"Ya Allah, kurniakanlah kejayaan buat diriku dan sahabat2ku yg lain hanya keranaMU, agamaMU dan masa depan kami. Amin “

“7 Golongan yg mendapat NaUnGan”

Sunday, April 27th, 2008


DARIPADA Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda: Tujuh golongan, Allah akan menaungi mereka pada hari yang tiada naunganNya :

  1. IMAM/PEMIMPIN YG ADIL
  2. PEMUDA YG MEMBESAR DGN BERIBADAT KEPADA ALLAH
  3. INSAN YG HATINTA TERPAUT DENGAN MASJID
  4. DUA INSAN YG BERKASIH-SAYANG KERANA ALLAH (UKWAH FILLAH), MEREKA YG BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH
  5. INSAN YG DIAJAK (DIGODA) OLEH WANITA YG BERPANGKAT DAN CANTIK LALU BERKATA: SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH
  6. INSAN YG BERSEDEKAH DGN CARA YG TERSEMBUNYI SEHINNGA TANGAN KIRINYA TIDAK MENGETAHUI APA YG DIBELANJAKAN OLEH TANGAN KANANNYA
  7. INSAN YG MENGINGATI ALLAH SECARA BERSENDIRIAN LALU BERLINANGAN AIR MATANYA

pOwEr Of LoVe…

Wednesday, April 23rd, 2008

sama2 kita hayati ..

atas permintaan nabila ngan yana,sy pun letak la video ni…actually,dorang yg cite kat sy..kisah ni lebih kurang cam cinta tiga segi la..ok,kte gelarkan watak lelaki sbg A,perempuan B dan exboyfriend si B sbg C. Klu xsilap lg 1 week A&B nak langsugkan perkahwinan..suddenly,out of da blue B ni mintak putus sbb nak kmbali ngan ex dia,C. Bayangkan hati si A waktu 2..lg berapa hari nak bina masjid,habis musnah segala impiannya..disebbkan terlampau cinta+sayang,fikirannya bercelaru and can’t think rationally.. 2 la org kata,’jgn terlampau benci nnt jd sayang & jgn over syg nnt jd benci’...u know what..si A ni become a murderer..dia bunuh B ngan C..Astaghfiruallah,ni la jd bila xbrfikir pnjang & xde pergantungan pd Allah.. Lastly,kwn sy kata dia g serah diri kat polis,mintak hukuman gantung..and b4 dikenakan hukuman,dia request nak nyanyi lagu yg dia cipta sendiri,pas 2 suruh kwn2 dia record..tapi,rupa-rupanya ini hanyalah mitos semata-mata,org lain yg cipta lagu ni..dorang saje je kaitkan lagu 2 ngan kisah cinta tiga segi ni.. yg geramnya saya percaya bulat2!ish…bnci tol,sabar je la..assobru2..Harap2nya sebelum kena hukuman dia da bertaubat pd Allah,tp betul cakap Pak Uda..dosanya pd Allah,insyaallah diampunkan..tp dosanya pd manusia? pd manusia yg dibunuh?Wallahualam…hanya Allah yg Maha mengetahui…………

Anyway,jz jadikanlah kisah ni sbg pengajaran..but,the point is:

*cinta manusia xprnah kekal,INGATLAH cinta Allah yg kekal selama-lamanya & abadi..sentiasalah berdoa pd Allah agar dipelihara & diteguhkan iman(salah-satunya amalkan mathurat).Letakkanlah setinggi-tinggi pergantungan pd Allah dan percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya,even perkara tu sgt2lah pahit(pesanan kat diri sndiri juge).erm…lg 1 ,xyah la couple2..bile da jmpe yg sesuai & waktunya pon da tiba,buat la taaruf and prosedurnya mengikut syariat Islam..”Pasangan yg baik adalah apabila kte memandangnya akan mengigatkan kte kpd pencipta yg Agung”.

PESANAN:

~lelaki boleh memilih perempuan kerana: 1-keimanan, 2-kecantikan, 3-keturunan, 4- harta.

~perempuan hanya boleh memilih lelaki disebabkan 1 perkara: keimanannya kpd Allah. Jika x rumahtangga mereka akan temui kegagalan dan kekecewaa tidak kira cepat atau lambat.

p/s: today kaklang blk nz..wa!!! tinggal la sy sorang2 lg kat umah..huhu..btw,study lek-lok and get good result…take care..biar cepat sembuh.. ;)

bayi dalam BAYI???

Tuesday, April 22nd, 2008

BAYI DALAM BAYI….

Afiah Syafina,seorang bayi perempuan berusia 2 bulan,anak kepada pasangan Bambang sarianto & Syarifah yang keduanya bekerja sebagai guru sekolah di Tebing Tinggi telah mengalami perut buncit yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.

Kedua pasangan ini pergi berjumpa dgn Prof dr. Chairuddin P.Lubis..lalu beliau terus menghubungi Pk Bibie (Rtn. Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan…segala pembiayaan operation ini akan ditanggung oleh Rotary Club. Pada hari Sabtu,19 Januari 2008,jam 8.00-11.30,operation dilakukan di Rumah Sakit Gleni International Medan..dan keputusannya sgt mengejutkan..ternyata benda yg disangka tumor adalah JANIN BAYI 5 BULAN!!! They were so shocked..and morever at that time, the baby was healthy…

Plez hv a look at it..:

p/s: terpulang kepada individu sama ada nak percaya atau pon x..anyway,sy pon tau drpd email..apa2 pun inilah kuasa Allah..terlampau byk bukti2 KEKUASAAN & KEBESARAN-NYA yg sememangnya jelas,mubin..hanya kita manusia yg sering lalai dan leka..”sanuqriika fala tansa” [Kami akan membacakan(Al Qur'an) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa]. Sesungguhnya Allah Maha Azim..apabila berfirman ‘kun fayakun’ maka jadilah ia…..

SURAH YAASIN AYAT 82: Sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: “Jadilah” maka terjadilah ia……….

sedikit tazkirah..~

Wednesday, April 16th, 2008

Assalamu ‘ alaikum ,


Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang mengucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu.

Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu, “wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan”. Bertanya malaikat “Apakah permintaan itu?”. Berkata burung-burung itu” Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini”.

Berkata malaikat itu”baiklah aku akan sampaikan kepada Allah”. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka.

Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari Kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Hanya dengan mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari Kiamat kelak. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

“Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari. Kemudian DIA datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis, mencari di mananya matahari! Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI…”


Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,

pasti lebih berat lagi nilai kalimah Laa ilaaha illAlLah ini

.