"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

pasangan

Tuesday, January 31st, 2012

Salam wbt.. artikel di bawah ni merupakan penulisan dari seorang sahabat saya. Semoga ia bermanfaat buat pembaca sekalian :)

Bakal isteri saya tak sebaik saya lah, ustaz.

Bismillahirrahmanirrahim. Sedikit perkongsian yang saya ambil dari penulisan akh dari Indonesia yang memang terkenal dengan kehebatannya mengalun pena dalam menyampaikan pentarbiyahan kepada rijal-rijal yang bakal bertarung di medan dakwah ini. Beliau menulis satu jawapan kepada persoalan yang sangat-sangat menjadi tanda tanya kepada ikhwah ataupun akhwat bila mana telah bersedia untuk mendirikan baitul muslim, tetapi dalam masa yang sama, bakal pasangan baitul muslim mereka tak sehebat dan setandingnya dalam ibadah dan kelajuan dalam gerak kerja dakwah kita ini.

Mungkin ada juga ikhwah dan akhwat yang ragu-ragu dan keliru apabila Allah memberi mereka pilihan untuk berkahwin dengan seorang pasangan yang belum pernah disentuh oleh tarbiyah. Dalam hati ikhwah dan akhwat ini, mereka dah berusaha untuk larut dalam tarbiyah, sudah puas memperbaiki diri, sudah mantap segala ilmu, sudap hebat dalam perlaksanaan amal, segala-galanya sempurna tetapi tiba-tiba jodohnya adalah dengan orang yang baginya ‘biasa- biasa’. Istilah ‘biasa-biasa’ di sini mungkin juga merujuk kepada manusia yang tak islamic sangat dan tak lah teruk sangat. Mungkin bagi mereka couple itu biasa, solat lambat itu biasa, tengok movie yang lagho itu biasa, dedah aurat itu biasa. Mereka belum faham apa kepentingan untuk kembali kepada Allah sebagai hamba dan khalifah di bumi ini. Mungkin ada antara mereka ini belum pernah menghadiri apa-apa halaqah, mahupun usrah. Apatah lagi berpengelaman dalam menggerakkan dakwah ini.

Ada juga situasi, satu pasangan couple yang akhirnya si girfriend disentuh tarbiyah dan decide untuk putuskan hubungan. Selepas beberapa bulan/tahun, setelah beristikharah, akhirnya buat keputusan untuk berkahwin dengan bekas teman lelakinya itu sebab waktu tu, both pihak dan setuju dan bersedia untuk berkahwin. Sebab cinta pun ye juga. Unfortunately, takda pulak ikhwah yang available untuk dijodohkan dengan akhwat ini. Jadi, dengan kesungguhan pihak bekas teman lelaki yang berani melamar melalui keluarga tu tadi, akhirnya mereka bersatu. Dan mula lah episod “suami saya tu belum masuk usrah, tapi saya ni dah jadi naqibah sejak 5 tahun lalu (waaah), kami sangat berbeza, kadang-kadang si suami halang pula isteri untuk ke daurah.”
Akhirnya, suami dituduh melambatkan gerak kerja dakwah si isteri dengan alasan suami tak faham tanggungjawab dakwah. Oh NO!

Buat yang telah menemui pilihan hati yang secocok dari segi dakwah dan tarbiyah, mabrouk! Bersyukurlah kerana bukan semua ikhwah dan akhwat dianugerahkan kurniaan sehebat itu. Semua orang mengimpikan agar mereka juga dijodohkan dengan orang yang telah disentuh tarbiyah supaya baitul muslim yang dibina dapat membina baitul dakwah untuk kemaslahatan ummah! Oh memang indah tetapi Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Apa yang diberi, itu lah yang terbaik!

Ikhwah akhwat yg disayangi, bukankah kita sentiasa berpegang teguh pada semua firman Allah.

“Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” An-Nur : 26

Habis tu, kenapa ada ikhwah dan akhwat yang baik-baik belaka ni dapat jodoh dengan orang yang tak berapa baik? Marilah, saya nak ajak diri saya dan ikhwah akhwat sekalian untuk kita sama-sama muhasabah dan menilai semula istilah baik yang Allah sebutkan dalam firman di atas.

Pertama, marilah kita menilai dan menghisab niat kita untuk mendirikan baitul muslim ini. Pesanan seorang ustaz, kata beliau “kalau kursus pra-perkahwinan tu ada 10 sesi, 8 daripadanya perlu membincangkan soal niat”. Penting rupanya niat ni. Memang tidak dapat disangkal lagi kerana dalam sebuah hadis yang sangat masyur di kalangan kita,
Innamal a’ma lu binniat. Wainnama likullimriin ma nawa. Setiap amal itu bergantung kepada apa yang diniatkan.

