"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

Boundless….~

Sunday, February 15th, 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulilah,, berkesempatan jugak nak update blog ni..kesian dia,, terbiar dengan begitu lama. actually, bleh je update time kat umah,, cume mls je..hu3~~xde mood lagi pun. dengan spam yg berlambak2 kat shoutbox 2..lagi la menyakitkn hati.. hmm, sabo je la.mls nak layan.~~

stret 2 da point,, nak g tau psl berita yg sgt mengejutkan buat students KTT, especially 4 indonesia bound. after chinese new year break, Jpa dtg KTT nak jmpa dgn students indon bound.  so, ktorang kena gather kat DU(dewan utama).

ayat dia xingat la camne…tp,,isinya lebih kurang mcm ni la :

” utk pengetahuan smua, malaysian medical dan kementerian ade wat spotcheck kat universiti2 di indonesia. kat sana didapati ade beberapa perkara yang perlu diperbaiki..jadi,, hasil discussion, kami buat keputusan utk tidak menghantar tuan2 sekalian utk further stdy kat sana..begitu juga dengan batch seterusnya. Walaubagaimanapun, kami akan cuba hantar tuan2 ke oversea. ade 2 buah negara dlm senarai kami. 1st, india..2nd, rusia. tp, rusia kami xgalakkn. jgn risau,, yg penting sekarang kamu kena score.msti lepas cut-of-point and ur ielts too. ”

hu3~~lebih kurang cam 2 la…hmm,, xtau nak bg reaction ape.nak ckp suke xjugak..xsuke pun x. ade kwn yg geram,,sakit hati,,suke?  xtau la..tp,, kebanyakannya xpuas hati and risau ngan future msg2. 2 la.. manusia hanya merancang,, Allah yg menentukan. Dia tahu ape yg terbaik buat kte.

actually,, 2 negara tu pun xsure lg.jz in JPA’s list. klu g india, ktorang akan fly ngan senior sbb a-lvl dorang 1 n a half yer.. masalahnye plak,, a-lvl india bound needs physics. ktorang amik maths..hmm, xtau la.Jpa yg akan handle. klu g russia lak rugi 1 yer coz batch ktorang da g last yer.. dorang wat preparation 3 months je.  xperlukan a-lvl pun.konklusinye..xkisah la negara mane, asalkan dpt belajar. kte kena ingat belajar  ni adalah utk cari keredhaanNYA dan untuk berjaya di dunia & akhirat. klu berjaya di dunia..capai cita2 jadi doktor…akhirat pulak..ilmu yg kte ada itu guna utk agamaNYA,,dakwah..jadi doktor tlg org2 yg memerlukan kerana Allah. tp 2la,, fitrah manusia..mmg sedih klu xdpt stdy oversea sbb pd mulanya ktorangnye destiny kat situ. tp, xpe la..Allah adalah sebaik2 perancang. yg penting skang, stdy sungguh2, score, jd khalifahnye yg baik, anak n kwn yg baik+ solehah.Amin… sahabat2 smua doakan sy berjaya k! syukran. :)

” Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu, agar Kami mengetahui orang-orang yang mahu berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menampakkan (baik buruknya) hal ehwal kamu.”

-MUHAMMAD,31-

MISZ MY FAMILY

hu3

rindu kamu

Friday, January 2nd, 2009

post ni khas untuk sahabat baikku husna yg sekarang berada di mesir. seorang pelajar perubatan di Universiti Ain-Shams..

TEMAN, KIRANYA WAKTU SEKEJAP ITU MENJADI KENANGAN UNTUK KITA INGATI SEPANJANG ZAMAN, INGATLAH AKU SELAGI KAU MAMPU. JIKA PULA MASA MENDATANG MEMISAHKAN KEAKRABAN TANG TELAH BERTAHUN TERBINA, UKIRLAH SECEBIS TENTANG AKU DI HATIMU, AGAR NANTI KITA BERSUA KAU MASIH MENGINGATI SIAPA DIRIKU…

” SESUCI TITIS QATRUNNADA, BUAT GADIS SEINDAH PENGHULU SYURGA, YG MAHARNYA IMAN N TAQWA, LALU DIHIAS HARUM TULUSNYA CINTA. BUATMU PUTERI, KUDOAKAN UNTAIAN MUTIARA SOLEHAH MOGA DIRIMU SENTIASA TERPELIHARA DI BAWAH NAUNGAN KASIH-NYA.. “

