"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

surat cinta

Thursday, February 11th, 2010

Bismillahirahmanirrahim…

sebelum memulakan bicara, sy nak wat survey dulu. antara soalan-soalannya ialah ~~

soalan pertama : pernahkah anda menerima surat cinta? xkira la melalui kertas, emel mahupun msg… hmm

soalan kedua : apakah perasaan anda apabila menerimanya? suke kan…

soalan ketiga : adakah anda ade perasaan nak baca surat/emel/msg tersebut berulang-ulang kali??

* kesemua soalan ni anda kena jawab dgn jujur tanpa ade sebarang penipuan*

Sememangnya manusia, xkira la lelaki ke perempuan bila dapat surat cinta dari org yg dicintai mesti melompat-lompat gembira… bukan setakat gembira, malah dia rasa hari 2 lah hari yg plg bahagia dan tenang buat dirinya..

Agak2nya lepas dah habis baca ape tindakan orang 2 ek?

tindakan seterusnya –>  surat tersebut ( zaman sekarang msg la kan) akan disimpan baik2 dalam inbox atau pun tekan punat save message. jadi, berbalik kepada soalan ketiga,, adakah anda ade perasaan nak baca surat/emel/msg tersebut berulang-ulang kali??

jawapannya : ya, pasti akan dibuka semula dan baca berulang kali. ( pengalaman org lain )

hmm,, jadi sekarang cuba kte bandingkan surat cinta manusia dengan surat cinta Allah. Bayangkan  sudah berapa lama kte xbaca surat cinta Allah. berapa lama malam berganti siang, siang berganti malam… namun surat2 yang nyata dari Allah dibiarkan saja bertutup rapi. Dijadikan perhiasan semata-mata. cukuplah sekadar memiliki dan dijadikan sebagai hantaran perkahwinan..itulah kata2 kebanyakan manusia zaman sekarang.

tidakkah kte sedar betapa pentingnya ayat2 Allah buat kehidupan kte seharian? Ingatlah pesan Rasulullah, Aku tinggalkan kamu 2 perkara di mana kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, yaitu Al-Quran dan sunnah.

Dalam Al-Quran sendiri Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

wahai sahabat2 sekalian, mari kte sama-sama bukak mata besar2 dan lihat perkataan yg di’bold’kan di atas. bukankah sudah terang akan kelebihan Al-Quran… adakah itu tidak cukup bagi kte? ok, sekarang mari kte lihat apa kata Rasulullah..

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.

layakkah surat cinta Allah dibandingkan dengan surat cinta manusia? tinggi sgtkah nilai surat cinta manusia itu? sedangkan keseluruhan manusia itu sendiri dicipta olehNYA.

Kesimpulannya, wahai saudara2 ku, marilah kte bersama-sama meluangkan masa membaca surat cinta dari Allah yakni Al-Quran kerana ia diturunkan bukan sebagai hiasan rumah, kedai mahupun bilik. ia diturunkan utk kte membaca, menghayati dan mendalami isi kandungannya yg memberikan  faedah yg besar, bukan sahaja pahala dan keredhaanNYA malah berguna utk kehidupan kte seharian. bacalah walau pun sedikit… yg penting istiqhamah. Fastaqim kama umirta!

p/s: perubahan tu mmg susah,, tp jangan jadikan itu sebagai alasan.. cuba dulu! klu susah sgt nak bukak Quran,, petuanya, ingatkan diri balik.. “hari2 aku boleh main tenet lama2, ym,blog, fb dan lain2…kenapa nak baca beberapa ayat Quran pun xboleh?” kan2?! iAllah, mesti perasaan malu akan timbul dalam  diri kte.. selamat mencuba! (^_^)

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.

masjid besi putrajaya
time ni waktu malam lepak ngan angah, kaklang n kak masyi..hehe lepak tangkap gmbar.
even pic ni xsharp + bergegar2..tp boleh la 2..beginner la katakan. :D


