"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

fikirlah.. (*)

Tuesday, June 17th, 2008

he3~gmbr hiasan..cousin2 ku..

kisah ni drpd Singapura..mybe rmai yang dah tahu..tp,, jz nak peringatkn balik..dan muhasabah diri kita sendiri..

Banduan ni dikenakan hukuman gantung kerana membunuh dan merusuh..tp, sebelum dikenakan hukuman, dia perlu menjalani sesi kaunseling dan belajar agama drpd seorang ustaz. Banduan ni pun rajin bersolat dan beribadah..dia juga ade beritahu ustaznya yang dia ingin menghilangkn tatu sebelum dihukum,, tp memandangkan tatunya di seluruh badan dan susah utk dihilangkan, ustz 2 menasihati supaya jgn risau tentang tatu.. yg penting hatinya kuat mengingati Allah dan beribadat dgn tekun.

Setelah dikenakan hukuman gantung, mayat banduan 2 dibawa pulang ke rumah keluarganya utk diuruskn jenazahnya..namun,, pada ketika mayat 2 hendak dimandikn, alangkah terkejutnya semua org (trmasuk ustaz yg mengajarnya),, tatu yg ada di seluruh badannya telah hilang! Badannya sgt bersih & xde sedikit pun kesan tatu di badannya.. Sememangnya Allah itu Maha Pengampun & Penyayang..siapa saja yg ingin bertaubat akan diterima taubatnya.

Konklusinya, xsemestinya org yg baik + byk ibadah akan mati dlm keimanan kerana jika dia byk beribadah sekalipun tapi ade sikap riak, ujub dan suke menghina org2 yg jahil dan jahat @ org yg buat maksiat..Adakah amalannya akan diterima Allah? nauzubilah kte tergolong dlm golongan ni.. Fikirlah..hidayah 2 milik Allah.. janganlah kte mencemuh org2 yg nmpak jahat,, suke buat maksiat atau perempuan2 yg xmenutup aurat..kerana mungkin suatu saat nnt org2 seperti ni akan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah..bahkn mungkin mereka lebih baik drpd diri kte.. jd,, kte seharusnya mendoakan mereka agar diberi petunjuk dan mndapat keredhaan Allah~~

teringat dialog ngan kak tun time mengjar kat tahfiz dulu… :

kak tun: mahirah, tgk la org putih ni. berjayanya dia…

saya: aah,, tp berjaya kat dunia la..

kak tun: eh, jgm cam2..kte xtau mahirah. mane tau dia diberi hidayah Allah masuk Islam..x2,, baik lg drpd kte..

saya: ye la kak tun.. btol 2

(xingat sgt..tp,, ayatnye lebih kurang cam 2 la..)

hu3~~ 2 la kte manusia sering kali lupe,, slalu rasa diri sndiri baik..sedangkan Allah lebih Mengetahui.. wawawaww..ni yg rindu kat kak tun.. kak tun ni klakar orgnye,, dia ni pun byk ckp cam sy.. kak tun ni la yg jd teman sy time mngajar kat tahfiz dulu..nway,, pg td mimpi my students yg standard 1..hmm..

CREDIT 2 KAKLANG

~ arigato… kamsamida ~ :)

Sabda Rasulullah SAW : Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan..

( RIWAYAT TARMIZI )

selamat Hari aYah..

Sunday, June 15th, 2008

Thanx 4 being a great father…

selamat hari ayah..moga ayah panjang umur,, dimurahkan rezeki & sentiasa diredhai Allah.. keje 2 keje jugak tp,, jaga kesihatan diri dl..(kata kaklang).. hu3~ we love u dad~

” Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu-bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika waktu kecil ”


copy and paste..

Tuesday, June 10th, 2008

this is jz copy and paste post…~out of idea rite now.. :(




Antara syarat yang dikenakan oleh Mustapha Kamal Attaturk (bekas PM Turki)

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.


2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).


3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.


4. Beliau pernah menegaskan bahawa ‘negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.’


5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.


6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.


7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.


8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.


9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.


10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.


