i hv no mood today~~ya Allah berilah ku kekuatan….dan kesabaran… nway, yana yahya selamat kmbali ke alam belajar..
hmm…actually ade 2 tag lagi yang xbuat..xde mood lg la..he3..sory ek yeanna + adib…nnt,org buat la. Lepas da abis skola ni, tiba2 rindu la pulak dengan classmates..hu3~ sape tak kenal dengan 507..aduih, macam2 perangai..senang kata mmg famous la dikalangan guru2..lebih-lebih lg Tam. ingat lg budak muslimin tubuhkan fan club tam.ha3~lawak2.ye ar, dak muslimin asyik buli Tam je…tu yg muslimat support dia.. Hmm…mmg kenangan. Time form4, msg2 macam xkenal lg…tp, bila da naik f5..abis kuar segala perangai..
Ustazah Zubaidah-guru kelas yg penyayang + comel
Fahmi-ketua kelas yg garang + bertanggungjwb..(ye ke?)
Firdaus-ade scandal ngan fahmi..ha3..miss lini slalu usik..
Aiman-muke blurr + suke gelakkan org..ish2 (hu2..gurau je) nway,doc 2 be..iAllah.
Akmal-slalu kena buli ngan muslimin
Tamlikha-perangai dia pelik skit tp, terer english
Hanif shabudin-always bz ngan MMU
Hanif m.noor-selalu bg tazkirah kat kelas + mentor bat ngan psi
Izuddin-sgt2 pendiam
Tarmizi-tgk muke je da tau budak baik(ramai org kata)
Faiz-suke buat lawak..+ byk ilmu
Zharif-style dia ckp agak poyo..ha3. ingat time kelas bm
Ammar-slumber..tp, result power
Anas-org kata dia sifu..ntah la..always no.1 in class + terer +math
Hafizah-suke kat dia sbb dia seorang yg bersungguh2.proud of u girl~
Sri-muke matured tp..perangai childish..he3
Famieza-serious..hmm..org badar
Ezzati-dia ni sgt comel + manja..antara kwn baik yg rapat ngan angah..
Fatin-sgt klakar orgnya..suke tgk time dia kalut..hu3~
Amalina-peminat setia animasi2 jepun..cara dia gelak mmg xleh lupe..
Hani-sensitive jugak rupanye..slalu share problems..misz time with her!
Afiqah-rajin..dia ni manja jugak rupanye.perkataan yg xleh lupe: ‘mahir msti bawak epal’
Aryana-sporting..kat kelas slalu jugak pndang belakang..ha3~borak ngan sape la 2..btw,bes kwn ngan dia!
Hanisah-bz ngan koop + restu..dia ni kecik je orgnya..suara dia unik+comel
Farehah-baik hati,lemah-lembut..suke dgr tazkirah dia..ade ciri2 ibu mithali..
Zulaikha-mmg sgt cool.org panggil dia zul..suke tgk tulisan dia yang satu2 tu…
Husna-kwn baikku..always study with her..dia ni tau2 je klu sy nangis
Zawani-alahai..lembut je org dia..kuat merajuk..selalu study ngan dia jugak.klu ape2,selalu ngan dia ni la..hu3~antara kwn baik yg rapat ngan angah jugak..sama cam zatie.(f32 jeles je)
Mahirah-hmm..no comment.tp,mmg kecoh klu jmpe kwn rapat..
” Berwaspadalah dgn pujian kerana ia akan memperdayakanmu” -Hadis riwayat Ibnu Majah-
” Dalam sebuah hadis ada menyibut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya adalah untuk menanam keraguan di hati suami teerhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah SAW tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Di saat itu, syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu”
ni sambungan utk kesilapan yg sering kali dilakukan orang mukmin ketika berusaha meneguhkan imannya..
- Kesilapan kedua ketika mahu memperbaiki iman ialah beramal tetapi meninggalkan usaha menuntut ilmu.
Komitmen kte melakukan solat, puasa, zakat dan haji serta amalan sunat lain tidak akan bertahan lama tanpa asas ilmu yang kukuh. Ramai org yang melakukan solat hanya sekadar ikutan, begitu pula puasa dan hajinya dilakukan tanpa ilmu.