” da start sem baru,, makin susah dn banyak kena baca..dapat dr.  …..  sebagai tutor agak menakutkan. tp, hari demi hari pandangan terhadapnya dah berubah. hu3~~ mari kte semangat! bak kata nadhrah~~
btw, to thiah : semoga selamat dan baik2 kat aussie… ingat DIA selalu :)
to yana, paah n amy yg bakal ke aussie lg beberapa hari : t8 care ye! dlm flight,, jgn lupe niat dtg                negara org utk mencari ilmunya..

serahkan segalanya kepada Tuhanmu…

Wednesday, January 27th, 2010

Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat baik

kadang-kadang terpikir layakkah diriku ini untuk meminta-minta kepadaNYA? dah la banyak buat dosa..bukannya baik sangat, pas 2 banyak pulak  permintaan setiap kali doa. rasa malu dengan Mu ya Rabb.. betapa banyak nikmat yg KAU berikan,, tp sedikit sekali aku bersyukur..ampunkan lah aku ya Allah..sesungguhnya aku hambaMU yg lemah.

kata seorang sahabat, kte kena ingat Allah sgt suka orang yg berdoa dan meminta2 kepadaNya..

Allah sangat suka bila kita sujud kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita menyembahNya.
Allah sangat suka bila kita ingat kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita memujiNya.
Allah sangat suka bila kita meminta minta kepadaNya.
Allah sangat suka bila kita menyahut seruanNya.
Allah sangat suka bila kita menjauhi laranganNya.
Allah sangat suka bila kita menjunjung perintahNya.
Allah sangat suka bila kita menyedari kita adalah hambaNya.

jangan mudah berputus asa..berusahalah menjadi mukmin yg baik dan  yakin dengan janjiNya,, Fazkuruni azkurkum!  setiap apa yg kte lakukan, buat yang terbaik  dengan 1 niat..kemudia secara total letakkan pergantungan dan serahkan segalanya kepada Tuhanmu….

pesan saidina Ali , ” Kedudukan sabar dalam iman sama halnya dengan kedudukan kepala dengan tubuh “

nak jumpa kanak-kanak ini

una

qila

adik2

p/s : Alhamdulilah…. tahniah kepada ain, mimi, fak,  nada , abu, acap , diri sendiri n kwn2 yg lain sbb lepas xm OSCE n SOCCA.. esok last paper..buat yg terbaik k! pas 2 balik Msia!~~

~rasa-rasanya dah tahu kenapa sy di sini.. ada 1 perkara yg perlu diubah.jihad!~

ia bukan jaminan

Sunday, December 13th, 2009

dimulakan dengan Bismillah…

Alhamdulilah semalam sambut birthday mimi yg ke-19. actually, befday dia ari tu, 8 ari bln 12..tp, xberkesempatan nak celebrate. nway, semoga mimi sentiasa hepi n berjaya di dunia dan akhirat. oh ye, lg satu da besar2 ni matured skit k! hehe..bak kata ain, kurangkan bergosip kerana ia xbaik utk kesihatan.. (ain, ape kaitan ngan kesihatan? ) btw, upcoming birthday–> bryant 17.12.1990 ( our artist in UNPAD for batch 09.. )

hmm, penjam celik next  yer dah 20 tahun..cepat je masa berlalu. selamat tinggal zaman belasan!… org kata waktu yg paling bes time kte umur awal 20-an n waktu kat universiti. xtau la kenapa. klu ikutkan, time kecik2 dulu lg bes, xyah nak pikir masalah. tanggungjawab pun xde lg. bila da makin besar makin byk tanggungjwb yg kena pikul n life become more complicated! tp 2 la, ramai yg suke umur 20 dn ke atas sbb masa 2 la nak experience byk bnda  DAN… waktu yg sesuai utk cari pasangan hidup. hmm,, ye ke? jawab la sendiri ek..tepuk dada tanya diri :)

