” Hiduplah kita sebagaimana hidupnya para nabi dan rasul,
Hidup yang penuh KESULITAN & PENGORBANAN.
Kerana dunia ini adalah masanya untuk menanam,
Bukan masanya untuk menuai”
” Hiduplah kita sebagaimana hidupnya para nabi dan rasul,
Hidup yang penuh KESULITAN & PENGORBANAN.
Kerana dunia ini adalah masanya untuk menanam,
Bukan masanya untuk menuai”
We are the best creation…but why most of us still disobey?
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan
~28 :77~
AKHIRAT DAN DUNIA KENA SELARI
p/s : nak perasaan kejap, sgt suka pic diatas! :p
Yang aku mahu dengan Ukhwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah.
Aqidah adalah ikatan yang paling kuat dan mahal. Ukhuwwah adalah adik beradik kepada Iman, sedang perpecahan adalah adik kepada Kekufuran. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Minimum kasih sayang ialah berlapang dada. Maksimal kasih sayang ialah Itsar (mengutamakan seseorang melebihi diri sendiri).
“Sesiapa yang selamat dari kebakhilan diri sendiri, mereka orang-orang yang berjaya” (Al-Hasyr)
Seorang akh yang jujur (dalam Ukhuwwahnya) melihat ikhwahnya lebih utama pada dirinya dari dirinya.
“Orang mukmin dengan mukmin yang lain seperti sebuah binaan yang saling kuat menguat antara satu sama lain” (Hadis).
“Orang-orang beriman lelaki dan perempuan adalah wali (penolong) diantara satu sama lain” (Al-Quran).
Beginilah kita sepatutnya.
[Imam Hasan Al-Banna]
sekarang asyik dengar lagu “belum kita lupakan” dari kumpulan nowseeheart
hayati liriknya ^_^
Luka yang lama belum kita lupakan
Hangat terasa bahang yang menyakitkan
Harapan dan keyakinanmu membutakan segalanya
Hanyut dalam genggaman memusnahkan kita
Segala yang berlaku bukanlah niatku
Maafkanlah diriku keterlanjuran lalu
Masih belum lewat untuk kita bertaubat
Menilai dosa walau diri terhina
Redha dan keampunan-Nya mengatasi segalanya
Sirna dalam gelita
Harapan terbina
Lagu: Mujahid Abdul Wahab
Lirik: Khairil Rafli Azrin
Hakcipta Lagu & Lirik: Gurindam Cipta
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri
mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya,
Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya, Dia-lah Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Az-Zumar: 53)
p/s : tiada mood untuk bercerita panjang. cuma, hari ni ada 2 orang sahabat yang tulis status itsar. satu dekat ym, satu lagi dekat skype..hmm,, topic yang menarik. insya Allah akan dikongsikan apakah itu itsar.. (alif ya tsa ra)
~rasa lebih baik jadi seperti bunga kecil ini.. kehadirannya tidak disedari~
~daripada jadi seperti bunga ini yang kehadirannya sentiasa disedari dan sentiasa diperhati~
~takut hati lalai dan leka dengan nikmat Allah~
~luaran mahu jadi seperti bunga kecil tetapi dalaman mahu kelihatan seperti bunga ros ini..mampukah?~
Bismillahirahmanirahim…..
sekadar perkongsian setelah sekian lama menyepi di alam blogger..nak salahkan siapa? facebook kah? atau diri sendiri? (jawapan ada pada diri saya sendiri)
Petang semalam ketika berbicara dengan seorang teman dengan menggunakan skype..ada kisah yang menarik minat saya.
Kisahnya bermula apabila sahabat saya bertemu dengan seorang saudari muslim di satu perjumpaan (tak ingat perjumpaan apa..) Jika dilihat zahirnya memang tidak sempurna. Tetapi saudari tersebut tetap kelihatan tenang dan bersemangat. Kalau la saya mesti dah rasa segan dan tak nak jumpa dunia luar. ( terukkan? tapi, itulah hakikat)
lalu berkatalah saudari tadi, ” awak tahu, saya beruntung kerana cacat. sbb kecacatan ni adalah kekuatan bagi saya.”
kenapa pulak kekuatan?? Bukankah itu satu kelemahan buat diri?