11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.


12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.


13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.


14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.


15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.


16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.


17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.


18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya ‘siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?’ oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan’ beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.


Antaranya ialah :


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.


2. Sakit jantung.


3. Penyakit darah tinggi.


4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.


Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.


Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.


Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.


Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).


Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

time is running out~~

need to focus on study….20 days left b4 i’ll become student again..iAllah at KTT..hu3~~believe it or not i hv done nothing 4 da preparation…all of my frens are eager and almost finish pack their things,, especially yeanna…hehe,, and me?? haha..even medical check-up and fill da form hvn’t done yet..wat 2 do.no feelings..plus, my parents are TOO busy..but,don’t worry..i will make sure everything are going smoothly as planed…ahakz. now,bz with biology book…already done with hormonal mechanisms, control of blood glucose concentration and diabetes mellitus.. :)

p/s: hari ni tiba2 ayah blk awal..kul 12.30..hu3~amik cuti rupanya. xsihat…xpe la..da lama ayah xcuti.. yeay! boleh kcau dia ari ni..haha

oh ye! hari ni zatie msk uia ,nilai..jia pulak uia, p.j….erm,makin rmai da msk blaja..btw,selamat belajar! :)

Sheikh abu bakr as shatri~last weekend..

Tuesday, June 3rd, 2008

Sheikh ni mmg sgt terkenal dgn bacaanya yg sgt merdu…hu3~~mmg respect la kat sheikh ni..may Allah bless u….nway, saje je nak share ngan readers..mane tau drpd xsuke dgr ayat Quran..jd tertarik & bertambah2 nak belajar Quran.. kan? dgr kata sheikh ni study kat nz..erm..ntah la. ape2 pun,dengar la ye..~~ :)

~ Last weekend…~

last week..sy g kelantan ..ade staff ayah kawin, 2 org lak tu..hu3~erm, baru tau klu kat kelantan…dia ade 2 majlis..satu majlis walimatul urus, satu lg majlis kesyukuran. Kiranya klu mjlis kesyukuran secara kecil-kecilan je la..erm..bgs jugak xde la membazir (bak kata ayah)..bukan cam selangor..klu orang kawin je, msti besar-besarannya..haha..nway,selangor is still da bes!~~assobiah lak.. :) Sebelum g mjlis kesyukurn 2..kami duk singgah jap kat Pantai Cahaya Bulan..nmpak tenang je, biase la klu nampak laut je tenang..hu3~ tp, ibu kata pantai ni da x cantik macam dulu..bile da mmbangun cam 2 la jadinye..pencemaran sana-sini..kurang pokok2 besar… tp, klu pantai kat sabah,mane ntah semporna kut..pergh!! mmg lawa..air dia jernih je.. ha..ape lg, pakat2 mai sabah..ha3..

to kaklang: hu3~~kaklang, kain sutera utk kaklang jd 1 je, warna coklat2 oren…sbbnye yg wrna hijau 2 cam tua sgt..so, xsesuai la utk org muda cam kaklang..hehe.. yg hijau 2 bg kat nenek..nway, jgn jelez sbb adik ade 3..sebabnye mmg adik yg pilih kain tu kat kedai..ibu kata cian kat kaklang.. tp, masalhnye..ktorang masing2 xnak beralah..sibuk duk kata bagi barang yg kte sayang.tp, dua2 xnak bg..aduih.. ni la org kata cakap senang tp praktiknye susah..hu3~ ‘Actions speak louder than words’.. Last2 adik nak bg kain wrna pink2 purple 2 kat kaklang, tiba2 ibu lak kata xpe2…cian lak kat adik sbb adik da suke sgt..hu3~pening2.. Ibu kata nnt dia beli lain utk kaklang~ iAllah lebih baik drpd ktorang.. konklusinya, jgn la jd cam ktorang ni..hu3~ bagilah barang yg paling anda sayangi kepada org lain……

‘Mengapa Mengeluh’