cakap pasal cari pasangan ni..kebanyakan org yg alim atau para aktivis dakwah ni kahwin tanpa cinta, di mana mereka mahu menjga dan mengikut syariat yg ditetapkan Allah. selalunya mereka mintak tlg kawan kenalkan kemudian terus kahwin. tp,, ade silapnya di sini. kebanyakan mereka hanya menitikberatkan Syariatullah dan mengabaikan Sunnatullah. mungkin kerana tanggungjawab dan mujahadah pada dakwah, suasana rumah tangga jd hambar dan serius. kesan daripada itu, lahirlah suami atau isteri yg curang..kerana apa? kerana xdenya perasaan CINTA pada pasangan. ( jgn ingat perkara ni xberlaku dlm rumah tangga pasangan aktivis dakwah..ade je sebenarnya )

selalunya mereka cuba nak mempertahankn rumah tangga msg2 hanya kerana teringat akan TANGGUNGJAWAB yg diberi..tp, mampukah ia bertahan tanpa nilai cinta dan kasih-sayang? wahai daie-daie sekalian, walau sehebat mana pun anda, anda tetap seorang lelaki begitu juga kaum yg lagi satu. itulah fitrah.. sbb itu dlm Islam, untuk seorang Muslim itu sempurna keIslamannya, dia bukan hanya dituntut kepada mematuhi Syariat Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Wahyu, tetapi harus juga mematuhi Sunnah Allah SWT yang dibentangkan di dalam kitab Alam. Mematuhi hukum alam (law of nature). Hukum Sunnatullah. contohnya, makanan yg kte makan bukan saja kena HALALAN tp disertai dgn TAYYIBAN ( baik, sihat ). halalan 2 hukum syariatullah, tayyiban 2 pulak karakter sunnatullah..

jadi,, xsemestinya kalau seseorang itu kahwin dengan org yg baik2..aktivis dakwah..perkahwinan 2 confirm bahagia hingga akhirnya..sbb ia bukan jaminan, ia hanyalah permulaan yg baik.

bukanlah saya menyokong couple dan bercitan-cintun sebelum perkahwinan. itu pun salah, salah dari segi syariatnya. klu xcouple pun dah ade zina hati, apetah lagi couple..hu3~

cuma apa yg nak ditekankan Syariatullah dan Sunnatullah 2 mestilah seiring. berkenal-kenalan lah secara baik dan binalah rasa cinta dan sayang itu sepanjang hidup dgnnya. iAllah,, semuanya akan baik dan perkahwinan 2 akan membawa ke syurga. walaupun ia bukan jaminan, tp ingatlah permulaan yg baik insyaAllah akan diredhaiNYA . (^_^)

~ Sahabat..Andai dirimu bercinta, janganlah biar cinta itu menawan dirimu.tapi biarkanlah dirimu menawan cinta itu..janganlah musnahkan dirimu kerana cinta~kerana ia takkan menjanjikan apa-apa kebahagiaan walaupun sekuat manapun cinta tersebut..serahkan dirimu sepenuhnya kepada Allah, nescaya Dia akan menemukan dirimu dengan cinta insan yang membawa kebahagiaan kepadamu dunia dan akhirat~Andai tiada siapa untuk dirimu, yakinlah Allah tetap sayangkanmu dan cintakanNYA takkan mengecewakanmu selama-lamanya ~ thanx zawang :)

p/s: hmm, saje je tulis pasal bnda ni,, teringat kt kak Farah( cousin ) yg akan kahwin bln 3 next yer. wah,, xsangka je rasanya..ye la cucu yg 1st kahwin..langkah bendul 3 org ( along, angah n kak wani..sabar ek..hehe ) btw, kenapa la bln 3..time 2 bkannye bleh blk msia.. :(  apa2 pun,, semoga bahagia hingga ke akhirnya~~~

open house batch 09 ( malaysian + indonesian ) + befday mimi


kekuatan

Sunday, October 4th, 2009

baru2 ni,, byk btol bencana alam berlaku.. dulu H1N1..skang gempa bumi lak.. Alhmdulilah,, kt bandung skali 2 je.. tp kali ni makin menjadi2 dekat bahagian padang (sumatera).  universitas andalas pun kena tutup.. dengar2 building fakulti kedoktoran kat sana habis musnah and ramai yg cedera parah.