Hmm..memang tak dapat dinafikan kebanyakan manusia sememangnya menginginkan kesempurnaan dan keistimewaan terhadap diri mereka. Mahu kelihatan hebat, smart, cantik, sempurna tubuh badan (sampai nak ada body macam barbie doll). hebat dalam photography, edit gambar..pandai masak..kalau boleh semua benda la nak hebat. Bak kata orang, calon yang terbaik untuk dibuat pasangan.
Tetapi adakah kita sedar kelebihan-kelebihan yang dimiliki bukanlah suatu kekuatan buat kita, bahkan ia boleh menjadi kelemahan buat diri dan melemahkan Iman. Nauzubillah..
atas faktor apa saya berkata begitu?
Kadang-kadang tanpa disedari, dengan kelebihan yang kita ada… kita mudah rasa lalai dan leka. Rasa diri sudah hebat lalu tumbuh dan lahir lah sifat bongkak dan bangga. Bukankah sifat2 ini melemahkan iman? Sia-sia suatu usaha apabila niat hanya ingin menunjuk kepada manusia disertai dengan sifat bangga dalam diri.
Cacat atau pun kelemahan bukanlah penghalang buat diri..malah ia adalah kekuatan kerana mengingatkan dan menyedarkan kita adalah manusia! seorang abid! seorang hamba kepadaNYA. Kita tidak memiliki apa-apa…semua di dunia ini hanyalah pinjaman dan rahmat dariNYA. DIA Maha Kuasa memberi, menarik nikmat mengikut kehendak.
Bukanlah saya kata salah untuk mencari dan mempunyai kelebihan.. tidak!
Silakan explore diri anda kerana Allah ciptakan kita dengan berbeza-beza rupa paras dan berbeza keistimewaan. Cuma, sentiasa ingatkan diri bahawa kelebihan yang dimiliki bukanlah dari diri sendiri..tapi, semuanya datang dari Allah.
ya Allah, biarlah kelebihan yang aku miliki dapat mendekatkan diri aku kepadaMU, bukan untuk dibangga-banggakan dan membuatkan aku semakin jauh dariMU…Amin ya Rabb.
p/s : Kelebihan itu adalah nikmat dan ujian buat diri..DIA mahu melihat siapakah di antara kita yang bersyukur
kepadaNYA ^_^
” Wahai manusia, kamu semua adalah FUQARA’ (orang yang selalu berharap) kepada Allah; dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji ” (Al-Fathir, 15)
Haiwan pun berzikir…pelik lah kita yang ada fikiran tapi tidah pernah berzikir
last but not least
terpegun seketika ketika tengah mentadabur surah A-Najm…. terbaca terjemahan ayat yang ke-24,25 dan 26.
24: ” Atau apakah manusia akan medapat segala yang dicita-citakannya? “
25: ” Tidak! Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. “
26: ” Dan betapa banyak malaikat di langit, syafaat(pertolongan) mereka sedikit pun tidak berguna kecuali apabila
Allah telah mengizinkan (dan hanya) bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia redhai. “
terpegun kerana kata-kata Allah ini telah mengembalikan diriku kepada fitrah sebagai seorang hambaNYA.
sering kali lalai dan leka bahawa semua nikmat yang dimiliki adalah dariNya..
kesenangan, kemewahan, keindahan, kecantikan, kegembiraan, kejayaan yang dikecapi sering kali dirasakan sebagai hasil usaha sendiri sedangkan semua itu adalah rahmat dan kasih sayang khaliq kepada kita..tanpa IZINNYA sudah pasti kita tidak akan merasa.
kadang-kadang atau barangkali selalu..segala yang diinginkan, apa yang dicitakan mesti mahu ianya tercapai. Mahukan jawatan ini, mahukan markah yang paling tinggi dalam kelas, mahukan suami yang bersifat sekian2.. dan banyaklah lagi.
tidak salah mempunyai cita-cita dan impian. USAHALAH. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berusaha mengubah nasib dirinya.
tapi,, kita atau lebih tepat lagi SAYA perlu ingat.. TIDAK SEMUA YANG DICITAKAN AKAN SAYA DAPAT..
kerana……………………………………………………………..
Allah tahu apa yang terbaik buat diri saya. Bukankah DIA yang menciptakanmu? Maka milik Allah-lah kehidupan akhirat dan kehidupan dunia.
“………………………….Dia mengetahui tentang kamu, sejak Dia menjadikan kamu dari tanah lalu ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu menganggap dirimu suci. Dia mengetahui tentang orang yang bertakwa.”