–> bila husna nak balik cuti? duk sana lama2 mane bes..hehe… nway,, ari 2,, ade minggu kerjaya kat matrik tmpat zawang. ade borang nak wat medic kat mesir.syarat dia rsult spm btween A1-B3.. zawang nak,,tp family dia xbagi..risau kat dia..dia sedih la gak.ye la,, klu x msti dpt jmpa na kat sana.hu3~~ xpe la msti ade tmpat yg lebih baik utk zwg. oh ye! ckp psl bnda ni,, anip apply..iAllah 24 ni dia g la. jmpa la dia nnt ek..ok..husna jaga diri baik2 kat sana. jgn kecewakan parents. doakan kejayaan bersama. jgn lupakn kami… :)

~ Ya Tuhan kami, janganlah goncangkan hati kami setelah mendapat petunjuk, berilah kami rahmat sesungguhnya Engkau Maha Pemberi~

rindunyena-with-frensnamasjid-salahudin-al-ayubimakmal-anatomyhahapejam-mata



Sannah helwa…… Hepi BeFdaY..

Saturday, December 27th, 2008


Selamat hari lahir diucapkan kepada farah izzati dan khadijah… dah 18 tahun,, so wat la gaya cam dah umo 18..(hu3~~ cam ckp kat diri sndiri je) nway,,  :

  • SEMOGA PANJANG UMUR
  • DIMURAHKAN REZEKI
  • ISTIQMAH DLM SETIAP PERKARA YG DILAKUKAN ( FASTAQIM KAMA UMIRTA )
  • MENDAPAT KEBAHAGIAAN
  • CAPAI KEJAYAAN DUNIA & AKHIRAT
  • UKHWAH ANATRA KTE BERKEKALAN
  • MOST IMPORTANT –> MNDAPAT KEREDHAAN-NYA

paah

* kak long kami di F32 ( befday : 26.12.90 )

dojot with red

* dojot yg pkai tudung merah.. ( 24.12.90 )

–> utk sahabat2 lain yg lahir bln 12: (yg sy tau la)

  • syamimi
  • miss linda
  • akmal
  • emran
  • umy (smakk)

SELAMAT HARI LAHIR DIUCAPKAN… :)

 

Cun~coMel~cAntik

Sunday, December 7th, 2008

neighbours

mashyuri~naim~fairuz (pic hiasan semata2)

Assalamualaikum….

Hmm,, dah lama xupdate..sejak xm AS ari 2,,memang xde masa nak update. Pas 2, cuti sem 1 week mls nak tgk blog,, (actually, xde idea..cover line) duk layan movie jepun. nway,, Alhmdulilah, skang dah masuk pun sem 2. but,frankly,, it’s quite hard compared to syllabus in AS.

Actually, nak kongsi 1 cerita.. ari 2 sy ngan classmate lain stdy kat library. biase la bila dah petang2, otak memang dah beku, ‘jam’, so ktorang bukak la topik ni —> CUN ~ COMEL ~ CANTIK. APA BEZANYA?

ntah kenapa topik ni yg ktorang bincangkan. cam usrah pun ade gak.ha3.. klu yg comel 2 obvious la smua org tau dan dpt bezakan. slalu kte xdpt beza between cun and cantik. ade beza ke? tp, nilah some opinions from my friends:

NADHRAH: ada beza ek? erm,, aku rasa sama ja… maybe cun ni jz cantik paras rupa.. mksudnye sekadar zahiriah, bkan batiniah 

ZALIKHA: …..( xingat la, ape ika ckp..hu3~~)

FARIHAH: bagi kte, cun ni mcm mula2 kte tengok org 2 biase je, tp bila tgk perbuatan dia, cara dia bercakap rasa dia cantik pulak! :)

Apa-apa pun,, bak kata Balqis….

BALQIS: ala klu orang 2 jz cantik paras rupa, tp dalaman dia xcantik..tetap nmpak biase je..xcantik gak.