Hmm.. ni semua musibah yg Allah bg untuk uji hambaNYA. xkira la sama ada ujian 2 kecil atau besar. kadang2 kte xsedar , sebenarnya ujian yang kte dapat tu atas daripada kesalahan diri kita sendiri. Ketahuilah bahawa Allah sedang berbicara dengan kte. Bicara untuk menyedarkan kte dan menguatkn iman kita jika kte menerima ujian itu dgn redha.

” Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘ kami beriman ‘ , sedang mereka tidak diuji ? ” (Al-Ankabut:2)

kita juga sering terlupa akan sifat ikhlas. selalunya,, kte rasa kte da cuba jd yg terbaik..ikut perintah Allah, jd mukmin yg soleh solehah..tp, apabila diuji tanpa kte sedar kte dah merungut dan mempersoalkan.. “kenapa aku yg dpt musibah ni? ” “apa salah aku pada Allah ? ” kat sinilah Allah berbicara dgn kte tentang sabar + ikhlas = Islam. kte mendakwa yg kte ni menjadi anak yg soleh kerana DIA..tp,,sebaliknya hanya ingin mendapat balasan dan jaminan yg baik pd masa akan datang. mustahil anak yg baik akan dikeji ibu bapa. begitu juga dgn akhlak..kte berakhlak baik hanya ingin mendapatkan pasangan yg baik sehingga terlupa niat kte berkaitan DIA.

mmg sifat ikhlas ni amat sukar utk dilihat..sbb 2 lah Allah turunkan musibah agar keikhlasan 2 dapat dirasa.ingatlah bahawa kte ni HAMBA. sebaik mana sekalipun ibadah kte, tanpa jiwa hamba,segalanya xbermakna.

HAMBA sentiasa sedar dirinya dimilliki dan tidak memiliki

HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji

HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya utk DIA  (kata2 ustz Hasrizal)

actually,, baru2 ni iman ni diuji..tp seringkali sedih dan mempersoalkan.. begitu mudah ditewaskan. tersedar kembali bile ibu kata, “ha,, tgk 2..ujian 2 baru sikit..tgk org lain yg dpt penyakit lg teruk..” Alhamdulilah,,skang da ok skit.

Peringatan utk diri~~

Diceritakan bahwa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt karana menderita sakit gigi. Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput orang itu dan letakkan pada gigi kamu!” Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.

Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya. Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Lansung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”

Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyehatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”

( Petikan dari : “Nuruzh-Zhalâm” karya Syekh Nawawi Banten dengan sedikit olahan )

nway,, sebulan da stdy kat FK UNPAD..dat’s mean nak masuk FBS 2 dah..FBS 1 pun still blur~

lg 1 month nak exam.. (ya Allah,, KAU permudahkanlah aku dan sahabat2ku dlm usaha menuntut ilmuMU..)

p/s: penat sgt2~~ br habis amazing race… mlm ni dinner plak~~2 that senior,,, we are so sorry!

~ RINDU MEREKA ~

pak jang,ibu, nenek, mak ndak n her daughters

pic ayah ngan along xde…sedih2~~

from tzkirah group

Wednesday, August 5th, 2009

IMAN SEMUT VS IMAN MANUSIA

ant

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: ” Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.

Semut pun menjawab: “Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku”.

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: ” Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?”

Jawab semut: “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi Allah Sulaiman tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan. Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut.

Lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: “Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.

Jawab semut: “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiridan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.

Itulah Iman Semut !!!

Iman manusia ?

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: “Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?”.

Jawab Imam Suffian:” Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah s.w.t. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan”.

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Itulah iman manusia (kita) !!!….. klu xsetuju,, mari kte sama2 buktikan yg iman kte melebihi iman semut tersebut..boleh x? hu3~ask urself..

