"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

kata semangat!

Kamu kena bangga jadi hamba Allah! kalau ada orang yang kalahkan kamu dengan dunia, kalahkan dia dengan akhirat

~Imam Hasan Al-Basri~

Darjat paling rendah bagi seorang Faqih adalah meyakini akhirat itu lebih baik daripada dunia

- Imam al Ghazali -

(PALING RENDAH KOT, TAPI KEBANYAKAN DARI KITA LEBIH MEMENTINGKAN DUNIA DARI AKHIRAT.. NAUZUBILLAH)

” Bantuan dari Allah kepada seorang mukmin itu bukanlah dari segi kekayaan, kemewahan dan kesenangan di dunia, tetapi bantuan dari Allah yang sebenar-benarnya adalah  supaya kita tetap TEGUH DAN ISTIQAMAH di jalanNYA! “

(bukan senang untuk istiqamah  di jalan ini, kebanyakannya gugur di pertengahan.. Allah, teguhkan aku!)

Doa yang  sedang saya amalkan bersama bulatan gembira saya :)

“Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”. (3: 147)

Sekarang tengah final exam, tapi semangat makin kurang sebab sooca (exam oral) dah habis =_=

Usaha dan bersemangatlah! tunjuk kepada dunia bahawa orang Islam itu hebat. Kita hebat kerana ada Allah :)

JOM STUDY!

~Salam Imtihan semua~

p/s : Nak promote kepada semua yang baca blog ni, jom sama-sama dengar tafsirul Quran di radio ikim oleh Ustaz Zahazan.  Jam 6.30 pagi  waktu malaysia, ulangannya jam 8.00 malam waktu malaysia. Sekarang tafsir surah yang ke-40 (Ghafir atau Al-Mu’min). Banyak manfaat yang boleh kita ambil!

7 orang semuanya mewakili saya dan housemates di bandung!

moga kita dapat jadi seperti muslimah di atas. Amin

Leave a Reply