Hmm,, mcm2 komen ada. sebenarnya cun~comel~cantik ni sama je maksudnya. ‘in the same group’. cuma, setiap manusia mempunyai penilaian dan pandangan yg berbeza. Kecantikan ni adalah satu benda yg subjektif. ada orang kata org 2 cantik,, tp lain pula kata orang di pihak yang lain. betapa hebat dan cantiknya ciptaan Allah. DIA jadikan setiap manusia ni berbeza,, paras rupa, warna kulit, bangsa, dan pemikiran..setiap org xsama! sejak kte lahir lagi, Allah dah tentukan identiti dan warna kte yg tersendiri. Cuba bayangkan, klu smua org sama, macam mane nak bentuk negara, sebuah institusi..even nak buat surgery pun, xleh jz berdasarkan pendapat seorang doktor..kena ade teamwork. Seharusnya, kte bersyukur dengan apa yang kte miliki, jgn rasa diri kita xcantik..malu ngan orang lain. be CONFIDENT! iAllah, apabila dalaman cantik, akhlak baik..dirimu pasti akan kelihatan hebat dan cantik di mata mereka. biarlah kte sentiasa kelihatan cantik pada pandangan Allah k! jom kwn2, mari kte mulakan misi kte..hiasi diri dengan sifat mahmudah~~

p/s: yg xtahannya, jiran sy pun duk ckp pasal topik ni ari 2…hu3~~ kebetulan…

” Sesunguhnya wahai manusia, Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu pelbagai bangsa dan puak supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa. ” (Surah Al-hujurat, ayat 13)

~MAJLIS PERPISAHAN DENGAN CHEM LECTURER MERANGKAP MY CLASS TEACHER~

 

susahnye nak upload pics…. mls nak letak lg.. :( miss comeyboys wif missgurlznadhrah, huda & minclassmates~ALL 1gurls wif miss linda

Housemates~~

Sunday, October 19th, 2008

housemate-051-copy3

 

 BIsmillahirahmanirahim….

smlm g umah pak lang ade open house..hu3~~nak xm2 pun smpat lg g raya.. Nway,, blk umah ni pun sbb kat KTT xde air..2 yg bwk housemates skali. lpas blk dari umah pak lang..erm,,, ape lg ktorang pun amik kesempatan posing kat dlm umah…ye la,, alang2 smua da pkai bj kurung..hu3~~

Hmm,, tiba2 teringat pulak kenangan ngan sahabat2 kisas. Sememangnya,, sukar utk dicari ganti dan ukhwah yg terbina antara mereka terasa begitu indah..sgt bersukur kerana Allah pertemukn sy ngan mereka.. tp,, sapelah diri ni nak bandingkn2 dgn kwn sekarang. Actually, saya beruntung sbb dpt jmpa sahabat2 spt syira,nini, piqa (housemates). Dorang baik.. sy tkut klu saya xdpt nak jd sahabt yg baik wat mereka.. kesian kt korang trpksa tahan ngan kerenah mahir kan? klu mahr trtinggi suara,, wat korang sakit hati,,asif jiddan. iAllah,, ukhwah fillah abadan abada. :)

“Pada hari itu sahabat2 karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yg lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa ( iman dan amal soleh )…”  -43:67

to amy: sabar la amy,, ade hikmahnya Allah pertemukan amy dgn mereka. setiap manusia xsama, berbeza2 perangainya. inilah peluang amy nak tegakkn prkara maaruf dn cegah yg munkar.. satu hari nnt, pintu hati mereka pasti trbuka,iAllah.. ingatlah Allah, family…dn jgn lupe f32 sentiasa support amy..

p/s: jap lg nak blk kolej da,, dgr2 xde air lg…wawawaaw…trpaksa blk sbb esok xm. hmm,, xpe la, ni baru dugaan kecik. ok,, korang doakn sy dpt jawab paper mechanic ngan cmrlang k! syukran.