Bilakah kita perlu memasang atau memperbaharui niat? Kata seorang akh yang sudah lama di dalam tarbiyah ini, beliau memesan agar kita mulakan niat yang betul sewaktu berazam untuk melangsungkan baitul muslim, niat ketika menetapkan kriteria-kriteria pasangan,niat ketika memulakan proses baitul muslim, niat ketika melihat calon isteri/suami, niat ketika berjumpa dengan keluarganya, niat ketika menentukan mahar dan syaratnya, niat ketika membuat persetujuan dan penerimaan, niat semasa membuat perancangan walimah. Perbaharui niat setiap masa dan ketika wahai ikhwah dan akhwat! Niat kerana apa? Wajiblah kerana Allah dan hanya kerana Allah.
Bukan sebab rupa, harta, nak kampung dekat-dekat, sebab nak sama itu dan ini. Astaghfirullah. Moga-moga setiap tindakan hanya dipandu oleh Nya, bukan dipandu oleh nafsu, mahupun syaitan.

Kedua, jangan bimbang jika kita ditaqdirkan berkahwin dengan pasangan yang tak sesempurna dan tak sebaik kita. Tidak kira apa juga keadaan, selagi kita tunduk dan patuh pada Allah, maka Allah akan memberi kemuliaan kepada kita. Apakah bentuk kemuliaan ini? Oh, ada bermacam-macam bentuk. Antaranya, Allah bagi dalam bentuk ujian melalui pasangan hidup. Contohnya seperti Nabi Nuh dan Nabi Lut. Mereka adalah hamba Allah yang sangat taat dengan perintah Maha Pencipta. Tapi Allah taqdirkan pada mereka pasangan yang kufur. Selain itu, ada juga kisah-kisah untuk wanita yang mempersuamikan orang yang tak baik seperti Asiah dan Firaun. Maha Suci Allah dan Allah itu Maha Adil. Yang taat akan masuk syurga. Yang kufur akan masuk neraka. Berbeza kesudahan walaupun mereka itu suami isteri.
Untuk yang ini, saya teringat firman Allah dalam surah At-Tahrim, ayat 10, 11, 12. Allah menceritakan tentang kesudahan isteri-isteri yang bersuamikan nabi, isteri yang bersuamikan Firaun, dan ibu yang tak bersuami seperti Mariam. Nanti cuba selak dan hayati kisahnya, okay!

Ketiga, mengapa kita persoalkan “kenapa aku baik, tapi pasangan aku tak baik pun?”. Allahu Allah. Usaha memperbaiki diri yang ikhwah dan akhwat lakukan itu mungkin terpancar dari segi zahirnya. Memang semua orang hormat kepada kita kerana amal fardhi kita tiptop, ilmu kita tinggi menggunung, yang zahir semuanya nampak hebat dan mantap! Tapi mari muhasabah, dari segi dalaman, hati kita ini, adakah betul-betul mulia? Adakah sentiasa ikhlas dalam beramal? Adakah kita memang meninggalkan prasangka-prasangka buruk kepada manusia? Entah-entah, boleh jadi hati kita lebih teruk kerosakannya kalau nak dibandingkan dengan pasangan kita yang nampak buruk pada zahirnya itu. Maka, apabila ditimbang-timbang, setara saja kita dengan pasangan yang bagi kita ‘biasa-biasa’ tu. Kita ni, di luar baik, di dalam jahat. Tapi si dia, di luar nampak biasa tapi hatinya, fuuuhhh!

Keempat, kita persoal “kita baik tapi pasangan tak baik” kerana kita sendiri tak malu dan perasan yang diri kita ni baik. Oh MALUUUU~ Tapi sebenarnya, kita sendiri tak sedar yang kita selalu saja gagal untuk istiqamah walaupun ilmu kita luat melaut. Ini sangat-sangat bahaya wahai ikhwah akhwat kerana kita secara automatically dah menutup pintu untuk diri kita memperbaiki diri. Pesanan sahabat saya, janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang tertipu, kononnya kita menyangka diri kita adalah orang yang sibuk tentang urusan akhirat, tetapi sebenarnya tenggelam dengan kesibukan yang kita cipta-ciptakan. Mari muhasabah wahai saudaraku.

Akhir kalam, andai jodoh sudah di depan mata, redha dengan agama dan akhlaknya, terimalah dia sebagai peneman hidup. InshaAllah sampai syurga!