-An-Najm,32-
Sebagai seorang hamba, usaha dan berdoalah.
jika ia bukan milikmu, bersabar dan yakinlah dengan ketentuanNya…pasti ada yang lebih baik (^_^)v
~Segalanya milikmu ya Allah~
tak pernah bosan dengar lagu ni….sedih rasa hati~~
salam wbt…
Alhamdulilah masih diberi nikmat masa lapang dan sihat drNya.. tp, 2 nikmat tu la manusia sering lalai dan leka. Semoga kte xtergolong dr golongan yg lalai itu. amin…..
1stly,, kenapa blog ni xterupdate selama 2 bln? hu3~
1- final xm
2- went 2 jakarta
3- ok…xde internet
4- pindah rumah
5- resit paper 2 upgrade my pointer
~ni antara sebab2 adik@pelangibonda terabai utk sementara waktu~
ok..xpenting pun..let’s focus to dis story…….
Tempat kejadian : dalam bas
Masa : 4.00 petang
Dialog antara seorang adik dan kakak sementara menunggu utk sampai ke destinasi yg ingin dituju~
KAKAK : erm..adik, akk nak tanya sikit boleh x?
ADIK : ape dia? ni yg seram ni…
KAKAK : akk tgk kan..adik ni mcm pura-pura hepi. dari segi luaran..adik nampak gembira..ceria je..tp,, tu smua nampak palsu, fake! Hakikatnya hati adik tgh sakit. Dalaman adik xgembira..
ADIK : *terkedu seketika* erm..mane ade la kak…Adik ok je..
KAKAK : mungkin adik dpt tipu org lain. tp,, itu ape yg akk nampak n rasa. diri adik skang ni mcm tgh memberontak n adik confuse, xpasti dgn sesuatu.
ADIK : *mula mengalirkan air mata*
KAKAK : akk rasa adik tgh merindukan sesuatu. Adik rindukan tempat itu..biah (suasana) yg solehah, di mana adik dpt tarbiyah yg dpt mendidik jiwa adik. time 2,, hati adik sentiasa ceria,tenang dan gembira kerana hati adik HIDUP.
~dialog antara adik dan kakak terhenti di situ kerana adik menangis dgn kuatnya sehingga tertdo~ :)
Pernah x kwn2 mengalami situasi seperti si Adik? kalau pernah mesti faham perasaan si adik kan. sgt lah terseksa..rasa cam nak give up je. tp, si adik seharusnya bersyukur kerana dia beruntung. Allah beri dia ujian sebegitu rupa sbb Allah tahu dia mampu hadapi. Allah nak tinggikan darjat adik jika adik bersabar. kalau si adik terus berada dlm biah yg baik..apakah dia tahu akan tahap imannya? susah bukan. mungkin adik buat baik sbb ikut kwn dan terbiasa dgn suasana tersebut..
” Bukan sbb ex-sekolah agama yg dpt mengistiqamahkan kte di jlnNYA
yg hanya mampu menahannya adalah Iman “
buat si Adik :
jgn mudah salahkan suasana dan tempat tersebut. mungkin kesalahan ada pd diri kte sendiri. kata yakin dgn ayat”..Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri..” (Surah Ar-Ra’d, 13:11). Maksud kat situ ubah DIRI SENDIRI… bukan kena tunggu seluruh kaum utk berubah.
kata seorang sahabat : cari dan binalah biah solehah itu….. ( bukan duduk diam n menangis..meratapi nasib)
sbb 2 la dakwah berbentuk piramid… base dia adalah org2 biase..rakyat. di puncak adlh pemimpin.
ia bermula dgn individu, kemudian keluarga, masyarakat dan seterusnya akan melahirkan pemimpin muslim n lahirlah sebuah negara Islam. cube bayangkan kalau piramid 2 terbalik~~ stabil x??
ape2 pun… bersabar,, banyakkn berdoa n bergantung harap pdNYA. walaupun penat n xtahan.. remember dat
” HE never said dat dis world would be easy..
but HE promised dat HE would be with us if we remember HIM ” (^_^)v
~antara gambar time kt jakarta~
benda ni nama dia bajai….asap dia dahsyat +_+
err…. masjid xsiap kot..