Finally..(^-^)

Sunday, September 14th, 2008

Alhamdulilah,, sekian lama menunggu,, akhirnye dpt gak blk. actually,, i jz finished my trial 4 Advanced subsidiary level. hu3~~i think my practical is terrible. hmm,, feel sad and afraid as the real xm is only 1 month left.

ade satu hari 2,, mmg rasa down sgt and nak give up je..ni baru A-level,, blum study medic lg. Alhmdulilah,, Allah beri saya peluang utk muhasabah diri blk. fikir blk ape tujuan kte belajar. Bak kata ustaz,, dlm dunia ni semua orang akan ditimpa musibah dan mempunyai masalah masing2. Allah mahu menguji hamba2Nya,, adakah kte ni akan dekat denganNya atau makin jauh drpdNya. smua qadar,, ketetapan Allah ade hikmah dan kebaikan disebaliknya.

bertanya seseorang kpd Ibn Taimiyah, ” adakah ianya baik walaupun ketetapan itu maksiat? jwbnya, ya, jika disusuli dan diakhiri dgn penyesalan dan taubat. ”

xsalah utk kte bersedih dan menangis bila ditimpa sesuatu musibah,, tp janganlah sehingga menyalhkn takdir dan merungut2. teringat pulak kisah nabi Zakaria~ Baginda berdoa pd Allah dari usianye muda smpailah rambut, janggutnye putih..dgn tujuan nak anak lelaki sbg pewaris agama yg dibawa Baginda. Di penghujung umurnya, Allah makbulkan doanya..even waktu 2 isterinya sudah tua. itulah kuasa Allah.. nak tunjuk kat sini,, nabi pun xpernah berputus asa dlm berdoa,, kte seharusnye mencontohinya dan perlu ade peranan sabar dlm berdoa.

Ingatlah,, Allah makbulkan doa mengikut caranya,bukan ikut kehendak kte. Dialah Yg Maha Hakim(bijaksana). kesimpulannye, di bulan Ramadhan yg mulia ni, marilah kte sama2 memperbykkan doa,, di bulan ini Allah membuka seluas-luasnya pintu rahmat. Allah pasti makbulkan permintaan dan doa kte,, cuma cepat atau lambat. ”syahru ramadhan huwa shayru ijabatu doa wa syahru qiam” :)

….apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai org2 yang bertawakal (kepada-Nya) ~Surah Ali-Imran,ayat 159~

p/s: gud luck utk yana dan amy yg bakal menduduki pepriksaan IELTS tahun ni…gud luck utk diri sendiri jugak yg akan xm AS lepas raya nnt.hu3~~ doakan kejayaan bersama k! utk sahabat2 yg bakal ke mesir xlama lg,, iAllah saya, ika dan farihah (dak2 ktt) akan hntar antum kat klia.. ilal liqa.

HAPPY BIRTHDAY!!

to:

HUSNA HASHIM (15 sept)

UMAIRAH NORAZMAN (17 sept)

MUNEERA MOHD YUSOF @MY SIS (17 sept)

*semoga diredhai Allah slalu….*

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

jz 4 a while..

Sunday, July 27th, 2008


Bismilahirahmanirahim…

Hmm,, sian lak tgk kat blog ni..da lama sgt xupdate. ye la,, schedule mmg sgt pack,, even saturday pun ada replacemnt class..Alhamdulilah,, study kat kkt ok je.. ade usrah,,surau dia pun hidup. Kawan2 pun bes..syukur..iAllah,, ini lah salah satu hikmahnye.next week ada program israk mikraj,, 2 yg blk. kena cari info nak wat buletin..Overall,, life is not easy..feel exhausted as an A-level student. teringat kata2 ustz jo @ anuar (xingat lak).. ”saya x pernah heran kamu ni dak a-level,, yg saya heran akhlak kamu,, keimanan kpd Allah”.

Peringatan bersama:

sbda RASULULLAH S.A.W: ”sesiapa yg bertambah ilmunya tetapi x bertambah taqwanya.. APA YG BERTAMBAH PADANYA HANYALAH MAKIN JAUH DR ALLAH!! ”

~perkongsian~

* Hasil lukisan ex-kisas 07..dari majalah POW (pearl of waqafan)

Semalam..