Yang penuh dengan kekurangan,
El Ameerah

TADABBUR ALAM ^_^

Location : Bali, Indonesia

sangat suka cahaya! :)

jika saling memahami dan tiada rahsia di antara mereka, insyaAllah hubungan yang dibina adalah ikhlas dan seterusnya akan melahirkan sakinah,mawaddah dan rahmah dalam rumah tangga

tak sabar nak balik!

p/s : sem baru dah mula, maka tajuk thesis akan dikeluarkan tak lama lagi ( sangat cuak ok.. =_= )

masa itu berlalu dengan pantas..tak sangka dah sem 6 & sangat sedih akak-akak 08 tak lama lagi akan  ke hospital untuk pre-clinical :(

sekarang ni akan sibuk dengan pembuatan “short film”.Moga Allah permudahkan!

gosip tentang saya nak kahwin itu paling tak tahan +_+ siapalah diri ni kan.. *peace!

Hidup ni akan sentiasa sibuk hinggalah ke akhirnya.. muhasabah diri adakah kesibukan kita tu mampu membawa diri ke syurgaNYA? Allah…. lindungilah aku.

Qowwi

Sunday, December 25th, 2011


Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulilah sekarang saya kembali stabil. terima kasih atas doa semua! :)

Sepanjang tempoh “ujian” ini banyak perkara yang saya belajar hingga timbul di fikiran, apakah tarbiyah yang Allah cuba sampaikan kepada saya? ternyata jawapannya SANGAT BANYAK. Salah satunya QOWWI~

Qowwi atau Qawiy bermaksud Kuat. Adakah kuat di sini bererti dari segi fizikal? Oh,Tidak sama sekali. Qowwi itu lebih diertikan sebagai kekuatan hati/rohani. Sehebat, sekuat mana pun fizikal jika tidak disertakan dengan hati yang teguh, angin yang lalu pun mampu menumbangkan suatu jasad yang dari mata kasarnya kelihatan gagah.

Teringat akan zaman firaun dahulu.. Zaman firaun merupakan satu tamadun yang hebat tetapi dapat dimusnahkan oleh Allah kerana tiadanya keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Dapatlah diertikan di sini kekuatan rohani itu adalah kekuatan iman kita kepada Allah. Setiap orang mempunyai tahapan yang berbeza. Kuatnya iman kita dapat dilihat dengan bagaimana kepercayaan, keyakinan dan tindakan kita dalam menghadapi ujian tersebut.

Kelemahan, kesedihan, kekecewaan itu datangnya dari Allah, sudah pasti KEKUATAN itu datang dari Allah!

Saya tahu akan “statement” itu tetapi mungkin kadar keyakinan saya padanya bukan 100%.  Maka, berlakulah peristiwa di mana satu malam saya menceritakan masalah saya kepada seorang akhwat, malangnya kata-kata dia membuatkan hati saya makin gelisah, pedih, tak pasti dan nak GIVE UP!

Tidaklah salah untuk menceritakan kepada orang lain masalah kita, tetapi apa yang salahnya di sini, NIAT saya pada malam itu adalah dengan niat bahawa dialah yang mampu selesaikan masalah saya.

Jadi yakin lah..bukan sekadar percaya. Yakin dan Percaya itu berbeza.  Bagaimana ingin dapat sifat Qowwi?

Caranya dengan dekatilah Allah. kadang-kadang kita rasa amalan kita dah cukup, sedangkan tak la cukup sampai boleh “declare” sebagai ahli syurga. Allahu Allah.. Engkau sangat-sangat baik terhadapku. Menegur dikala diri alpa~

Mengadu la padaNYA dan  ada 2 perkara yang bila mana kita lakukan insya Allah kekuatan itu datang. *Betul, saya tak tipu!  2 perkara itu adalah istighfar dan solat sunat taubat. Cuba la amalkan setiap hari. Rasa lemah itu sebenarnya disebabkan dosa-dosa yang terkumpul di hati kita. Agak-agak kalau boleh tengok kat cermin dah jadi warna apa dah hati ni..hmm

Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (11:52)

Satu lagi amalan harian yang saya rasa penting adalah solat sunat istikharah. Kerananya hati manusia ni sering kali berbolak balik, tak tahu mana yang pasti dan mudah goyah oleh anasir-anasir luar.(saya la tu terutamanya =_= )  *Jangan fikir istikharah hanya dibuat bila mana nak buat keputusan jodoh atau pun nak pilih kerjaya sahaja!

Insya Allah jika diamalkan, setiap keputusan yang diambil akan diredhai Allah dan sentiasa mendapat bimbingan dan dipermudahkanNYA! lagi sekali, YAKINLAH.

Doa solat istikharah sangat best! :)

“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar.

Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib.

Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya”.