Mengapa ayat pertama diturunkan berbunyi: “Iqra”, Bacalah! Bukannya solatlah, sedekahlah, buatlah haji dan sebagainya. Kepentingan ilmu lebih diutamakn utk menguatkan amal seseorang. Org yang menuntut ilmu akan bertambah yakin setelah mempelajari dalil dan hujah al-Quran mengenai sesuatu amalan yg dilakukan kerana mentaati Allah. Ilmu juga menunjukkan jalan yg dilalui para Nabi dan Rasul menuju keredhaan Allah.
Betapa ramai org disesatkan dalam akidah dan ibadahnya kerana tiada ilmu. Penyelewengan yg ketara ialah apabila kumpulan yg mengada-adakan ciptaan dan rekaan sesuatu cara ibadat dgn mengikut hawa nafsu tanpa sandaran ilmu bersumber daripada al-Quran dan hadis.
Rasulullah SAW pernah memberi peringatan mengenai hal ini dgn sabda Baginda yg bermaksud: “Allah tidak menghapuskan ilmu dgn cara mencabutnya daripada dada manusia. Tetapi dgn jalan mewafatkan para ulama. Apabila tidak ada lagi para ulama, maka manusia mengangkat org jahil menjadi pemimpim mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yg jahil itu. Dia memberi fatwa tanpa ilmu dan menyesatkan org ramai, maka sesatlah mereka semuanya. ” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslin dan al-Tarmizi) -ha… sape ingat kte belajar tajuk ni dlm subjek ape? jwb…jgn xjawab..
Umat Islam seharusnya menjadikan ulama sebagai sumber menghidupkan iman mereka, tetapi ramai yg memerlukan ulama hanya utk menolong menguruskan mayat, membaca tahlil, talkin majlis kahwin, kenduri selamat dll..
Mengapa tidak datang kepada ulama utk meminta seteguk ilmu daripada mata air yg diwarisi daripada Rasulullah SAW supaya teguh iman kte dan lahir jiwa yg kuat mengharungi cabaran dunia dlm segala bidang kehidupan.
Apabila ilmu agama dipisahkan daripada realiti kehidupan, maka akan lahir generasi paginya beriman tetapi pada sebelah petang hilang segala iman di dadanya. Mereka ingat kepada Allah saat di masjid saja, di luar daripada itu mereka rela ditipu oleh dunia….
KEBORINGAN~~
wawawa…boringnye.menyesal pulak berhenti keje awal..hu3..xpe la,dah lepas da pun..hidup mesti diteruskan! erm, iAllah bulan 6 ni start belajar blk…xsabar + excited + takut… blogger2 pon makin sunyi je..ye la mostly dah masuk intec..3 bulan lagi fly la dorang..hu3~sayonara..yg lain pon da masuk matrix..akhir bulan ni lak turn utk dak2 usim…aduih, kebanyakannye tinggal la dak2 jpa + utp duk tanam anggur kat umah..ha3.anyway, study kat mane2 pon sama..yg pentingnya NIAT kena sentiasa IKHLAS!
ok la utk sahabat2ku : jaga la diri baik2..belajar mesti bersunguh2 + semangat..baru bes..ha3.. iAllah anda2 semua diredhai Allah dan jd org yg berguna…ape2 pon Bashya!
p/s: yeanna che, nnt la mahi buat tag 2 k! esok nak blk kg..kat sg.merab…oh ye! gambar kat atas 2 my cousin..syahmi, skang ni darjah 1..dia mmg gediks skit..ha3.kaklang+angah selalu buli dia..suke tgk dia nangis..sape suruh nakal sgt..abang dia baik je..hu3~ anyway, xsabar nak kacau dia esok..nak main football..wah!