—-> actually nak post bnda lain,,tp trpaksa ditangguhkan sbb photoshop cs4 wat perangai.. ~ so,,xtau nak post ape…post je la bnda ni..kepada yg da pernah baca..jadikan sbgai peringatan.nama pun tazkirah. manusia kan “INSAN”~~lupa. (^_^)

nur kasih ( 1 family layan )


~ suke time last skali..hehe. xsabar nak tnggu next episode! ~

inspirasiku..

Sunday, April 12th, 2009

ayah-n-ibu

from tazkirah group:

Salam persaudaraan! Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian duduk diam seketika, atau mungkin boleh saja kau pejamkan mata. Gelap! Dalam keadaan gelap-gelita itulah kau cuba nyalakan cahaya, atau dalam keadaan begitu kau bergerak saja menggunakan mata hati, kerana mata hati sebenarnya mampu menembusi apa saja.

Apa yang kita ingini dalam hidup ini sebenarnya? Hidup dan kehidupan bagaimana yang kita dambakan? Jawapan mudahnya, semua orang mahu senang! Mahu apa saja yang diingininya, apa saja yang diidamkan dan diimpikannya dapat dipenuhi tanpa bersusah-payah.

Tarik nafasmu dalam-dalam dan pejamkan mata! Dalam kegelapan itu kau tanyakanlah kepada diri sendiri, adakah kehidupan yang sebegitu mudah?

Kau mungkin ingin sekali memberikan jawapan ‘YA’, atas dasar apa yang kau lihat di sekelilingmu. Benarkah apa yang kau lihat itu sebagai sebuah realiti? Atau ia hanya sebuah bayangan indah yang telah mengaburi pandangan matamu, yang mengelabui mata hatimu? Kau pasti akan termenung seketika kerana celaru mencari jawapan hakiki. Lalu kau akan berada buat beberapa ketika dalam lingkungan dunia tak pasti.

Kau ingin hidup bahagia, dengan memiliki segala apa yang indah, yang sempat singgah di mindamu. Soalan mudah – Siapa yang tak ingin kehidupan begitu? Rasanya tak ada seorang pun yang mahu menolak kehidupan mewah, kerana kita sekalian hamba ini memang sentiasa bernafsu dan berselera untuk bersenang-lenang.

Bagaimana pun, nasib di antara kita sekalian hamba ini tidak sama. Takdir untuk kita setiap hamba ini tak serupa. Kerana, Maha Pencipta itu Maha Mengetahui tentang apa yang dicipta-Nya. Maha Mengetahui tentang segala sebab dan akibat terhadap kita sekalian hamba ini. Hanya kita hamba ini saja yang tidak berapa mahu ambil tahu, walaupun telah diberitahu tentang segala apa yang patut diketahui.

Kenapa nasibku begini? Malang sunyi, sentiasa dilanda kecewa dan Ahh, sebuah keluhan dilepaskan. Adakah ini bunyi sebuah keluhan seorang hamba yang tak pandai bersyukur? Adakah ini keluh-kesah seorang hamba yang putus asa dengan hidupnya? Adakah ini rintihan dan ratapan seorang hamba yang tidak redha terhadap ketentuan Maha Pencipta? Segalanya mungkin, dan kemungkinannya juga ungkapan seperti ini pernah kita lafazkan!

Soalnya kenapa? Jawabnya, kerana apa kita hamba ini diciptakan oleh Maha Pencipta. Kita sekalian hamba ini boleh saja melontarkan sejuta satu persoalan, tapi sedarkah kita bahawa segala jawapan telahpun tersedia. Cuma, kita hamba ini saja yang buta! Yang melihat dengan mata, tapi tak nampak satu apa benda!

Kita hamba ini mahukan bahagia sepanjang masa, tapi kenapa pula dihadiahkan dengan derita? Tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata apabila kau menyedari bahawa ketika ini kau berdiri di atas muka bumi yang tiada kekalnya, maka kau akan mampu mencari jawapannya. Kita sekalian hamba ini dihantar menghuni dunia untuk diduga. Maha Pencipta sudah berjanji tentang imbuhan-imbuhan yang akan diberi-Nya. Namun, percumakah segalanya? Kita harus buktikan kesetiaan, kita harus tunjuk sifat kehambaan kepada Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa.

