada yang tidak menjadi tanah mahupun batu-bata yang diinginkan, jangan bersedih kerana insya Allah pasti ada gunanya. Kata seorang murabbi, “Biarlah kita menjadi tangan-tangan yang pernah menyentuhnya,ditakdirkan Allah  perubahan orang itu pada tangan orang lain.” Maksudnya, hasil perubahan orang itu juga merupakan hasil usaha kita bukan? :)

Teringat juga kata seorang sahabat :

” Ingat Mahirah, apa-apa pun kita buat.. jangan lupa minta pertolongan Allah. Sebagus mana perancangan kita sentiasa DOA dapat jadi kawan yang baik & Allah lembutkan hati untuk terima hidayah. Hidayah itu milik Allah. ”  ~saya sangat berterima kasih kepada sahabat saya ni..insya Allah akanku ingat sampai bila-bila~

ingat semua, doa tu bukan untuk soal jodoh, ujian, rezeki sahaja.. doa lah kepadaNYA dari segenap aspek!

Akhir kata, mari kita hayati ayat Allah dari surah ash-Saff sebagai kekuatan buat kita :

” Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: “Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?” Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: “Kamilah penolong-penolong agama Allah”, lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. ” ~61: 14~

p/s : Usrah –> TANAH YANG BERKUALITI –> BATU-BATA –> BANGUNAN YANG KUKUH (faham ke analogi ni? kalau tak faham, tanya!)

Ilham dari buku new Quantum Tarbiyah & diolah oleh saya (^_^)v

 

HOMESICK!

 

 

sedih tak dapat tengok angah akad nikah :(  *Barakallahu alaik! jadilah seorang isteri yang dapat menjadi penyejuk mata buat suamimu! :D

6 Responses to “batu-bata”

  1. kawan mahir says:

    ingatkan angah adik beradik mahir tadi+_+

  2. husna says:

    mahir!! bagusnya analogi ni~~
    sangat2 bermakna…
    syukran mr dear, it’s really meaningful… :)
    nak share kat fb!!

    * ingatkan angah mahir jugak tadi..huhu -_-’

  3. angah@ kak lina says:

    tq adik sbb share pic angah nikah dlm blog adik..

  4. duha says:

    jzkk atas perkongsian :)

  5. Adik says:

    kawan mahir : hu3… ni mesti kenal angah kan..bunyi cam terkejut je :p *siapa la kwn mahir ni..general sgt :D

    husna : Alhamdulilah..semua ni dtg drNYA :) benda baik sebar2kan.. hihi..semua terkejut angah kawin ke? nnt da sampai seru kena buat besar-besaran ni XD

    angah @kak lina : hihi…sama2.. :)

    kak duha : wa ilaik! ^_^

    utk semua : utk pengetahuan semua, kami ada adik-beradik angkat. kiranya anak angkat kepada ibu dan ayah :) 3 orang semuanya kak lina (angah), adik kak lina (yan) & kak mashi…

    pic kat atas tu dari kiri kaklang (kakak kandung), angah @kak lina & kak mashi… (dorang ni sebaya)

    yan pulak satu umur ngan saya.. harap semua jelas!

    *SEMANGAT EXPLAIN tentang salasilah keluarga *ignore je~~~ =_=

  6. husna says:

    hahaha..like2!! bleh kenal adik beradik angkat mahir gak.hehe

    ha, kalo ade kenduri sape2 kat umah mahir, mestilah kne wat besar2an..lagi2 untuk mahir.. XD

Leave a Reply