KEJAR KUANTITI, KURANG ILMU PUNCA AMALAN TIDAK BERKAT..
ni antara artikel yg terdapat dlm ruangan Agama, Berita Harian isnin lalu (12 Mei) yg ditulis oleh pendakwah dari Sarawak, Dr Juanda Jaya..saya cuba ringkaskan artikel ni dan selitkan isi-isi penting yg ditulis oleh pendakwah ini agar mudah difahami pembaca..hopefully, kte semua ambil pengajaran dan cuba utk memperbaiki diri masing2…~
“Keadaan terlalu selesa sebenarnya boleh membahayakan iman dan menjejaskan ingatan kte kpd keperluan bergantung pd Allah. Mungkin jika harta sudah banyak terkumpul, seseorang mudah lupa bagaimana menadah tangan dan melafazkan doa: ‘Ya Allah hindarkanlah aku daripada muflis di dunia & akhirat’. Jika hidup sentiasa sihat & cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya dan memuaskan segala keinginan hati, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dgn ajal. Dan jika kesenangan saja yg dirasa, mungkin apabila sedikit ujian dtg, kte akan mengeluh, membenci dan marah dgn ketentuan Allah. “
Antara kesilapan org mukmin ketika berusaha meneguhkan imannya ialah:
- Beramal berdasarkan kuantiti bukan kualiti :
1- Sembahyang sunat sampai berbelas rakaat tapi solat wajib belum lg sempurna syarat,rukun dan khusyuknya
2- Ada pula setiap tahun pergi ke Mekkah dan menghitung pahalanya lalu dia merasa cukup pahalanya itu utk setahun hadapan, akhirnya tinggalkan amalan semasa di tanah air
3- Paling teruk, buat dosa & maksiat tanpa takut kerana berasa sudah aman dgn pahala yg diperoleh di Mekkah. Betapa jahil & dangkalnya ilmu. Apakah dia tahu Allah sudah terima pahala haji & umrahnya? Jika niatnya tidak betul dari mula, mana mungkin amal diterima. Semua amalan yg rosak NIATNYA, maka rosaklah segala-galanya.
CONTOH lain : (yg ni mmg sy buat..hu3)
~~ Membaca Al-Quran utk dpt pahala byk, maka dibacalah beberapa juzuk walaupun tanpa pemahaman & kehadiran hati.
Tidak kte nafi mengenai pahala yg dtg beratus ribu jika 1 huruf digandakan 10 pahala, tapi smpai bila kte boleh bertahan jika hati tidak rasa seronok & mugkin jemu kerana keletihan membaca. Ingatlah, bacaan kte akan menghidupkan iman di jiwa walaupun hanya 1 ayat yg diiringi dgn TADABBUR. Bukankan Rasulullah S.A.W. sering mengulang ayat yg mengesankan hati baginda? Urusan pahala berada pd kuasa Allah, diterima @ ditolak pun kte tidak akan sampai kpd ilmu Allah Yang Maha Tinggi. Paling penting ialah apa-apa amal soleh walaupun sedikit hendaklah membekas ke dalam hati, menguatkan iman dan membentuk keperibadian hamba yang diredhai Allah. Yang sedikit tapi berterusan dan yang boleh menghidupkan jiwa adalah lebih baik drpd amal banyak yg disertai sikap ujub, takbur, riak & meletiihkan jiwa…
Rasulullah SAW bersabda : “Bacalah al-Quran selama perhatian hatimu menuju kepadanya, apabila kamu bimbang maka berhentilah…”
p/s: utk kesilapan kedua lain kali la ye…fahamkan yg atas dulu…
~HAPPY TEACHER’S DAY~
* misz my kids~~
Selamat hari guru dan terima kasih kepada ibu & ayah, guru-guru di tadika Abim, srk. jln 3, srk convent st. francis, tahfiz abim, smakk, smakl dan kisas yg banyak membantu & mendidik diri ini…
first test with her lomo camera..walaupun xbrape nak jadi,kira kaklang berjaya la jugak..sbb ade certain pic yg great.. sesiapa yg berminat dgn photography ni msti tau punye ape 2 lomo.. for readers information, lomography emphasizes casual, snapshot photography. Characteristics such as over-saturated colours, off-kilter exposure, blurring, “happy accidents”, and alternative film processing are often considered part of the “Lomographic Technique”. so,4 those who are intersted, what are u waiting for…buy it now..he3..