~ kami yang gedik ~ sabotaj kaklang..haha *bila la along nak turun bandung ni :(

adikmu mendoakan semoga kalian cepat-cepat mendirikan baitul muslim..next year la kalau boleh! (suka hati je :p)

p/s 1 : tersenyum bila baca status junior dan statement ustazah –> budak kisas ni nanti kahwin dengan budak kisas jugak. *no comment~~ :D

p/s 2 : senior saya di UNPAD tak lama lagi akan langsungkan perkahwinan mereka. Barakallahulakuma! semua orang sangat excited. *tapi,kenapa saya yang terkena tempiasnya? +_+

p/s 3 : lagi 1 minggu nak final exam..  sooca (exam oral) di hari yang ke-2! doakan saya!

ketika diri lemah

Friday, October 28th, 2011

Bismillahirahmanirahim..

Sejak kebelakangan ni banyak perkara yang berlaku yang sememangnya menguji kesabaran dan kekuatan diriku. Secara jujur, perasaan ‘give up’ ada dalam diri.. terlalu lemah, beban & perasaan sedih menyelubungi.

Tetapi, Allah itu Maha Penyayang. DIA sekali-kali tidak pernah menzalimi hambaNYA.

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. ” ~4:40~

Allah hadirkan  dengan teguran, nasihat dan sokongan daripada sahabat-sahabat. Allah tidak membiarkanku seorangan!

” mahir, jgn sedih..baca surah Al Ikhlas…pendek.4ayat..tapi kat situ, ALLAH kata ALLAH sentiasa bersama kita..ALLAH yg membantu kita dalam apa jua keadaan..yakin, mahir.. “

” mahir, ni adiah untuk mahir.. walaupun dah penah dengar, terus jadi peringatan bersama. misss you!

*hugs maher ketat-ketat* ” (link dari DR.MAZA)

” Mahirrrrr =) “

” mahir, sedihnya tak dapt ada d sisi mahir saat2 mcmni..moga btemu dalam doa selalu mahir..kuat mahir, Allah sentiasa ada bsama hamba2NYA saat susah dan senang..umai akn doakan istimewa utk mahir hr ini… Allah kta, bsama kesusahan ada kemudahan kan.  ”

” mahir!!*hugs*….insyaAllah…Allah sntiasa bersama mu:) “

Mereka-mereka ini adalah sahabat seperjuangan sewaktu di KISAS dahulu. Semuanya berada di negara-negara yang berbeza demi berjuang dalam mencari ilmuNYA. Walaupun tempoh perkenalan kami singkat, hanya 2 tahun tetapi hubungan kami terasa begitu erat. Maaf, kami bukan nak assabiyah tetapi  mungkin kerana hubungan ini berlandaskan tujuan yang sama.

” Pada hari itu sahabat-sahabat karib, setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa. ” (Surah az-zukhruf, ayat 67)

Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka dalam hidupku. :)

Tetapi ingat wahai diri, hargai & sayangi lah sahabat yang berada di depan matamu! Manusia sering kali buta akan perkara yang berada di depan mereka sebaliknya lebih melihat perkara yang jauh dari mata. Takut-takut kamu akan menyesal di kemudian hari kerana membiarkannya.

“Allah, ampunilah aku. Jadikan lah aku seorang sahabat yang baik buat diri mereka “

23 OCTOBER–> merupakan hari kelahiranku, terima kasih buat ain, mimi, nada, fak, misah, rawi, kak fatin, adik-adik usrah, batch 09 & semua seniors & juniors atas ucapan, doa, hadiah & kejutan. Hanya Allah yang mampu membalasnya. Sayang kalian & maaf atas kesalahanku selama ini! Banyak lagi hak-hak kalian yang belum saya tunaikan :(

sgt swet! ^_^

 

Di kala diri ini lemah… terima kasih amy! (sekarang ni amy kat aussie)

Dengar berulang-ulang kali sebagai pembakar semangat!

next week exam.. tolong doakan saya! Moga Allah permudahkan di samping tangungjawab-tanggungjawab lain yang perlu ditunaikan.

kekuatan

Monday, January 24th, 2011

Dari Anas bin Malik rodhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.”)

kalau kita betul-betul menghayati hadith ni, Allah itu sangalah sweet & penyayang!

nak ulas tapi tak sempat..sebab ada perkara yang lebih penting menanti…

excited nak post jugak sebab dapat kekuatan daripada ta’lim tadi :)

terbukti bahawa hati sangat-sangat memerlukan makanan seperti mana badan kita mahukan makanan untuk membentuk tenaga

sangat best tadi apabila ukhwah & kekuatan terbina apabila berkumpul untuk mengingatiNYA

mengingati akan kasih-sayang, nikmat dan rahmat….

kata sang murabbi :

kita tidak akan bebas selagi mengharap pada bantuan orang lain

yakni selain dariNYA

“selagi bergantung pada Amerika, selagi itu kita dijajah”

moga Allah permudahkan untuk exam esok :)

terbaik!