Thursday, May 29th, 2008

Alhamdulilah…now,i’m feeling much more better.sy try mintak tukar negara..klu dpt,rezeki la 2. Ape2 pun sy letakkan segala-galanya pada Allah..Dia yg menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang. hu3~malu lak ari 2 depan mak uda nangis..pak uda ngan mak su lak duk gelak,cakap mulut dorang masin..ha3~sabo je la.nway,kaklang, bes balik kg…nyanyi2 ngan danish & shamito sambil mkn aiskrim + keropok. adik da jd cam budak kecik. :-) nnt..iAllah, 7 jun ade aqiqah untuk hannani & husna..erm,ni yg bes dapat kumpul ramai2 kat kg. hu3~ to angah + kaklang +along nusaibah + kak farah yg duk kat perantauan 2 jgn jelez ek.. korang tgk dari jauh je la.. huauhauuaha.. ;)

Semalam baca novel Curahan Cinta Niagara..novel ni islamic…ala-ala novel Ayat2 cinta (teringat kat bela). Ada petikan ni memang sgt sesuai utk insan2 yang rasa kecewa, sedih atau stress ke..sesuai la ditujukan kpd diri sendiri..(ha3~ade ke org tuju kat diri sendiri?).. oh ye! nak tujukan kat yeanna che jugak.. Hopefully, ayat2 cinta daripada Allah ni dapat memberi ketenangan kpd kte semua..

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

KIta bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg berdusta ” Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dpt apa yg aku idam-idamkan?

Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pulak kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216.

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab, ” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” Surah Ali Imran, ayat 139.

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, ” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg org2 yg khuysuk” Surah al-Baqarah, ayat 45.

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab, ” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya: Apa yg aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, ” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah, ayat 111.

Kita bertanya: Aku tak tahan!

Quran menjawab, ” ….dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf, ayat 12.

Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab, ” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.

* Message yg diberi oleh zatie :

Rma2 dan bunga…sorang laki berdoa pd Allah agar diberikan bunga & rama2. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. lelaki ini sedih, xfaham kenapa pemberinnya berbeza drpd permintannya. Kemudian dia berfikir Allah mempunyai terlalu ramai umt utk diuruskan & dia memutuskan utk xmempersoalkannya. pas 2 satu masa laki ini memikirkan semula pemahaman doanya yg telah lama dilupakannya. laki ni amat terperanjat apabila melihat dr pokok kaktus yg hodoh & berduri 2 tumbuh pula bunga yg cantik. & drpd ulat yg terselindung bertukar jd rama2 yg cantik. Allah sentiasa melakukan smua perkara dgn betul. Cara Allah adalah yg terbaik walaupun kelihatan smuanya salah. JIka anda memohon sesuatu dan menerima yg lain dr Allah, percayalah Allah sentiasa mengurniakan apa yg dipinta pd masa yg sesuai. Apa yg anda pinta xsemestinya apa yg diperlukan! Allah xkan gagal memenuhi permintaan, teruskna berdoa tanpa ragu2 & mengeluh! DURI hari ni adalah bunga hari esok! Allah mengurniakan pilihan yg terbaik kepada mereka yg menyerahkan ketentuan kpdNya….

p/s: hu3~~ xsangka lak msg zatie ni panjang camni… nway, tq ati.. :)

HAPPY BIRTHDAY AYAH….! -28 MEI 1954-

Sambungan…..

Tuesday, May 20th, 2008

ni sambungan utk kesilapan yg sering kali dilakukan orang mukmin ketika berusaha meneguhkan imannya..

  • Kesilapan kedua ketika mahu memperbaiki iman ialah beramal tetapi meninggalkan usaha menuntut ilmu.

Komitmen kte melakukan solat, puasa, zakat dan haji serta amalan sunat lain tidak akan bertahan lama tanpa asas ilmu yang kukuh. Ramai org yang melakukan solat hanya sekadar ikutan, begitu pula puasa dan hajinya dilakukan tanpa ilmu.