ikan ni sedap..tp,, byk seafood yg dah habis sbb sampai lewat.. g Cilaki je la (kedai seafood kt Bandung)

tornado yg menakutkan! -dufan,jakarta-
actually,,got more pictures…but.lazy 2 upload :p
Bismillahirahmanirahim…
dulu,, sempena minggu muslimah…kami (batch 09) buat pentomen yg bertajuk “pengakhiranku”. xsangka ramai gak yg suka cerita ni,, kira dapat la apa yg kami cuba sampaikan… Alhamdulilah… even bkanlah juara pd malam itu, tp itu bukanlah matlamat. matlamat kami org dpt menghayati n dpt pengajaran di sebalik cerita tersebut. terima kasih diucapkan kepada pelakon2 yg handal –> ain izzati sbg “dosa” , atiqah sbg “pahala” , watak2 lain–> mimi, farah, yatie, amalina, farhanah dan misah. thanx gurls!
actually, pentomen ini berkisahkan tentang 2 org sahabat pahala dan dosa.. dorang ni roomate la kiranya.. tp,, perangai masing2 amatlah berbeza. si pahala seorang yg alim..rajin pergi surau,selalu tlg mak ayah ..senang kata selalu buat baik la. Prinsip dia, ” kalau buat baik mesti akan dapat balasan yg baik”.
si dosa pulak..of course la terbalik..byk buat maksiat,solat xjaga, clubbing n minum arak.. prinsip dia ” hidup ni hanya sekali, so enjoy la sepuasnya” .
kalau kte nampak dgn mata kasar, mesti la pahala yg baik… jarak ke syurga pun nampak lebih dekat berbanding dgn si dosa. tp,, time pahala buat usrah dengan sahabat2 kat masjid… si pahala sering kali riak n ade sifat “kibr” atau pun arrogant~ bg pahala, hanya dia yg betul n hanya dia je yg tahu tentang agama.
” Antum semua tgk la sendiri zmn sekarang ni, susah betol la nak cari org2 yg beriman mcm kte2 ni. dgn auratnya xterjaga, couple sana sin.. Haih,, xtau la nak ckp mcm mane..so,, ingatlah sahabat2ku, org yg selalu buat baik ni SEMESTINYA PENGAKHIRANNYA ADALAH BAIK. ” – lebih kurang mcm ni la dialog si pahala ketika usrah.
jadi kat sini kte dapat lihat pahala berbuat kebaikan,, menjalankan tugas dakwah hanya lah sia-sia. kerana apa…? kerana niatnya dah salah..lari dr sasaran. rasa bangga dan riak dgn diri sendiri… sedangkan cuba kte tgk hadis pertama dalam hadis Arbain Iman An-Nawawi :
” Sesungguhnya amal perbuatan itu disertai dgn niat dan setiap org mendapat balasan amal sesuai dgn niatnya. …….. “
maksudnya di sini pahala pekerjaan ditentukan niatnya. jadi, klu si pahala sentiasa ade sifat riak dlm hatinya.. balasan yg baikkah buat dirinya?? hmm…..
nak dijadikan cerita, 1 hari ni dosa cuba nak tarik pahala supaya buat maksiat. time 2 dosa br blk dr clubbing dn di tangannya ade sebotol arak… puas dosa menghasut…dn di samping tu ade makhluk ketiga yg sentiasa melakukan tugasnya tanpa jemu yakni syaitan~ musuh utama manusia. “ala,, ko kan da byk buat baik..minum sikit je.. xde pape punye.. ” (bisik syaitan) Akhirnya,, pahala termakn hasutan dosa dn syaitan lalu minum lah air yg dilarang oleh Allah…
manakala,, 1 mlm,, dosa mimpi akan dahsyatnya azab neraka..bila terjaga,, badannya terketar2 n hatinya amat takut dan malu dgn Allah. lalu,, dosa menyesal dn bertaubat nasuha.. itulah hidayah dari Allah untuknya~
Katakanlah, ” Wahai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyanyang. ” ~ Az-Zumar, 53~
pendekkan cerita,, si pahala dan dosa meninggal kerana kemalangan..dan kedua-duanya xsempat nak jumpa… masing2 meninggal dlm pengakhiran yg berbeza.
pahala –> minum arak (suul khatimah / pengakhiran yg buruk )
dosa –> taubat nasuha (husnul khatimah / pengakhiran yg baik )
di manakah tempat pahala dan dosa? syurga atau neraka ? Wallahualam… hanya Allah yg Maha Mengetahui..