Wednesday, June 25th, 2008

Bismillahirahmanirahim…

hmm,,sepatutnya semalam izyan (kwn kat sabah dl) ade appoinment nak wat ic…dia skang ni tinggal kat umah sy..tp on d way dlm kete,, org 2 call…kata cancel coz ade urgent meeting..adui,, punah harapan yan~~hu3

so, lepas hantar ayah kat hilton, kl…ktorang pun g klinik zahrah.. nak amik result 4 mantoux test (test utk tb)..tup2,, org 2 check tangan..dia kata: “eh,,xde pun bekas cucuk…”. pas 2 dia tanye,, ade x org cucuk masukkan ubat.. sy jawab la xde..yg ade dia cucuk utk amik darah je..hu3~~ rupa2nye doc @ nurse lupe nak wat test 2.. so, kena la tunggu lg 3 hari nak amik rsult mantoux test 2.hmmm,, sabo je la. luckily, semlm g klinik 2…klu x,wawawaawa…. xmasuk kolej la jwbnye..ha3~

pas 2,, ape lg..amik kesempatan g tahfiz (tmpt mengajar dl).. rindu sgt2 ngan budak2 tu.. smpai2 je terus slm ngan akk2 kat sana.. ade akk br yg ngajar kat c2,, ganti kak aina..kak aina lak dl gnti sy. kiranye takat ni da 3 kali tukar ustzh..hu3~~ sian budak2 tu..msti pening asyik tukar ustzh…

Hmm,, mule2 nak msk kelas 1 Al-Kindi..nervous pun ade,, ye la..da lama xjmpe..lepas masuk je,, budak2 tu smua jerit ” ustazah mahirah” .. ya Allah,,terharunye..yg peliknye klu dorang jmpa sy je,, msti perangai nakal2 + manja datang..hu3~~ btol la kata ibu, sy xsesuai jd cikgu..asyik manjakan students je.. :) smpat la gak singgah petronas beli coklat utk budak2 ni.. sape yg dpt no. 1-3 dpt la extra..

nway, tgh hari 2 makan kat rumah transit..ye la,, bile lg nak borak ngan akk2 ni (cian izyan xpaham,, akk2 ni duk kecek kelate). sambil2 tu bleh jmpe dak2 yg transit skali..adui, ade ke dorang duk ajak main sarang tikus..ha3~~ izyan ngan muke seriousnye kata ” awk ingat ustazh awk ni dak kecik lg”..mmg garang kwnku sorang ni. hmm,, kul 2.30 lak g surau blk jmpe students yg drjah 4..mmg kecoh la jadinye. ade yg kata – ustzah da abis blajar ke? mengajar sini ke? hu3~~ sori la anak2ku..ustzah xmasuk lg kolej,camne nak abis blaja.. iAllah isnin depan bermula semula hidupku sebagai seorang pelajar. ;)

Actually, menyesal pulak berhenti keje awal..hmm,, xpe la. da lepas da pun. mybe ini sbgai pengajaran,, lain kali think b4 decide! jgn ikut kawan je.. ni la remaja, tergopoh-gapah je..he3~

Sememangnya ini merupakan pengalaman yg sgt berharga buat diriku. Alhamdulilah,, segala puji bagiMu. terima kasih ya Allah kerana berikanku pengalaman ini dan terima kasih kerana temukanku dgn kanak2 ini..dan akk2 seperjuangan di tahfiz. terangilah hati ankku2 ini dan berikanlah mereka kejayaan di dunia dn akhirat kelak. amin.

p/s: musibah —> ari ni baru perasan ic sy hilang! sahabat2,, tolong ek doakan sy jmpe blk ic ni..at least b4 next monday..tq.

~1 Al-Kindi~

fikirlah.. (*)

Tuesday, June 17th, 2008

he3~gmbr hiasan..cousin2 ku..

kisah ni drpd Singapura..mybe rmai yang dah tahu..tp,, jz nak peringatkn balik..dan muhasabah diri kita sendiri..

Banduan ni dikenakan hukuman gantung kerana membunuh dan merusuh..tp, sebelum dikenakan hukuman, dia perlu menjalani sesi kaunseling dan belajar agama drpd seorang ustaz. Banduan ni pun rajin bersolat dan beribadah..dia juga ade beritahu ustaznya yang dia ingin menghilangkn tatu sebelum dihukum,, tp memandangkan tatunya di seluruh badan dan susah utk dihilangkan, ustz 2 menasihati supaya jgn risau tentang tatu.. yg penting hatinya kuat mengingati Allah dan beribadat dgn tekun.