Thursday, November 25th, 2010

Bismillahirahmanirahim…..

Alhamdulilah…mendapat teguran yang terbaik dariNYA melalui seorang murabbi…my kakak naqibah! kak fatin… :)

kejadian berlaku pada jam 8.20 mlm (lebih kurang la) yang bertempat di dalam bilik yang berwarna pink~ ^_^

kak atin : eh, bunga ros… mana dapat bunga ni?

saya : ha…ada cerita di sebalik bunga tu

nada : amboi, siap ada cerita lagi….ape dia?

saya : macam ni… (bermula lah sesi penceritaan yang tidak perlu diceritakan di sini)

kak atin : ooo….erm,kenapa tak letak bunga ni dalam air?

saya : malas la…sebab dah tahu nanti bunga ros ni layu jugak…sekarang pun dah agak layu..hu3

kak atin : so, kiranya tak payah la iron tudung, sebab nanti tudung tu kedut jugak kan…..

saya dan nada : OPS!! pedih2….(secara serentak)

~ kata-kata yang mudah,berkesan dan sangat menusuk sanubari…. analogi kak atin memang terbaik la!! ~

perbualan kami bertiga tamat sampai sini kerana mereka berdua perlu menghadiri meeting yang penting :)

Sementara kak atin & nada pergi meeting, saya pun tanpa membuang masa potong bahagian daun dan batang bunga tu sikit …letak ke dalam cawan yang berisi air..

keesokan harinya : Subhanallah! cantiknya bunga ros ni..kembang elok!   terima kasih ya Allah atas teguran ini (^_^)

this time no editing…..malas~ hehe

ibrah(pengajaran) daripada peristiwa di atas..

1. berusahalah, bertindak dan bergerak untuk mencapai sesuatu perkara..bukan hanya dengan berkata-kata atau berangan-angan tetapi hanya duduk diam, tidak berusaha ke arah itu. rasa lapar diganti dengan makan, mengantuk diakhiri dengan tindakan tido, mahu kejayaan dimulakan dengan usaha! itulah sunnatullah wahai diri dan sahabat-sahabat sekalian~

2. sentiasa berfikiran positif dan bersangka baiklah terhadap setiap perkara.. ” Ala, tak nak la study..kalau study pun bukannya faham” ” kenapa aku je yang selalu ditimpa musibah? kenapa bukan orang lain??” kawan-kawan sekalian, cuba kita check dan muhasabah diri… kalau pada awalnya kita sudah bersangka buruk, apakah hasil yang kita akan dapat? tentulah buruk kan..sama seperti bunga tadi..saya mempunyai perasaan suu zon (buruk sangka) bahawa bunga tu akan layu dan tidak akan mengembang sedangkan kalau saya berfikiran positif dan letakkan ia ke dalam air…lihatlah hasilnya, sangat cantik!

3. jangan mudah putus asa! “orang yang beriman tidak terdiri daripada orang yang lemah”

4. terima pendapat dan teguran orang lain dengan hati terbuka. kadang-kadang kita tak sedar akan perbuatan dan kesilapan kita, tegurlah wahai sahabat. sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu menegur ke arah kebaikan.amalkanlah sikap berlapang dada. :)

“cik mahirah, Actions speak louder than words! ” ~ remember that~

p/s : saya ada 2 orang murabbi di bandung ni…2 orang itu adalah kakak naqibbat saya..kak atin & kak rai ^_^ saya sayang mereka insya Allah keranaNYA..hmm,, baru perasan tak ada koleksi gambar usrah kami..

bunga ni khas untuk ahli-ahli usrah yang disayangi


actually sebelum kejadian bunga ni, kak atin ada tanya, mahir rasa usrah ni membebankan tak? kenapa nak buat usrah?

pasal ni saya jawab kemudian la ye…post yang akan datang insya Allah.. saja nak trigger para pembaca sekalian. fikir-fikirkan lah!

~ video yang dibuat oleh Ain Izzati sempena hari kelahiran saya~

~disebabkan ain tak bagi letak kat fb,saya letak kat blog! even da lama pun berlalu..hehe~

terima kasih ain……love u! sayang fak,nada n mimi jugak :)

no tittle

Sunday, November 21st, 2010

Bismillahirahmanirahim…..

Alhamdulilah segala puji bagi Allah exam midterm telah berjaya dilalui dan program qurban pun telah selesai. Berjaya atau tidak itu terpulang kepada objektif dan matlamat masing-masing.

berdasarkan tajuk di atas, “no tittle”..jadi, kiranya saya tidak ada topik yang mahu dibincangkan..cuma mahu berkongsi tentang pengisian usrah sebentar tadi.