Mengapa ayat pertama diturunkan berbunyi: “Iqra”, Bacalah! Bukannya solatlah, sedekahlah, buatlah haji dan sebagainya. Kepentingan ilmu lebih diutamakn utk menguatkan amal seseorang. Org yang menuntut ilmu akan bertambah yakin setelah mempelajari dalil dan hujah al-Quran mengenai sesuatu amalan yg dilakukan kerana mentaati Allah. Ilmu juga menunjukkan jalan yg dilalui para Nabi dan Rasul menuju keredhaan Allah.

Betapa ramai org disesatkan dalam akidah dan ibadahnya kerana tiada ilmu. Penyelewengan yg ketara ialah apabila kumpulan yg mengada-adakan ciptaan dan rekaan sesuatu cara ibadat dgn mengikut hawa nafsu tanpa sandaran ilmu bersumber daripada al-Quran dan hadis.

Rasulullah SAW pernah memberi peringatan mengenai hal ini dgn sabda Baginda yg bermaksud: “Allah tidak menghapuskan ilmu dgn cara mencabutnya daripada dada manusia. Tetapi dgn jalan mewafatkan para ulama. Apabila tidak ada lagi para ulama, maka manusia mengangkat org jahil menjadi pemimpim mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yg jahil itu. Dia memberi fatwa tanpa ilmu dan menyesatkan org ramai, maka sesatlah mereka semuanya. ” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslin dan al-Tarmizi) -ha… sape ingat kte belajar tajuk ni dlm subjek ape? jwb…jgn xjawab.. :)

Umat Islam seharusnya menjadikan ulama sebagai sumber menghidupkan iman mereka, tetapi ramai yg memerlukan ulama hanya utk menolong menguruskan mayat, membaca tahlil, talkin majlis kahwin, kenduri selamat dll..

Mengapa tidak datang kepada ulama utk meminta seteguk ilmu daripada mata air yg diwarisi daripada Rasulullah SAW supaya teguh iman kte dan lahir jiwa yg kuat mengharungi cabaran dunia dlm segala bidang kehidupan.

Apabila ilmu agama dipisahkan daripada realiti kehidupan, maka akan lahir generasi paginya beriman tetapi pada sebelah petang hilang segala iman di dadanya. Mereka ingat kepada Allah saat di masjid saja, di luar daripada itu mereka rela ditipu oleh dunia….

KEBORINGAN~~

wawawa…boringnye.menyesal pulak berhenti keje awal..hu3..xpe la,dah lepas da pun..hidup mesti diteruskan! erm, iAllah bulan 6 ni start belajar blk…xsabar + excited + takut… blogger2 pon makin sunyi je..ye la mostly dah masuk intec..3 bulan lagi fly la dorang..hu3~sayonara..yg lain pon da masuk matrix..akhir bulan ni lak turn utk dak2 usim…aduih, kebanyakannye tinggal la dak2 jpa + utp duk tanam anggur kat umah..ha3.anyway, study kat mane2 pon sama..yg pentingnya NIAT kena sentiasa IKHLAS!

ok la utk sahabat2ku : jaga la diri baik2..belajar mesti bersunguh2 + semangat..baru bes..ha3.. iAllah anda2 semua diredhai Allah dan jd org yg berguna…ape2 pon Bashya! :)

p/s: yeanna che, nnt la mahi buat tag 2 k! esok nak blk kg..kat sg.merab…oh ye! gambar kat atas 2 my cousin..syahmi, skang ni darjah 1..dia mmg gediks skit..ha3.kaklang+angah selalu buli dia..suke tgk dia nangis..sape suruh nakal sgt..abang dia baik je..hu3~ anyway, xsabar nak kacau dia esok..nak main football..wah!

Kuantiti OR KuaLIti??