Hidup dan kehidupan ini sering kita gambarkan sebagai indah. Tahukah kau bagaimana keindahan sebenar dalam hidup dan kehidupan ini? Cukupkah kau gambarkannya dengan memiliki harta menimbun sebagai hidup yang indah? Bukan! Bukan itu dan bukan di situ indahnya!

Sesuatu yang indah mesti seimbang dan mempunyai imbangan – Ada Pro ada Kontra. Makanya, kehidupan yang indah adalah apabila kebahagian itu disulami dengan derita – sebagai sebuah sentuhan hikmat agar kita tak alpa untuk selamanya. Kita perlu merasa duka setelah kita diberi kegembiraan – Agar kita tak terus ketawa sampai tak ingat dunia! Bukankah dalam hidup dan kehidupan ini segalanya berpasang-pasangan? Jadi, keindahan dalam hidup itu berlaku apabila kita mampu melengkapkan setiap pasangannya.

Namun, hakikat kita hamba ini lain benar mahunya. Mahu senang, mahu ketawa, mahu gembira sepanjang masa! Jika begitu yang sering kau fikirkan, tarik nafasmu dalam-dalam kemudian pejamkan mata. Pertama-tama, ingatlah bahawa kau kini berpijak di alam fana bukannya di syurga! Kehidupan alam fana inilah nanti yang menentukan kehidupan kekalmu.

Untuk kesekian kalinya tarik nafasmu dalam-dalam sebelum nanti kau tidak akan bernafas lagi, kemudian pejamkan matamu rapat-rapat sebelum ia terpejam selamanya lalu, tidakkah kau syukuri dengan apa yang telah diberi-Nya selama ini?

Jangan kau ratapi nasib sendiri,
Jangan kau tangisi kehilangan yang dialami,

Syukur atas apa yang diberi,
Redha dengan apa anugerah ilahi.

..”dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain..”

-annisa:23-

p/s: baru habis xm trial..azam baru utk kurangkan main..hu3~~ xm ari 2 mmg susah..brbeza time AS dulu.. A2 hujung bln 5 ni..skit je lg nak habis A-level..chayok2!! bashya!! :) nway,,kila nak tido kat KTT ari jumaat nnt.yeay! xsabarnye…jgn jelez ahli f32 yg lain.. (^-^)

Ahlan wasahlan… :)

Monday, December 29th, 2008

salam maal hijrah diucapkan kepada semua…

 


semoga tahun baru ini membawa rahmat, kasih-sayang dan keredhaanNYA.. biarlah peristiwa lalu memberi pengajaran dan hikmah buat diri kita.

 

nway,, nak cerita satu peristiwa yg berlaku sebelum masuknya tahun baru ini..

Pada 27.12.90 bersamaan 29 jamadilakhir…rumahku telah dimasuki pencuri!! time 2 lebih kurang dalam kul 2.50 pagi. pencurinya sorang je..xde senjata..(klu perompak lain la). pencuri 2 masuk ikut pintu utama. dia amik kunci rumah ktorang ikut tingkap bilik along. kebetulan,, lepas blk keje,,along letak kunci umah kat atas meja bersebelahan dgn tingkap bilik. mcm tau2 je,, tingkap bilik 2 rosak, xleh tutup ngan rapat. lepas pencuri 2 berjaya membuka pintu, dia pun ape lg..memulakan misinya..

nak dijadikan cerita, atas kuasa Allah,, along xtido lagi rupa-rupanya. dia ade kat bilik tv.. tiba2, dia rasa haus,, bila along bukak je pintu bilik tv 2,, alangkah terperanjatnya dia.. ade orang laki berpakaian hitam  (muka dia pun hitam legam) kat ruang tamu..sambil memegang barang di tangannya..( apsal cam skema lak ayat ni..hu3~~) pencuri 2 pun cuak r,,along pun sama.. along takut dia bwk pisau..