btw, to kaklang : plez…..give me 1 lomo camera..the pinky one..he3. ala, kan murah je..bile convert duit m’sia around 50 je..plez! nak lomo…nak lomo..
special 4 my friend nabilah :
semalam, nabilah (kawan sejak dr skola rendah) da masuk matrix perak..dia rasa takut sbb xpernah duk hostel + berjauhan ngan keluarga..xpe la..ini adalah cabaran untuk bela..menuntut ilmu adalah wajib kan..harapnya nabilah dpt belajar dgn baik dan dapat keputusan yg membanggakan keluarga + 3 gurls.. moga nabilah dpt sesuaikan diri dan carilah kwn yg dpt membimbingmu~~
p/s : yana yahya,eka, zatie..wait 4 ur turn..
“ Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. ” - Imam Umar bin Abdul Aziz
congrats 2 mak su & mak uda….terima kasih kpd ibu2 ni kerana dpt lahirkan baby2 girl yg sgt comey, walaupun kedua2nya lahir ikut ‘tingkap’..hu3..semoga nuraqeelah hannani dan nur husna nabihah berjaya dalam kehidupan dan jadi seorang wanita solehah…amin~
- anak mak uda- nur husna nabihah
- anak mak su-nuraqeelah hannani
* to kaklang : tahniah sbb dua2 kaklang yg bg nama….
HAPPY MOTHER’S DAY!!!!
* thanx 4 everything ibu….
Sabda Rasullah s.a.w. :
bertakwalah dan patuhlah kamu kepada Allah, kemudian Rasullah, kemudian ibumu, ibumu, ibumu, dan ayahmu..
p/s: oh ye! ni khas utk yana yahya… –> thanx bawak kte skali g UPSI..hu3~~ dpt la tgk UPSI 2 cmne smbil kenal2 ngan senior tu..he3~kidding.. nway, seriously i hv fun with u, bela and her sis on dat day!! tq gurls!.. frenz 4 eva… iAllah..
1st impression bile dpt info ni, ‘ish…betul ke ni?…macam xcaye je.’ tp, 2la..dunia sekarang..mcm2, teknologi pon makin sophisticated..nothing is impossible, right? anyway, mls nak xplain panjang2..sahabat2 boleh la baca keratan akhbar diatas..yg pasti, menurut doktor 2 dgn memakan ‘benda’ tersebut, badan kte akan menjadi lebih sihat dan dapat tingkatkan imunisasi.. 2 everyone who knows and who don’t know about this, please give your opinions k!
” Barangsiapa yang menyukai ALLAH kabulkan doanya ketika dalam kesusahan, maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berada dalam kesenangan” -Alhadis-
khas utk sahabatku liyana che ismail..dia ni mmg peminat no.1 bnda2 jepun ni…drpd drama, movie, lagu sampai la barangan2nya…anyway, lagu ni pon dia yg perkenalkan kat sy..mmg bes! jz want 2 share with others~~
soshite kizuita toki ni kangaeteru no wa kimi no koto de…
sore ga sugoku hazukashikattari
sugoku iyadattari omoete
sore wa boku ga kimochi wo tsutaeru koto ga kowai kara de
atama de osaetsukete mo kokoro ga dousuru koto mo dekinakute
autabi ni kimi ni satorarenai youni
itsumo to kawarinai youni hanashiteru tsumori de
yoyuu mo nakute kurushiku natta boku wa
kimi ni uso wo tsuiteshimau… dakedo
mou sukoshi… mou sukoshi…
kimi no kokoro ni chikazuitara
mou sukoshi… mou sukoshi…
ima kono toki ga kienai youni
douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai
soshite omoiagunete mo kakkou warui dake no boku de…
kimi ga dou omotteru no ga ki ni natte mo
ippo mo saki he sumanai wakatteru tsumori de
jibun jyanai you na mune no MOYAMOYA ga
itaku natte nigetakunaru… dakedo
mou sukoshi… mou sukoshi…
kimi no soba ni irareta nara
mou sukoshi… mou sukoshi…
yoru yoake nai de kureta nara
sabishii toki mo namida wo nugutte ageru kara
yozora ni ukabu kakete mo hikaru tsuki ga
tsuyoku mo narenai jishin mo nai
boku wo mite hohoenda hora ne…
mou sukoshi… mou sukoshi…
kimi no soba ni irareta nara
mou sukoshi… mou sukoshi…
yoru yoake nai de kureta nara
mou sukoshi… mou sukoshi…
kimi no kokoro ni chikazuitara
mou sukoshi… mou sukoshi…
ima kono toki ga kienai you ni
douka kamisama boku ni yuuki wo kudasai
salam..