Saturday, May 17th, 2008

KEJAR KUANTITI, KURANG ILMU PUNCA AMALAN TIDAK BERKAT..

ni antara artikel yg terdapat dlm ruangan Agama, Berita Harian isnin lalu (12 Mei) yg ditulis oleh pendakwah dari Sarawak, Dr Juanda Jaya..saya cuba ringkaskan artikel ni dan selitkan isi-isi penting yg ditulis oleh pendakwah ini agar mudah difahami pembaca..hopefully, kte semua ambil pengajaran dan cuba utk memperbaiki diri masing2…~

“Keadaan terlalu selesa sebenarnya boleh membahayakan iman dan menjejaskan ingatan kte kpd keperluan bergantung pd Allah. Mungkin jika harta sudah banyak terkumpul, seseorang mudah lupa bagaimana menadah tangan dan melafazkan doa: ‘Ya Allah hindarkanlah aku daripada muflis di dunia & akhirat’. Jika hidup sentiasa sihat & cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya dan memuaskan segala keinginan hati, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dgn ajal. Dan jika kesenangan saja yg dirasa, mungkin apabila sedikit ujian dtg, kte akan mengeluh, membenci dan marah dgn ketentuan Allah. “

Antara kesilapan org mukmin ketika berusaha meneguhkan imannya ialah:

  • Beramal berdasarkan kuantiti bukan kualiti :

1- Sembahyang sunat sampai berbelas rakaat tapi solat wajib belum lg sempurna syarat,rukun dan khusyuknya

2- Ada pula setiap tahun pergi ke Mekkah dan menghitung pahalanya lalu dia merasa cukup pahalanya itu utk setahun hadapan, akhirnya tinggalkan amalan semasa di tanah air

3- Paling teruk, buat dosa & maksiat tanpa takut kerana berasa sudah aman dgn pahala yg diperoleh di Mekkah. Betapa jahil & dangkalnya ilmu. Apakah dia tahu Allah sudah terima pahala haji & umrahnya? Jika niatnya tidak betul dari mula, mana mungkin amal diterima. Semua amalan yg rosak NIATNYA, maka rosaklah segala-galanya.

CONTOH lain : (yg ni mmg sy buat..hu3)

~~ Membaca Al-Quran utk dpt pahala byk, maka dibacalah beberapa juzuk walaupun tanpa pemahaman & kehadiran hati.

Tidak kte nafi mengenai pahala yg dtg beratus ribu jika 1 huruf digandakan 10 pahala, tapi smpai bila kte boleh bertahan jika hati tidak rasa seronok & mugkin jemu kerana keletihan membaca. Ingatlah, bacaan kte akan menghidupkan iman di jiwa walaupun hanya 1 ayat yg diiringi dgn TADABBUR. Bukankan Rasulullah S.A.W. sering mengulang ayat yg mengesankan hati baginda? Urusan pahala berada pd kuasa Allah, diterima @ ditolak pun kte tidak akan sampai kpd ilmu Allah Yang Maha Tinggi. Paling penting ialah apa-apa amal soleh walaupun sedikit hendaklah membekas ke dalam hati, menguatkan iman dan membentuk keperibadian hamba yang diredhai Allah. Yang sedikit tapi berterusan dan yang boleh menghidupkan jiwa adalah lebih baik drpd amal banyak yg disertai sikap ujub, takbur, riak & meletiihkan jiwa…

Rasulullah SAW bersabda : “Bacalah al-Quran selama perhatian hatimu menuju kepadanya, apabila kamu bimbang maka berhentilah…”

p/s: utk kesilapan kedua lain kali la ye…fahamkan yg atas dulu… :)

~HAPPY TEACHER’S DAY~

* misz my kids~~

Selamat hari guru dan terima kasih kepada ibu & ayah, guru-guru di tadika Abim, srk. jln 3, srk convent st. francis, tahfiz abim, smakk, smakl dan kisas yg banyak membantu & mendidik diri ini…

new Cousins~~ + epi Mother’s dAY..

Sunday, May 11th, 2008

congrats 2 mak su & mak uda….terima kasih kpd ibu2 ni kerana dpt lahirkan baby2 girl yg sgt comey, walaupun kedua2nya lahir ikut ‘tingkap’..hu3..semoga nuraqeelah hannani dan nur husna nabihah berjaya dalam kehidupan dan jadi seorang wanita solehah…amin~

  • anak mak uda- nur husna nabihah
  • anak mak su-nuraqeelah hannani

* to kaklang : tahniah sbb dua2 kaklang yg bg nama…. ;)

HAPPY MOTHER’S DAY!!!!