Setelah dikenakan hukuman gantung, mayat banduan 2 dibawa pulang ke rumah keluarganya utk diuruskn jenazahnya..namun,, pada ketika mayat 2 hendak dimandikn, alangkah terkejutnya semua org (trmasuk ustaz yg mengajarnya),, tatu yg ada di seluruh badannya telah hilang! Badannya sgt bersih & xde sedikit pun kesan tatu di badannya.. Sememangnya Allah itu Maha Pengampun & Penyayang..siapa saja yg ingin bertaubat akan diterima taubatnya.

Konklusinya, xsemestinya org yg baik + byk ibadah akan mati dlm keimanan kerana jika dia byk beribadah sekalipun tapi ade sikap riak, ujub dan suke menghina org2 yg jahil dan jahat @ org yg buat maksiat..Adakah amalannya akan diterima Allah? nauzubilah kte tergolong dlm golongan ni.. Fikirlah..hidayah 2 milik Allah.. janganlah kte mencemuh org2 yg nmpak jahat,, suke buat maksiat atau perempuan2 yg xmenutup aurat..kerana mungkin suatu saat nnt org2 seperti ni akan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah..bahkn mungkin mereka lebih baik drpd diri kte.. jd,, kte seharusnya mendoakan mereka agar diberi petunjuk dan mndapat keredhaan Allah~~

teringat dialog ngan kak tun time mengjar kat tahfiz dulu… :

kak tun: mahirah, tgk la org putih ni. berjayanya dia…

saya: aah,, tp berjaya kat dunia la..

kak tun: eh, jgm cam2..kte xtau mahirah. mane tau dia diberi hidayah Allah masuk Islam..x2,, baik lg drpd kte..

saya: ye la kak tun.. btol 2

(xingat sgt..tp,, ayatnye lebih kurang cam 2 la..)

hu3~~ 2 la kte manusia sering kali lupe,, slalu rasa diri sndiri baik..sedangkan Allah lebih Mengetahui.. wawawaww..ni yg rindu kat kak tun.. kak tun ni klakar orgnye,, dia ni pun byk ckp cam sy.. kak tun ni la yg jd teman sy time mngajar kat tahfiz dulu..nway,, pg td mimpi my students yg standard 1..hmm..

CREDIT 2 KAKLANG

~ arigato… kamsamida ~ :)

Sabda Rasulullah SAW : Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan..

( RIWAYAT TARMIZI )

BoRak2~~

Friday, June 13th, 2008

Actually tertarik ngan post kat blog faqih psl ” Pendakwah hipokrit “.. mmg ramai org salah faham psl ayat Allah yg mengatakan :

  • Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
  • Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya..

(Surah As-Saf,, ayat 2-3)

—> jadi,bila org teringat kat ayat2 ni…kebanyakkannye da takut nak berdakwah.. takut bile berdakwah,, makin tambah dosa bukannya pahala.. erm,,bukankah kte ni manusia hidup di dunia salah-satunya adalah sebagai daie..jd dakwah 2 adalah wajib bg kte,, xkira la bagaimana caranya..asalkan wayakmuru anil maaruf wayanhau naanil munkar.. Ingatlah,, no one is perfect! so,,fikirlah2 sendiri.. nway, klu nak tau lebih lanjut sila g ke blog faqih —> http://114-06.blogspot.com/

BoRaK2~~ pg td chatting ngan aiman ( ex-classmate).. duk cite psl demam panas,, demam ni bleh rosakkn brain cells kte..dat’s why la klu baca buku xmsk2..sebab brain cells terganggu~~xcukup DHA..ha3.. nway,bahaya jugak sbb bleh jd permanent damage..so, kena la wat cold compression..utk hilangkn panas dlm otak… lap la kepala 2 dengan ais or air sejuk.. bg maintain temperature nye… (bak kata cikgu harlina…ni aiman kata,, hu3~kantoi xpay attention dlm class.. ) nway, mlm ni ade appoinment ngan dr. aiman ( iAllah,,bakal doc)..ha3,, ktorang nak discuss psl liver. erm,,bgus gak..xde la waste time,, plus bleh smbung blk cells yg xberhubung dlm otak ni..ha3~~

~ Kenangan Terindah ~

hu3~~really2 misz my dormmates and school.. misz their giggles,, smartness,, cuteness,, kindness,, faces and of course our memory together.. ” ukhwah itu indah andai kerana Allah ” :)

p/s : today, rokiah and hafizi will go 2 intec..2nd intake jpa..( 2nd ke 1st sama je..rzki msg2) 4 da middle east programme..hu3,, gud luck~~ makin ramai gen52 kat intec.. gen52 is leading,, ahakz.. nway, hopefully gen52 will give full support to anas’s plan .—> don’t worry,, i will invest..he3