1stly nak say sory kat yana sbb lmbt buat bnda ni..actually,sy br blk dari melaka,ade program Aman Palestin di SMKA Sharifah Rodziah..smlm br je smpai umah,dlm kul 10 p.m…hu3.mmg sgt penat,but overall very enjoyful..
8 facts about me?? erm..actually,i don’t know wat 2 write..so, i jz simply write whatever hv cross in2 my mind..
- Family and some of my frens call me adik…but,mostly my frens call me mahir..xcept 4 boys la
- like 2 make noise at home especially when angah and kaklang come back during their school holidays(usually during winter)~3 of us akan ‘memekak’ kat umah dgn nyanyian2 spt pupus,aspalela,dimanakah abi,doa perpisahan,into da new world & lots more… my 1st bro xjoin ar..he’s too matured.he3..mybe dis year he will get marry.
- smtimes serious and strict..depends on wat matter.i still remember i hv make zawang cried..hu3..pity her..but,we are still bes fren and keep cntact each other.
- ‘Hepi-go-lucky, childish, cheerful’ ~~3 characters 4 me..(lebih2 lg bile jmpa kwn satu geng..aduih, alamatnye kecoh ar tmpat 2)
- like 2 give motivations 2 others~mybe trait from my dad
- favourite~ Bacaan oleh hafiz kecil, adik Muhammad Al-Hafiz, bacaan Sheikh Abu Bakr Ash Shatri, bacaan Sheikh Mishari Al Afasy and taranum oleh Tuan Hj. Radzi Kmarul Hailan. from 7 songs of taranum…i like and more prefer taranum nahwand..
- very determine to study in medical course in ovrsea and be a great doctor..iAllah
- ME ??- jz a simple girl who hv 3 roles in dis world~ as khalifah, daie & hamba
* MEMORABLE WEEKEND :
3 hari berada di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka utk mengadakan program Aman Palestin..program ini merupakan kali pertama diadakan di melaka..kiranya sebagai percubaan dan utk didokumentasikan.. sy dan ex2 kisas yg lain jadi urusetia dan senior kami sebagai pengarah program ni. - abg azrul. ad jugak 2 org ex S.Rodziah yg join program ni, dayah ngan nad. bes sgt kwn ngan dorang… always sporting and happening je..btw, nak congrats kat sahabat2 sekalian sbb dpt menjayakan sketsa ‘Demimu Palestin’ even kte practise 2 kali je..hebat lg drpd budak2 nasyid tu..ha3. Anyway, Alhamdulilah program ni dpt dilaksanakan dgn baik.. dgn abg hafiz sbg mc, majlis berjalan dgn lancar… pelajar2 pun berikan response dan feedback yg amat menggalakkan…oh ye! nak ucapkan terima kasih kat insan yg belanja muslimat makan nasi goreng kampung…erm,even sy xmkn, thanx la byk2..mane xye, da lewat mlm, msti ar ngantuk lg pon esoknye ade program qiam..mmg seronok budak2 ni mkn nasi 2..especially husna hanipah..hahaha..*jgn marah sen. Program ni mmg berikan pengalaman yg sgt berharga buat saya~~
addunia sijnu mukmin wajannatu kafir… dunia itu penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir..
(Hadis)
BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.
Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar, sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if
Kata Ibnu Abbas :
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan
manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya :
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang
dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera :
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa
halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah” .
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.

