AL ZALZALAH (KEGONCANGAN), surah yang ke-99

1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat),

2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya,

3. dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”,

4. pada hari itu bumi menceritakan beritanya,

5. karena sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

6. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka

7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.

8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

–> surah ini menceritakan tentang hari kiamat. terdapat 2 tiupan..

1 tiupan kemusnahan bumi dan segala isi kandungannya. dikatakan pada waktu itu manusia tertanya-tanya..apakah yg sedang berlaku? mereka kelihatan pelik kerana melihat keadaan bumi yang amat dahsyat dan suatu yang tidak pernah terjangkau di fikiran.

satu lagi kebangkitan manusia ke alam akhirat di mana segala amalan dan perbuatan kita akan ditayangkan seperti menonton wayang..cuma “movie” kali ini mengenai kehidupan kita. Cuba kita bayangkan, kita tengah melihat perbuatan yang tidak baik mengenai diri dan keluarga yang ditayangkan secara terang-terangan di depan mata, tidak berasa malukah kita?

pada hari itu manusia akan melihat sendiri hasil perbuatan mereka, baik ataupun buruk, meskipun sebesar zarrah. zarrah ni ibarat atom… atom sgt3 lah kecik..xmampu dilihat oleh mata kasar mahupun microscope. Jadi, janganlah kita mengambil ringan mengenai kebaikan dan kejahatan yang dirasakan kecil dan tidak memberi apa-apa kesan kepada diri dan orang sekeliling. mungkin di mata manusia ia tidak mempunyai apa-apa nilai, tetapi ingatlah TIDAK ADA SATU PERBUATAN pun yang terlepas dari pandangan Allah.

Dunia ni tidak pernah adil…sebab itu la adanya hari Akhirat di mana neraca Allah akan menimbang segala amalan kita..Allah Maha Adil.

kesimpulannya, sentiasalah kita mengingati hari Akhirat@Kiamat kerana pada waktu itu tiada apa yang mampu menolong kita melainkan dengan rahmat Allah. persiapkan diri dengan segala amal kebaikan!

Katakanlah: “Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan”.

~Al-Mulk,ayat 26~

kisah benar mengenai letupan gunung Krakatoa, Indonesia… malapetaka yang besar dan amat menakutkan…

ini baru malapetaka, belom lagi Kiamat…Allahu Akbar

*tgk la movie ni,, sgt bes dan sesuai dijadikan sebagai peringatan

p/s : semenjak dua menjak ni banyak perkara yang menguji diri…  rasa penat dan letih! boleh ke give up? ya Allah, tiada daya dan kekuatan hanya melainkan padaMU…. rindu bumi waqafan.fullstop.

cacat adalah kekuatan

Monday, October 18th, 2010

Bismillahirahmanirahim…..

sekadar perkongsian setelah sekian lama menyepi di alam blogger..nak salahkan siapa? facebook kah? atau diri sendiri? (jawapan ada pada diri saya sendiri)

Petang semalam  ketika berbicara dengan seorang teman dengan menggunakan skype..ada kisah yang menarik minat saya.

Kisahnya bermula apabila sahabat saya bertemu dengan seorang saudari muslim di satu perjumpaan (tak ingat perjumpaan apa..) Jika dilihat zahirnya memang tidak sempurna. Tetapi saudari tersebut tetap kelihatan tenang dan bersemangat.  Kalau la saya mesti dah rasa segan dan tak nak jumpa dunia luar. ( terukkan? tapi, itulah hakikat)

lalu berkatalah saudari tadi, ” awak tahu, saya beruntung kerana cacat. sbb kecacatan ni adalah kekuatan bagi saya.”

kenapa pulak kekuatan?? Bukankah itu satu kelemahan buat diri?

Hmm..memang tak dapat dinafikan kebanyakan manusia sememangnya menginginkan kesempurnaan dan keistimewaan terhadap diri mereka. Mahu kelihatan hebat, smart, cantik, sempurna tubuh badan (sampai nak ada body macam barbie doll). hebat dalam photography, edit gambar..pandai masak..kalau boleh semua benda la nak hebat. Bak kata orang, calon yang terbaik untuk dibuat pasangan.

Tetapi adakah kita sedar kelebihan-kelebihan yang dimiliki bukanlah suatu kekuatan buat kita, bahkan ia boleh menjadi kelemahan buat diri dan melemahkan Iman. Nauzubillah..

atas faktor apa saya berkata begitu?

Kadang-kadang tanpa disedari, dengan kelebihan yang kita ada… kita mudah rasa lalai dan leka. Rasa diri sudah hebat lalu tumbuh dan lahir lah sifat bongkak dan bangga. Bukankah sifat2 ini melemahkan iman? Sia-sia suatu usaha apabila niat hanya ingin menunjuk kepada manusia disertai dengan sifat bangga dalam diri.