‘Mengapa Mengeluh’

Thursday, May 29th, 2008

Alhamdulilah…now,i’m feeling much more better.sy try mintak tukar negara..klu dpt,rezeki la 2. Ape2 pun sy letakkan segala-galanya pada Allah..Dia yg menentukan dan Dialah sebaik-baik perancang. hu3~malu lak ari 2 depan mak uda nangis..pak uda ngan mak su lak duk gelak,cakap mulut dorang masin..ha3~sabo je la.nway,kaklang, bes balik kg…nyanyi2 ngan danish & shamito sambil mkn aiskrim + keropok. adik da jd cam budak kecik. :-) nnt..iAllah, 7 jun ade aqiqah untuk hannani & husna..erm,ni yg bes dapat kumpul ramai2 kat kg. hu3~ to angah + kaklang +along nusaibah + kak farah yg duk kat perantauan 2 jgn jelez ek.. korang tgk dari jauh je la.. huauhauuaha.. ;)

Semalam baca novel Curahan Cinta Niagara..novel ni islamic…ala-ala novel Ayat2 cinta (teringat kat bela). Ada petikan ni memang sgt sesuai utk insan2 yang rasa kecewa, sedih atau stress ke..sesuai la ditujukan kpd diri sendiri..(ha3~ade ke org tuju kat diri sendiri?).. oh ye! nak tujukan kat yeanna che jugak.. Hopefully, ayat2 cinta daripada Allah ni dapat memberi ketenangan kpd kte semua..

Kita selalu bertanya dan Quran sudah menjawabnya.

KIta bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg berdusta ” Surah al-Ankabut, ayat 2-3.

Kita bertanya: Kenapa aku tidak dpt apa yg aku idam-idamkan?

Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pulak kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah al-Baqarah, ayat 216.

Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah al-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?

Quran menjawab, ” Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” Surah Ali Imran, ayat 139.

Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, ” Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bg org2 yg khuysuk” Surah al-Baqarah, ayat 45.

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab, ” Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal.” Surah at-Taubah, ayat 129.

Kita bertanya: Apa yg aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, ” Sesungguhnya Allah telah membeli daripada org2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” Surah at-Taubah, ayat 111.

Kita bertanya: Aku tak tahan!

Quran menjawab, ” ….dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf, ayat 12.

Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab, ” Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” Surah al-Insyirah, ayat 5-6.

Sudah! Jangan mengeluh lagi. Pergi baca Quran.

* Message yg diberi oleh zatie :

Rma2 dan bunga…sorang laki berdoa pd Allah agar diberikan bunga & rama2. Namun Allah memberikannya kaktus dan ulat. lelaki ini sedih, xfaham kenapa pemberinnya berbeza drpd permintannya. Kemudian dia berfikir Allah mempunyai terlalu ramai umt utk diuruskan & dia memutuskan utk xmempersoalkannya. pas 2 satu masa laki ini memikirkan semula pemahaman doanya yg telah lama dilupakannya. laki ni amat terperanjat apabila melihat dr pokok kaktus yg hodoh & berduri 2 tumbuh pula bunga yg cantik. & drpd ulat yg terselindung bertukar jd rama2 yg cantik. Allah sentiasa melakukan smua perkara dgn betul. Cara Allah adalah yg terbaik walaupun kelihatan smuanya salah. JIka anda memohon sesuatu dan menerima yg lain dr Allah, percayalah Allah sentiasa mengurniakan apa yg dipinta pd masa yg sesuai. Apa yg anda pinta xsemestinya apa yg diperlukan! Allah xkan gagal memenuhi permintaan, teruskna berdoa tanpa ragu2 & mengeluh! DURI hari ni adalah bunga hari esok! Allah mengurniakan pilihan yg terbaik kepada mereka yg menyerahkan ketentuan kpdNya….

p/s: hu3~~ xsangka lak msg zatie ni panjang camni… nway, tq ati.. :)

HAPPY BIRTHDAY AYAH….! -28 MEI 1954-