along pun trus tutup pintu bilik tv td,, then trus call enset ayah..g tau ade pencuri.  ayah ape lg,, jerit pencuri!! (actually,, time 2 along nak trgelak tgk muke ayah). pencuri 2 pun lari sekuat hatinya..ibu nmpak dia naik atas. rupa-rupanya ayie, jiran ktorang, nampak dari tingkap bilik dia..ade motorsikal dtg,,amik pencuri 2..hmm.. terlepas..

sy ngan kaklang pun bangun bila kena kejut ngan ayah..  ktorang kena marah sbb xkunci bilik tdo. sejak dari 2,, ktorang pun kunci bilik setiap kali nak tdo.. nway,, mmg xdpt nak tdo da lpas 2.. alhmdulilah,, smuanya selamat..barang yg kena curi pun xbyk.. pasti peristiwa ni ade hikmahnya yg kte xnampak.

DON’T TAKE 4 GRANTED! -trademark ayah…

 

” Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka akan mendapatkan di bumi ini tempat hijrah yg luas dan (rezeki) yg banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dgn maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yg ditujunya) maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang “

surah An-Nisa,, ayat 100.

salam maal hijrah  

hu3~~serious bes..

Saturday, October 25th, 2008

BILA TERASA RINDU (VERSI NASYID)

cuba korang hayati lirik dia…hu3~~ bgs btol cikgu ni..

part yg plg bes —> ” bila terasa rindu, ku sujud padaMU, dlm doa dan harapanku semoga subur imanku..

( ^ _ ^ )

jz 4 a while..

Sunday, July 27th, 2008


Bismilahirahmanirahim…

Hmm,, sian lak tgk kat blog ni..da lama sgt xupdate. ye la,, schedule mmg sgt pack,, even saturday pun ada replacemnt class..Alhamdulilah,, study kat kkt ok je.. ade usrah,,surau dia pun hidup. Kawan2 pun bes..syukur..iAllah,, ini lah salah satu hikmahnye.next week ada program israk mikraj,, 2 yg blk. kena cari info nak wat buletin..Overall,, life is not easy..feel exhausted as an A-level student. teringat kata2 ustz jo @ anuar (xingat lak).. ‘’saya x pernah heran kamu ni dak a-level,, yg saya heran akhlak kamu,, keimanan kpd Allah”.

Peringatan bersama:

sbda RASULULLAH S.A.W: ‘’sesiapa yg bertambah ilmunya tetapi x bertambah taqwanya.. APA YG BERTAMBAH PADANYA HANYALAH MAKIN JAUH DR ALLAH!! ”

~perkongsian~

* Hasil lukisan ex-kisas 07..dari majalah POW (pearl of waqafan)

Miracles of Allah..

Thursday, June 19th, 2008

Corvine bird calls upon Allah name 7 times

some of the bad comments: :(

this is a fake… you can teach everything to a parakeet…lol ridicoulus

holy moly how does every comment have like +220 omg lol…yeh but its only a bird, just cos it sounds like its saying allah calm down.

Open up your mind…
You humans are creating your gods in the same time you are destroying the world…
There is no god, no allah, nothing you cant see must to be taken seriously.
Please, do a favor to mother-earth and kill your? selfs.

please? keep your lies to yourself because apparently there is a god that you do not know of and need to learn about….you will understand one day dont worry.

LOL you guyrs are fucking stupid.

some of the good comments: :)

indeed Allah swt is Akbar, verely He can Do EVERYTHING and He Knows EVERYTHING
ALLAHU AKBAAR

:)

1 Ar-Rahman- The All Beneficent
2 Ar-Rahim – The Most Merciful
3 Al-Malik – The King, The Sovereign
4 Al-Quddus -The Most Holy
5 As-Salaam – The Peace and Blessing

All animals call Allah and it’s said in the Quran that the creator will show signs of his existence. But those who don’t want to believe won’t believe no matter what is shown to them. True Muslims souldn’t need signs to believe in Islam though. The Quran itself is the greatest miracle of Islam, I encourage you all to read it by heart and mind and to speak against those that are twisting our peaceful religion for violent causes. Peace be upon all of mankind.