* thanx 4 everything ibu….

Sabda Rasullah s.a.w. :

bertakwalah dan patuhlah kamu kepada Allah, kemudian Rasullah, kemudian ibumu, ibumu, ibumu, dan ayahmu..

p/s: oh ye! ni khas utk yana yahya… –> thanx bawak kte skali g UPSI..hu3~~ dpt la tgk UPSI 2 cmne smbil kenal2 ngan senior tu..he3~kidding.. nway, seriously i hv fun with u, bela and her sis on dat day!! tq gurls!.. frenz 4 eva… iAllah.. :)

students..

Sunday, April 13th, 2008

assalamualaikum w.b.t

for 3 months i worked as a tcher kat skola thfiz abim ummah..mcm xcaya pon ade.. actually,kwn who is yana yg ajak g intrview time bln disember ari 2..ingatkan dia main2..pikir2,bgs gak drpd waste time kat umah.so,try je la..mule2,ktorang kena wat test ats krts..pas 2,kena amik wudhuk..then,dia pon panggil la sorang2.dlm bilik 2 ade dua org(ustz & ustzah),dia nak dgr kte ngaji and tanye tajwid.mmg ar takut tp wat cool je ar..bak kata kaklang tunjuk skit muke penyayang..kata nak jd cikgu utk skola rndh..msti ar ade muke loving..huhu..

finally,pd 1.1.2008,sy pon msk la kelas 1 Al-kindi..ya Allah,hanya Dia je la yg tau perasaan ni time 2..xtau nak wat ape..budak2 pon tgk cam blurr je..last2 wat je la sesi taaruf.Alhamdulilah,hari2 berikutnye brjln dgn baik..tp,mmg time 1st tu rasa tension sgt..yg klakarnye smpai students yg wat sy nangis..bknnye anak murid yg nangis.ish2..malu je.saya kena ajar 2 sesi.pagi drjh 1 and ptg 4 stndrd 4..klu drjh 1 kena ajar hafazan,qiraati,ba,jawi & amali solat.drjh4-sirah,feqah & hafazan. anyway,thanx a lot kat akak2 kat sana.dorang yg byk mmbntu and beri tunjuk ajar..bila jd cikgu ni,br tau perasaan seorang guru..bile anak murid xnak dgr ckp,xnak wat keje skola..pas 2 kena buat rncangan mengajar..ade kursus,kena wat soalan.. sgt besar pengorbanan seorang guru.mlm blk rumah pon still fikir psl anak murid..esok nak ajar ape..fikir strategi mengajar..haih..mmg xtrnilai jasa seorg guru. I feel so grateful 2 have dat opportunity..get more xperiences and learned how 2 communicate and control our emotions..

Here are some pic of my students..~~~

*KERJA MENURUT PANDANGAN ISLAM:

-”Tidak ada sesuatu makanan yg lebih baik bagi sesorang itu melainkan apa yg dihasilkan oleh usaha tangannya sendiri.Sesungguhnya Nbi Allah Daud makan daripada usaha tangannya sendiri (Hadis riwayat Bukhari)

-”Sesungguhnya apabila saya tertarik dengan seseorang lelaki,saya bertanya mengenainya: Adakah ia mempunyai pekerjaan? Kalau mereka menjawab: Tidak! Maka jatuhlah nilainya pada pandangan saya”. (Khalifah Umar Bin Al-Khatab)

-”Sesungguhnya Allah menyayangi hambaNya yg mukmin yang mempunyai pekerjaan” (Hadis riwayat Muslim)

tq angah…. ;)

Thursday, April 10th, 2008

salam..ni 1st entry saya..xtau nak wat ape coz 1st time la katakan..anwyay,i want 2 thanx 2 my bro..

dia la yg wat kan blog ni..special 4 adik-beradik pelangibonda..nnt,iAllah..ibu plak ade web sndiri…bgs la 2..

ape2 pon,i’m still learning..so,plez welcome me.;)