cuma apa yg sy nak tekankan kt sini :
Janganlah kte riak dan bangga dgn sifat baik yg kte miliki.. kadang2 kte terlalu memandang rendah akan org lain yg buat kesalahan hanya kerana kte ni baik sikit je dari mereka. Sedangkan kalau Allah uji dengan ujian yang sama dgn org yg buat salah 2, belum tentu kte dapat hadapinya. seperti mana si dosa tadi,, kemungkinan dia jahil dan tidak mempunyai ILMU. Bukanlah hak kte untuk menentukan pengakhiran kita. tp,, janganlah itu dijadikan alasan untuk berbuat kejahatan atau dosa kerana………… ” kullu nafsin za iqatul maut “. setiap yg hidup pasti akan mati. Sentiasalah berbuat kebaikan untuk mendapatkan husnul khatimah yakni pengakhiran yg baik.. iAllah (^_^)v
~bye F5~
ISLAM AND EGO
~agak lama video ni..tp sgt lah bes~
” They look more religious….but on the inside there is an ego”
takutnya…. ya Allah,, kuatkan lah hati ku..biar lah setiap percakapan dan perbuatanku hanya keranaMU.. amin
p/s : exam final lg 1 minggu lebih… jgn mls!
Bismillahirahmanirahim….
lama rasanye xupdate..hu3~~ bz la katakan (ye2 je budak ni)
n semenjak ade fb ni…blog terabai lak..kepada seseorang, sila bertanggungjawab! hehe..xde la… thanx mimi, ain, fak n nada~ moga ade kebaikan atas usaha kalian….
btw,, nak share 1 video kat sahabat2 smua…video @ short film ni kak yana yg perkenalkan..dgn semangatnya dia suruh sy tgk..bes sgt katanya~ tanpa melengahkan masa,, jom kte usha video ni:
ape pendapat sahabat2 smua tentang video ni? ape ibrah (pengajaran) yg kte dpt ambil darpd movie ni? bg sy la kan,, kek coklat itu ibarat makanan rohani utk hati kte… bila hati kte dipenuhi dgn makanan tersebut, mesti diri rasa tenang…hepi..rasa dekat dgnNYA.
tp,, cuba tgk ape jd kt kwn 2 bila kek coklat 2 xde… hidup dia rasa cm xbes je… gelisah xtentu hala… murung,sedih…
kiranye,,mcm 2 la diri kte kalau hati xdiberi makan..ustaz pernah kata hati ni kalau xberi mkn selama 3 hari..dia akan jadi keras. so,, ape lah makanan utk hati??
antaranya dgr ceramah @ tazkirah, usrah, baca Al-Quran, zikir (bukan dgn lisan semata2) dn lain2…..
oh ye,, lagi satu..ape yg sy dapat.. jgn tunggu sesuatu tu akan dtg bergolek mcm 2 je~ kte kena CARI. USAHA UTK CARI. BUKAN DUDUK SEMATA2. kek coklat 2 xkan jadi kalau kte xde usaha utk membuatnya.
mcm 2 la jugak dgn Islam. Islam xkan sampai kat kte kalau Rasulullah hanya duduk diam..jika mahu Islam tertegak kembali di muka bumi ni,,bukan hanya jadi pemerhati dan penunggu seperti batu. ingatlah,, perjuangan dan dakwah itu disertai dengan tindakan~~ (^_^)v
apa2 pun semua org ada pendapat msg2..ni ape yg sy rasa n dpt drpd video di atas… harap ada manfaatnya~
ukhwah indah andai keranaNYA
“sabarlah wahai hati,, dugaan itu dtg kerana DIA tahu kamu mampu hadapinya.. betapa pedih hatimu, ingatlah DIA xkan pernah mensia-siakannya.. itu tanda DIA menyanyangimu”
memandangkan kak fatin soh sy update..(hehe..saje nak femeskan nama kak fatin kat sini) :p
actually,, xde bnda pun nak post..cuma nak bg pesanan sikit
xsemua org belajar agama
xsemua budak skola agama tahu semua psl agama
xsemua yang tahu menilai psl bab2 agama
xsemua tahu mane yg btol atau salah dlm bab hukum
jadi jgn anggap budak ex-skola agama smua da pndai
da tau semua
kte semua masih perlu belajar
ilmu Allah itu sgtlah luas
perumpamaam dlm kelas cekal
ade yg dpt 100 dlm xm
ade yg dpt 80
ade yg dpt 55
n maybe ade yg fail
jadi xsemua dpt serap ilmu 2 dengan sepenuhnya
kte semua masih dlm proses pembelajaran bukan?