—-> Hmmm..belive it or not? but, the most important is we know that Allah is The Greatest.. He is the planner…and He knows what’s the best 4 us.. wallahu ala kulli syaiin qadir (dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu)

-jz 4 addendum-

This parrot recites surah al-ikhlas and al-fatiha

” Sessungguhnya orang2 yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat2Nya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal ” -Surah Al-Anfaal, ayat 2-

fikirlah.. (*)

Tuesday, June 17th, 2008

he3~gmbr hiasan..cousin2 ku..

kisah ni drpd Singapura..mybe rmai yang dah tahu..tp,, jz nak peringatkn balik..dan muhasabah diri kita sendiri..

Banduan ni dikenakan hukuman gantung kerana membunuh dan merusuh..tp, sebelum dikenakan hukuman, dia perlu menjalani sesi kaunseling dan belajar agama drpd seorang ustaz. Banduan ni pun rajin bersolat dan beribadah..dia juga ade beritahu ustaznya yang dia ingin menghilangkn tatu sebelum dihukum,, tp memandangkan tatunya di seluruh badan dan susah utk dihilangkan, ustz 2 menasihati supaya jgn risau tentang tatu.. yg penting hatinya kuat mengingati Allah dan beribadat dgn tekun.

Setelah dikenakan hukuman gantung, mayat banduan 2 dibawa pulang ke rumah keluarganya utk diuruskn jenazahnya..namun,, pada ketika mayat 2 hendak dimandikn, alangkah terkejutnya semua org (trmasuk ustaz yg mengajarnya),, tatu yg ada di seluruh badannya telah hilang! Badannya sgt bersih & xde sedikit pun kesan tatu di badannya.. Sememangnya Allah itu Maha Pengampun & Penyayang..siapa saja yg ingin bertaubat akan diterima taubatnya.

Konklusinya, xsemestinya org yg baik + byk ibadah akan mati dlm keimanan kerana jika dia byk beribadah sekalipun tapi ade sikap riak, ujub dan suke menghina org2 yg jahil dan jahat @ org yg buat maksiat..Adakah amalannya akan diterima Allah? nauzubilah kte tergolong dlm golongan ni.. Fikirlah..hidayah 2 milik Allah.. janganlah kte mencemuh org2 yg nmpak jahat,, suke buat maksiat atau perempuan2 yg xmenutup aurat..kerana mungkin suatu saat nnt org2 seperti ni akan diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah..bahkn mungkin mereka lebih baik drpd diri kte.. jd,, kte seharusnya mendoakan mereka agar diberi petunjuk dan mndapat keredhaan Allah~~

teringat dialog ngan kak tun time mengjar kat tahfiz dulu… :

kak tun: mahirah, tgk la org putih ni. berjayanya dia…

saya: aah,, tp berjaya kat dunia la..

kak tun: eh, jgm cam2..kte xtau mahirah. mane tau dia diberi hidayah Allah masuk Islam..x2,, baik lg drpd kte..

saya: ye la kak tun.. btol 2

(xingat sgt..tp,, ayatnye lebih kurang cam 2 la..)

hu3~~ 2 la kte manusia sering kali lupe,, slalu rasa diri sndiri baik..sedangkan Allah lebih Mengetahui.. wawawaww..ni yg rindu kat kak tun.. kak tun ni klakar orgnye,, dia ni pun byk ckp cam sy.. kak tun ni la yg jd teman sy time mngajar kat tahfiz dulu..nway,, pg td mimpi my students yg standard 1..hmm..

CREDIT 2 KAKLANG

~ arigato… kamsamida ~ :)

Sabda Rasulullah SAW : Tidak beriman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan..

( RIWAYAT TARMIZI )