“biar tak cantik dan tak dipandang dimata penghuni bumi, tetapi biarlah dipandang dan menjadi perbualan penghuni langit…”

Cacat atau pun kelemahan bukanlah penghalang buat diri..malah ia adalah kekuatan kerana mengingatkan dan menyedarkan kita adalah manusia! seorang abid! seorang hamba kepadaNYA. Kita tidak memiliki apa-apa…semua di dunia ini hanyalah pinjaman dan rahmat dariNYA. DIA Maha Kuasa memberi, menarik nikmat mengikut kehendak.

Bukanlah saya kata salah untuk mencari dan mempunyai kelebihan.. tidak!

Silakan explore diri anda kerana Allah ciptakan kita dengan berbeza-beza rupa paras dan berbeza keistimewaan. Cuma, sentiasa ingatkan diri bahawa kelebihan yang dimiliki bukanlah dari diri sendiri..tapi, semuanya datang dari Allah.

ya Allah, biarlah kelebihan yang aku miliki dapat mendekatkan diri aku kepadaMU, bukan untuk dibangga-banggakan dan membuatkan aku semakin jauh dariMU…Amin ya Rabb.

p/s : Kelebihan itu adalah nikmat dan ujian buat diri..DIA mahu melihat siapakah di antara kita yang bersyukur

kepadaNYA ^_^

“Jangan merasa HEBAT dengan kelebihan dirimu, kerana jika kau diuji baru kau tahu betapa ‘faqir’nya dirimu di sisi ALLAH.”

” Wahai manusia, kamu semua adalah FUQARA’ (orang yang selalu berharap) kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji ” (Al-Fathir, 15)


Haiwan pun berzikir…pelik lah kita yang ada fikiran tapi tidah pernah berzikir

last but not least :)

siapa kita??

Saturday, March 27th, 2010

Bismillahirahmanirahim…

hari ni sy nak kongsi tazkirah yg disampaikan oleh cik tqa kte time usrah hari 2… tajuknye “siapa kita?”

selalu org kata orang yg kuat –> orang yg dapat angkat benda2 yg berat, yg menang dlm perlawanan gusti…

orang yg cantik pulak ialah org yg cantik rupa parasnya

orang yg bakhil dikatakan sebagai orang yg kedekut. xnak kongsi duit atau pun ilmu..

tapi,, sebenarnya ramai yg daripada kte salah mendefinisikan maksud sifat org2 ni. mari kte tgk siapakah mereka atau siapa kita~~

org yg sombong

org yg diberi kehidupan tetapi tidak mahu pd pencipta kehidupan iaitu Allah s.w.t

org yg mati hatinya

org yg diberi petunjuk melalui ayat2 Al-Quran, hadis dan cerita2 kebaikan tetapi tidak memberi apa2 kesan dlm jiwanya

org yg dungu otaknya

org yg xmahu melakukan ibadat dan menyangka tidak akan disiksa dengan kelalaiannya dan sering tenang dgn maksiat yang dilakukannya

org yg kuat

org yg dapat menahan kemarahannya

org yg lemah

org yg melihat kemaksiatan depan matanya tetapi xada kebencian dlm hatinya akan kemungkaran itu

org yg bakhil

org yg berat lidahnya utk berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

org yg buta

org yg xmahu membaca dan meneliti Al-Quran dan xmahu mengambil pengajaran darinya

org yg tuli

org yg diberi nasihat dan pengajaran yang baik tetapi xmengendahkannya

org yg manis senyumannya

org yg ditimpa musibah lalu berkata “innalillahi wainna ilahirajiun”

org yg menangis air mata mutiara

org yg duduk bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Allah dan menyesal atas dosa2nya hingga mengalirkan air mata

org yg paling cantik

org yg mempunyai akhlak yg baik

org yg mempunyai rumah yg luas dan sebaliknya

org yg mati dan membawa amal2 kebajikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang dan sebaliknya

erm…kte ni tergolong dlm golongan mane ye? cantik? lemah?buta? fikir2 kan lah~ jadi,, xsemestinya putih itu cantik! (hahah..ayat kontrovesi..hanya sahabat2 usrahku yg faham :p )

~pic time g safari sempena angah n kaklang melawat bandung~

adik dan kakak pelangibonda (^_^)


NIKMAT AS UJIAN

” Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘ Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku. ‘ Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. “

~Az-Zumar,49~

* baru2 ni,, banyak benda yg berlaku..ade yg bes ade yg xbes. biasa la 2 lumrah kehidupan..Allah xpernah janji hidup ni senang, tp Allah janji akan bersama dgn kte! jd,, selalulah mengingatinya… “nasullaha fanasiyahum”..

hmm..ade bnda yg menakutkan sy.. semoga sy dan sahabat2 sentiasa berada di jlnNYA..