*hehe..jgn ade yg terasa lak..saje je tulis bnda ni..xde idea..salahkn kak fatin.. (kak fatin jgn marah)
ape2 pun, yg penting ilmu 2 perlu dicari sbb dgn ilmu lah dpt jauhkn kte daripada perkara2 sesat.. ingin dunia dan akhirat?? klu nak kedua-duanya hanya ade 1 cara iaitu ILMU… (^_^) ( lg satu,, ilmu perlu dikongsi ye,, klu xdikongsi nnt jd air bertakung yg penuh dgn nyamuk )
“kalau la hidup ni mudah xkan baby kuar2 dari perut ibu menangis? btol x? “
klu dari segi mdic,, baby menangis sgt la bagus sbb ia menunjukkan sistem respiration baby 2 baik~
ok..utk sahabat2ku sekarang kte perlu focus pd system repro yg bakal mencabar nerve2 di otak kte pd hari isnin ni! bersiap sedia lah.. (@_@)
salam semua…
hari 2 sahabat sy mimi ada tanya pasal org fasik betul ke xleh jd wali? soalan dia yg kedua, perempuan klu letak gambar xtutup aurat xpe ke? sebab itu jz gambar… hmm
jadi, sy pun jwb la mengikut pandangan sy sendiri dengan tidak ada sumber yg tepat. oleh itu, lebih baik sy bertanyakan kepada org yg lebih pakar, yakni sahabat sy di mesir yg mengambil bidang agama.
ni jawapan yg diberi oleh sahabat sy….
(1) Soalan Pertama
Orang fasik bolehkah jadi wali?
Wali adalah syarat sah pada akad nikah mengikut jumhur fuqahak kecuali mazhab Ahnaf yang jadikannya sbg syarat afdholiah shj.
‘Adalah(adil) dr segi syaraknya adalah tidak melakukan dosa2 besar,tidak berterusan melakukan dosa2 kecil serta perkara yg mencemarkan maruah.
‘Adalah(adil) salah satu syarat-syarat wali selain Islam,Mukallaf,Merdeka,dan Lelaki.
Jadi jelaslah seorang fasik tidak harus menjadi wali kecuali dalam kes wali kepada amah(hamba perempuan), maka sayyid(pemilik /tuan hamba) tidak disyaratkan padanya ‘adalah.
Contoh perbuatan fasik seperti minum arak,berzina,mencuri,meninggalkan solat fardhu dll.
++wali yg sudah bertaubat tdk dikira fasik. Memadai adil pada zohir perwatakan.
>>>>>Rujukan-Hasyiah Baijuri
(2)Soalan Kedua
Mempamerkan gambar2 atau foto yang mendedahkan aurat.Hukumnya?
Pada syaraknya tidak harus(haram) mempamerkan gambar2 yang boleh mendatangkan fitnah dan kerosakan, samada dalam bentuk iklan atau selainnya,,samada pada tempat umum ataupun khusus seperti majalah,internet,tepi2 jalan dll. Ini berdasarkan firman Allah dalam surah an-Nur ayat 19(sila rujuk)
Pelaku perbuatan tersebut juga membuka jalan2 syaitan ke arah maksiat.
ada hadith nye..tp xleh lak nak copy.. maaf.
Selain itu, ia juga bercanggah dengan perintah Allah yang terkandung ancaman.Firman Allah dlm surah an-Nur ayat 63(sila rujuk)
>>>Rujukan-Fatawa al-baitul Muslim oleh Dr Ali Jumaah,mufti mesir sekarang.
~syukran jiddan kpd sahabat sy tersebut~
oh ye,, lagi satu.. mcm mana dengan para lelaki yg melihat aurat wanita indirectly. maksudnye bukan depan mata la, maybe dlm tv, tenet dan majalah…ape hukumnya?
hukumnya bukanlah haram selagi ia tidak menimbulkan syahawat. contoh yg plg senang, apabila lelaki menonton berita di tv. kebanyakan penyampai berita tersebut tidak menutup aurat..so, xkan ikhwan xboleh nak tgk berita?
tp……………. kalau benda 2 boleh menaikkan syahawat seperti bnda2 yg “lucah”.. sudah terang lg bersuluh hukumnya adalah haram.
wallahualam.
nway, seperti yg dijanjikan.. ni pic yg ditangkap sewaktu berjumpa dgn sahabat2 ex-ktt yg berada di merata Indonesia
Recent Commets