Bismillahirahmanirahim..
Sejak kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku yang sememangnya menguji kesabaran dan kekuatan diriku. Secara jujur, perasaan ‘give up’ ada dalam diri.. terlalu lemah, beban & perasaan sedih menyelubungi.
Tetapi, Allah itu Maha Penyayang. DIA sekali-kali tidak pernah menzalimi hambaNYA.
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. ” ~4:40~
Allah hadirkan dengan teguran, nasihat dan sokongan daripada sahabat-sahabat. Allah tidak membiarkanku seorangan!
” mahir, jgn sedih..baca surah Al Ikhlas…pendek.4ayat..tapi kat situ, ALLAH kata ALLAH sentiasa bersama kita..ALLAH yg membantu kita dalam apa jua keadaan..yakin, mahir.. “
” mahir, ni adiah untuk mahir.. walaupun dah penah dengar, terus jadi peringatan bersama. misss you!
*hugs maher ketat-ketat* ” (link dari DR.MAZA)
” Mahirrrrr =) “
” mahir, sedihnya tak dapt ada d sisi mahir saat2 mcmni..moga btemu dalam doa selalu mahir..kuat mahir, Allah sentiasa ada bsama hamba2NYA saat susah dan senang..umai akn doakan istimewa utk mahir hr ini… Allah kta, bsama kesusahan ada kemudahan kan. ”
” mahir!!*hugs*….insyaAllah…Allah sntiasa bersama mu:) “
Mereka-mereka ini adalah sahabat seperjuangan sewaktu di KISAS dahulu. Semuanya berada di negara-negara yang berbeza demi berjuang dalam mencari ilmuNYA. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, hanya 2 tahun tetapi hubungan kami terasa begitu erat. Maaf, kami bukan nak assabiyah tetapi mungkin kerana hubungan ini berlandaskan tujuan yang sama.
” Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa. ” (Surah az-zukhruf, ayat 67)
Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka dalam hidupku.
Tetapi ingat wahai diri, hargai & sayangi lah sahabat yang berada di depan matamu! Manusia sering kali buta akan perkara yang berada di depan mereka sebaliknya lebih melihat perkara yang jauh dari mata. Takut-takut kamu akan menyesal di kemudian hari kerana membiarkannya.
“Allah, ampunilah aku. Jadikan lah aku seorang sahabat yang baik buat diri mereka “
23 OCTOBER–> merupakan hari kelahiranku, terima kasih buat ain, mimi, nada, fak, misah, rawi, kak fatin, adik-adik usrah, batch 09 & semua seniors & juniors atas ucapan, doa, hadiah & kejutan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sayang kalian & maaf atas kesalahanku selama ini! Banyak lagi hak-hak kalian yang belum saya tunaikan
Di kala diri ini lemah… terima kasih amy! (sekarang ni amy kat aussie)
Dengar berulang-ulang kali sebagai pembakar semangat!
next week exam.. tolong doakan saya! Moga Allah permudahkan di samping tangungjawab-tanggungjawab lain yang perlu ditunaikan.


“ketika perjuangan kita mengutip pahala dan keredhaan Allah, bukan mengutip kemenangan” ..Allah pandang pada usaha kita, bukan pada hasil. Tapi yakin bahawa Allah sentiasa dekat kpd hambanya yg beriman. Iman kita wajib diuji. dan kerana itulah,ujian diberi sbgi bukti Allah ingat kpd kita =) Sesungguhnya disebalik kesabaran itu ada kemenangan =)
yup..betul tu kaklang..terima kasih atas peringatan! miss u always
dah baca lama pos ni.. tapi baru sempat nak drop komen..
kak lang!