"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

siapa kita??

Saturday, March 27th, 2010

Bismillahirahmanirahim…

hari ni sy nak kongsi tazkirah yg disampaikan oleh cik tqa kte time usrah hari 2… tajuknye “siapa kita?”

selalu org kata orang yg kuat –> orang yg dapat angkat benda2 yg berat, yg menang dlm perlawanan gusti…

orang yg cantik pulak ialah org yg cantik rupa parasnya

orang yg bakhil dikatakan sebagai orang yg kedekut. xnak kongsi duit atau pun ilmu..

tapi,, sebenarnya ramai yg daripada kte salah mendefinisikan maksud sifat org2 ni. mari kte tgk siapakah mereka atau siapa kita~~

org yg sombong

org yg diberi kehidupan tetapi tidak mahu pd pencipta kehidupan iaitu Allah s.w.t

org yg mati hatinya

org yg diberi petunjuk melalui ayat2 Al-Quran, hadis dan cerita2 kebaikan tetapi tidak memberi apa2 kesan dlm jiwanya

org yg dungu otaknya

org yg xmahu melakukan ibadat dan menyangka tidak akan disiksa dengan kelalaiannya dan sering tenang dgn maksiat yang dilakukannya

org yg kuat

org yg dapat menahan kemarahannya

org yg lemah

org yg melihat kemaksiatan depan matanya tetapi xada kebencian dlm hatinya akan kemungkaran itu

org yg bakhil

org yg berat lidahnya utk berselawat ke atas Rasulullah s.a.w

org yg buta

org yg xmahu membaca dan meneliti Al-Quran dan xmahu mengambil pengajaran darinya

org yg tuli

org yg diberi nasihat dan pengajaran yang baik tetapi xmengendahkannya

org yg manis senyumannya

org yg ditimpa musibah lalu berkata “innalillahi wainna ilahirajiun”

org yg menangis air mata mutiara

org yg duduk bersendirian lalu mengingat akan kebesaran Allah dan menyesal atas dosa2nya hingga mengalirkan air mata

org yg paling cantik

org yg mempunyai akhlak yg baik

org yg mempunyai rumah yg luas dan sebaliknya

org yg mati dan membawa amal2 kebajikan di mana kuburnya akan diperluas saujana mata memandang dan sebaliknya

erm…kte ni tergolong dlm golongan mane ye? cantik? lemah?buta? fikir2 kan lah~ jadi,, xsemestinya putih itu cantik! (hahah..ayat kontrovesi..hanya sahabat2 usrahku yg faham :p )

~pic time g safari sempena angah n kaklang melawat bandung~

adik dan kakak pelangibonda (^_^)


NIKMAT AS UJIAN

” Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, ‘ Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku. ‘ Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. “

~Az-Zumar,49~

* baru2 ni,, banyak benda yg berlaku..ade yg bes ade yg xbes. biasa la 2 lumrah kehidupan..Allah xpernah janji hidup ni senang, tp Allah janji akan bersama dgn kte! jd,, selalulah mengingatinya… “nasullaha fanasiyahum”..

hmm..ade bnda yg menakutkan sy.. semoga sy dan sahabat2 sentiasa berada di jlnNYA..

“ya Allah,, KAU tunjukkanlah kami jln kebenaran dan jauhilah kami dari gangguan syaitan dn perkara2 yg sesat..amin”

peringatan kpd diri : utk berkata sesuatu kte perlu ada ilmu. fikir2 blk….byk lg yg perlu dipelajari. tp,, yg penting xm mid sem lg 1 week!! hu3~~doakn kami :)

promote kelas bersama ustz Hairul Nizam.. bes!

(kena ikut dari mula,, baru faham. skang baru episod 3)

perkongsian

Monday, March 8th, 2010

salam semua…

hari 2 sahabat sy mimi ada tanya pasal org fasik betul ke xleh jd wali? soalan dia yg kedua, perempuan klu letak gambar xtutup aurat xpe ke? sebab itu jz gambar… hmm

jadi, sy pun jwb la mengikut pandangan sy sendiri dengan tidak ada sumber yg tepat. oleh itu, lebih baik sy bertanyakan kepada org yg lebih pakar, yakni sahabat sy di mesir yg mengambil bidang agama.

ni jawapan yg diberi oleh sahabat sy….

(1) Soalan Pertama

Orang fasik bolehkah jadi wali?

Wali adalah syarat sah pada akad nikah mengikut jumhur fuqahak kecuali mazhab Ahnaf yang jadikannya sbg syarat afdholiah shj.

‘Adalah(adil) dr segi syaraknya adalah tidak melakukan dosa2 besar,tidak berterusan melakukan dosa2 kecil serta perkara yg mencemarkan maruah.

‘Adalah(adil) salah satu syarat-syarat  wali selain Islam,Mukallaf,Merdeka,dan Lelaki.

Jadi jelaslah seorang fasik tidak harus menjadi wali kecuali dalam kes wali kepada amah(hamba perempuan), maka sayyid(pemilik /tuan hamba) tidak disyaratkan padanya ‘adalah.

Contoh perbuatan fasik seperti minum arak,berzina,mencuri,meninggalkan solat fardhu dll.

++wali yg sudah bertaubat tdk dikira fasik. Memadai adil pada zohir perwatakan.

>>>>>Rujukan-Hasyiah Baijuri

(2)Soalan Kedua

Mempamerkan gambar2 atau foto yang mendedahkan aurat.Hukumnya?

Pada syaraknya tidak harus(haram) mempamerkan gambar2 yang boleh mendatangkan fitnah dan kerosakan, samada dalam bentuk iklan atau selainnya,,samada pada tempat umum ataupun khusus seperti majalah,internet,tepi2 jalan dll. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 19(sila rujuk)

Pelaku perbuatan tersebut juga membuka jalan2 syaitan ke arah maksiat.

ada hadith nye..tp xleh lak nak copy.. maaf.

Selain itu, ia juga bercanggah dengan perintah Allah yang terkandung ancaman.Firman Allah dlm surah an-Nur ayat 63(sila rujuk)

>>>Rujukan-Fatawa al-baitul Muslim oleh Dr Ali Jumaah,mufti mesir sekarang.

~syukran jiddan kpd sahabat sy tersebut~

oh ye,, lagi satu.. mcm mana dengan para lelaki yg melihat aurat wanita indirectly. maksudnye bukan depan mata la, maybe dlm tv, tenet dan majalah…ape hukumnya?

hukumnya bukanlah haram selagi ia tidak menimbulkan syahawat. contoh yg plg senang, apabila lelaki menonton berita di tv. kebanyakan penyampai berita tersebut tidak menutup aurat..so, xkan ikhwan xboleh nak tgk berita?

tp……………. kalau benda 2 boleh menaikkan syahawat seperti bnda2 yg “lucah”.. sudah terang lg bersuluh hukumnya adalah haram.

wallahualam.

nway, seperti yg dijanjikan.. ni pic yg ditangkap sewaktu berjumpa dgn sahabat2 ex-ktt yg berada di merata Indonesia