"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

Qowwi

Sunday, December 25th, 2011


Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulilah sekarang saya kembali stabil. terima kasih atas doa semua! :)

Sepanjang tempoh “ujian” ini banyak perkara yang saya belajar hingga timbul di fikiran, apakah tarbiyah yang Allah cuba sampaikan kepada saya? ternyata jawapannya SANGAT BANYAK. Salah satunya QOWWI~

Qowwi atau Qawiy bermaksud Kuat. Adakah kuat di sini bererti dari segi fizikal? Oh,Tidak sama sekali. Qowwi itu lebih diertikan sebagai kekuatan hati/rohani. Sehebat, sekuat mana pun fizikal jika tidak disertakan dengan hati yang teguh, angin yang lalu pun mampu menumbangkan suatu jasad yang dari mata kasarnya kelihatan gagah.

Teringat akan zaman firaun dahulu.. Zaman firaun merupakan satu tamadun yang hebat tetapi dapat dimusnahkan oleh Allah kerana tiadanya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Dapatlah diertikan di sini kekuatan rohani itu adalah kekuatan iman kita kepada Allah. Setiap orang mempunyai tahapan yang berbeza. Kuatnya iman kita dapat dilihat dengan bagaimana kepercayaan, keyakinan dan tindakan kita dalam menghadapi ujian tersebut.

Kelemahan, kesedihan, kekecewaan itu datangnya dari Allah, sudah pasti KEKUATAN itu datang dari Allah!

Saya tahu akan “statement” itu tetapi mungkin kadar keyakinan saya padanya bukan 100%.  Maka, berlakulah peristiwa di mana satu malam saya menceritakan masalah saya kepada seorang akhwat, malangnya kata-kata dia membuatkan hati saya makin gelisah, pedih, tak pasti dan nak GIVE UP!

Tidaklah salah untuk menceritakan kepada orang lain masalah kita, tetapi apa yang salahnya di sini, NIAT saya pada malam itu adalah dengan niat bahawa dialah yang mampu selesaikan masalah saya.

Jadi yakin lah..bukan sekadar percaya. Yakin dan Percaya itu berbeza.  Bagaimana ingin dapat sifat Qowwi?

Caranya dengan dekatilah Allah. kadang-kadang kita rasa amalan kita dah cukup, sedangkan tak la cukup sampai boleh “declare” sebagai ahli syurga. Allahu Allah.. Engkau sangat-sangat baik terhadapku. Menegur dikala diri alpa~

Mengadu la padaNYA dan  ada 2 perkara yang bila mana kita lakukan insya Allah kekuatan itu datang. *Betul, saya tak tipu!  2 perkara itu adalah istighfar dan solat sunat taubat. Cuba la amalkan setiap hari. Rasa lemah itu sebenarnya disebabkan dosa-dosa yang terkumpul di hati kita. Agak-agak kalau boleh tengok kat cermin dah jadi warna apa dah hati ni..hmm

Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (11:52)

Satu lagi amalan harian yang saya rasa penting adalah solat sunat istikharah. Kerananya hati manusia ni sering kali berbolak balik, tak tahu mana yang pasti dan mudah goyah oleh anasir-anasir luar.(saya la tu terutamanya =_= )  *Jangan fikir istikharah hanya dibuat bila mana nak buat keputusan jodoh atau pun nak pilih kerjaya sahaja!

Insya Allah jika diamalkan, setiap keputusan yang diambil akan diredhai Allah dan sentiasa mendapat bimbingan dan dipermudahkanNYA! lagi sekali, YAKINLAH.

Doa solat istikharah sangat best! :)

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

~ kami yang gedik ~ sabotaj kaklang..haha *bila la along nak turun bandung ni :(

adikmu mendoakan semoga kalian cepat-cepat mendirikan baitul muslim..next year la kalau boleh! (suka hati je :p)

p/s 1 : tersenyum bila baca status junior dan statement ustazah –> budak kisas ni nanti kahwin dengan budak kisas jugak. *no comment~~ :D

p/s 2 : senior saya di UNPAD tak lama lagi akan langsungkan perkahwinan mereka. Barakallahulakuma! semua orang sangat excited. *tapi,kenapa saya yang terkena tempiasnya? +_+

p/s 3 : lagi 1 minggu nak final exam..  sooca (exam oral) di hari yang ke-2! doakan saya!