“ya Allah,, KAU tunjukkanlah kami jln kebenaran dan jauhilah kami dari gangguan syaitan dn perkara2 yg sesat..amin”

peringatan kpd diri : utk berkata sesuatu kte perlu ada ilmu. fikir2 blk….byk lg yg perlu dipelajari. tp,, yg penting xm mid sem lg 1 week!! hu3~~doakn kami :)

promote kelas bersama ustz Hairul Nizam.. bes!

(kena ikut dari mula,, baru faham. skang baru episod 3)

edit n stdy

Sunday, February 28th, 2010

sejak akhir2 ni,, byk aktiviti yg dibuat…jaulah kt sumedang, jumpa kwn2 jogja, jumpa kwn2 jakarta, exam toefl n lain2 lg..

diri terasa letih dengan tugasan n notes2 yg sgt perlu dibaca.. tp,, jz ingatkan diri ikhlaskan niat. setiap perkara yg dilakukan hanya keranaNYA. .

setiap yg DIA bg adalah yg terbaik walaupun di sisi kte nampak xbes n amat meletihkan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”

~Muhammad, ayat 7~

* sekarang,, minat terhadap photography makin membuak2… snap n edit! kwn2 yg upload n publish kt fb.. senang hati bila melihat org lain gembira.. (even xde la cantik sgt, masih byk yg perlu dipelajari )~~ pic2 yg lain akan diupload di blog ni bila berkesempatan~~

thanx kaklang n angah 4 dslr… nway,, mcm btol je ape  kaklang ckp.. doctor+ photographer,, boleh ke?? (^_^)

sabar wahai sahabatku

Wednesday, December 30th, 2009

khas utk sahabatku amy :

mahir faham apa yg amy rasa sekarang… memang perit utk kte terima hakikat 2..

xsalah utk amy bersedih.. nangis la sahabatku sbb itu mmg fitrah manusia yg Allah beri

tp,, jgn biarkan tangisanmu berlarutan

kerana takut hatimu itu tidak redha dengan ketentuanNYA

jgn sahabatku..jgn sesekali menolak dan menghukum

bersangka baiklah dgnNYA

akal kte xmampu berfikir jauh

kenapa benda ni terjadi

kenapa aku bukan org lain?

kte ni manusia memang sering mempersoalkan, termasuklah mahir

Amy..

semua yg terjadi ade hikmahnya

bukanlah tugas kte utk mencari2 di manakah hikmahnya

hikmah dan kebaikan drpd peristiwa 2 pasti kte akan dapat ketahui

suatu masa nnt

xkira cepat atau pun lambat

bersabarlah wahai sahabatku

Allah tahu apa yg terbaik untukmu :)

p/s : hmm,, diri ini pun lemah.. senang utk berkata. org yg merasa mesti lg perit dan susah nak terima. bila diuji baru tahu tahap keimanan kte macam mana. Alhamdulilah kalau kte dapat harunginya…

” ya Allah, KAU kuatkanlah hati sahabatku ini. KAU peganglah hatinya supaya yakin denganMU..termasuklah diriku ” ini..

….” Allah ( berbuat demikian ) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Dan Allah Maha Mengetahui isi hati. “

-Ali-Imran, 154-

main ngan tikus!

Thursday, December 24th, 2009

esok da start cuti!! cuti krismas 10 hari.. dah lama xrasa cuti lama2..hu3~ tp,, xleh main sgt sbb after cuti ada xm final sem.. byk benda nak kena study, tp b4 dat esok nak kena g bandung dulu,, nak beli souvenirs utk family! excited nak blk Msia 30.1.2010..straight away after xm.. iAllah, hopefully smua berjalan lancar n dipermudahkan.

nway,, ari 2 lab activity about various route of drug administration (RODA). experimental subject –> mice (male). sgt2   lah cute but xsuke ekornya.. mmg kecoh la hari 2 dgn sore org2 menjerit. hu3~~ actually, experiment ni nak test duration of action of the drug from each RODA.. every routes of drug administration takes different time to show effect.  btw, tikus itu sgt comel n thanx to them 4 their cooperation.. haha

gambar diambil gune hp amalina,, actually camera hp-nya rosak..tp,, hari 2 bleh la gn even ade garis2..thanx amal!

my group~F2

Jadikanlah takwa itu bak pakaian mu, nescaya dirimu akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian mu bertampal. Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung mu, nescaya dirimu menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun kakimu tidak berkasut. Hindarilah rutin hidup mu seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memperlihatkan daya tarikannya untuk memikat lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana mereka sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam